Menerangi Kehidupan Melalui Pembahagian Zakat
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

Menerangi Kehidupan Melalui Pembahagian Zakat

Sebagai penyedia produk pembiayaan Islam, Bank Pembangunan menunaikan tanggungjawab zakatnya dengan menyokong golongan yang memerlukan, terutamanya komuniti asnaf fakir dan miskin. Melalui agihan zakat, Bank Pembangunan menyalurkan bantuan kepada komuniti ini dengan memberi tumpuan kepada impak yang mampan dan bermakna.

Inisiatif utama yang disokong oleh dana zakat Bank Pembangunan termasuk:

  • Pembangunan Perumahan – Membina rumah baharu
  • Akses kepada Air Bersih – Menyediakan kemudahan air bersih
  • Bantuan Perubatan – Menaja implan dan peranti perubatan
  • Pemerkasaan Keusahawanan – Menawarkan latihan kemahiran kewangan dan perniagaan
  • Program Kembali ke Sekolah – Menyediakan kelengkapan asas sekolah

Melalui inisiatif ini, Bank Pembangunan terus komited dalam meningkatkan taraf hidup dan memacu pertumbuhan sosioekonomi dalam kalangan komuniti asnaf di seluruh Malaysia.