Mendorong Malaysia ke arah kecemerlangan melalui inisiatif sosial
Kami sentiasa berusaha untuk menambah nilai yang memberi manfaat kepada pelanggan, pekerja, rakan kongsi, dan masyarakat dengan menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan, menawarkan penyelesaian kepada cabaran kritikal, dan mengeratkan hubungan sosial.
- CSR
Menjana impak positif melalui Program CSR kami
Inisiatif tanggungjawab sosial korporat kami menekankan dua teras utama: Pembangunan Masyarakat dan Alam Sekitar, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan PBB.
Ketahui Lebih Lanjut
- Zakat
Menambah kesejahteraan melalui pengagihan Zakat
Melalui program Kembali ke Sekolah, kami menyediakan bantuan keperluan kepada pelajar-pelajar asnaf. Kami turut memberi sokongan kepada komuniti luar bandar dan memperkasakan golongan usahawan.
Ketahui Lebih Lanjut
- Alam
Memupuk pemikiran hijau dengan kerjasama ALAM
Amanah Lestari Alam adalah inisiatif nasional yang menyokong pelaksanaan aktiviti berkaitan alam sekitar dan kelestarian untuk mendorong perubahan pemikiran dan tingkah laku di kalangan semua generasi.
Ketahui Lebih Lanjut
- Bagus
Membina generasi pemimpin baharu dengan BAGUS
Anugerah Biasiswa Sarjana Muda BPMB (BAGUS) menawarkan sokongan kewangan dan bantuan untuk kejayaan akademik dan profesional, mengukuhkan lagi komitmen kami terhadap usaha membentuk pemimpin masa depan.
Ketahui Lebih Lanjut



