Mencipta impak yang berkekalan
Peka terhadap kesan aktiviti kami dan memastikan kami terus mencipta impak positif yang berkekalan dan berterusan.
Dilancarkan pada tahun 2021, rangka kerja MIND (Measuring Impact on National Development) Bank Pembangunan dibangunkan dengan kerjasama Kumpulan Bank Dunia. MIND telah membawa perubahan signifikan dalam kaedah penilaian transaksi Bank Pembangunan daripada model berasaskan kredit kepada penilainan yang komprehensif dan tertumpu kepada impak yang menyumbang kepada matlamat pembangunan yang lebih luas.

MIND menilai peluang dan risiko impak pembangunan yang berkaitan dengan setiap transaksi untuk memastikan ia selaras dengan pelan pembangunan Malaysia dan memenuhi objektif pemampanan. Dengan mengenal pasti potensi manfaat dan cabaran yang ada, Bank Pembangunan menggalakkan pendekatan pelaburan yang seimbang untuk meningkatkan peluang mencapai impak pembangunan yang bermakna, sekaligus menyokong matlamat Malaysia dalam pertumbuhan ekonomi, kesaksamaan sosial, dan pengawasan alam sekitar.
Lazimnya, institusi kewangan menilai projek atau syarikat berdasarkan prestasi kewangan dan petunjuk seperti risiko kredit dan keuntungan.
Pendekatan kemampanan kami berlandaskan tiga prinsip utama yang mencerminkan setiap inisiatif kemampanan kami.
Model MIND Bank Pembangunan dihasilkan dengan kerjasama Kumpulan Bank Dunia dengan menilai impak transaksi kewangan berasaskan indikator yang berstruktur. Nilai impak yang boleh diukur ini dikenali sebagai MIND Score. Model ini menilai impak dan hasil yang khusus kepada industry tertentu, menggariskan sumbangan serta cabaran unik dalam sektor-sektor seperti pertanian, tenaga, penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Kami menilai hasil-hasil positif, termasuk pertumbuhan ekonomi, peningkatan kualiti hidup dan peningkatan kemampanan. Model ini juga mengenal pasti cabaran-cabaran yang akan timbul, seperti kemerosotan alam sekitar dan ketidaksamaan sosial, bagi memastikan pemahaman yang menyeluruh tentang manfaat dan risiko yang terlibat dalam setiap transaksi.
Senarai penunjuk telah dibentuk dalam menyumbang kepada 4 bidang impak, dalam masa sama mengambil kira kepentingan kepada industri.
Pertumbuhan ekonomi, peningkatan kualiti hidup dan peningkatan kepada kemampanan.
Kemerosotan alam sekitar dan ketidaksamaan sosial
MIND memainkan dua peranan; ia bukan sahaja mengukur impak Bank Pembangunan terhadap pembangunan negara, tetapi juga memacu kemajuan dalam usaha kemampanan kami. Data berikut menggambarkan potensi impak projek-projek yang disokong melalui pembiayaan Bank Pembangunan pada tahun 2024.
Pembiayaan projek peralihan
Tenaga yang akan dijana daripada pembiayaan projek tenaga boleh diperbaharui dan peralihan
Infrastruktur jalan raya
dalam pembinaan
Peluang pekerjaan baru
Unit rumah mampu milik
dalam pembinaan
Pesakit yang akan dibantu
Kerangka Sukuk Pembangunan Mampan kami mencerminkan komitmen untuk meningkatkan pelaburan yang selaras dengan nilai- nilai etika dan memupuk pertumbuhan yang mampan, berdaya tahan dan inklusif melalui pasaran modal.
Kerangka ini konsisten dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diterima pakai oleh semua ahli PBB mengikut Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan dan juga selaras dengan tumpuan Kerajaan terhadap pemampanan, pendigitalan dan teknologi.