Memperkasa perusahaan bumiputera melalui pembiayaan strategik

Kami memperkasa perusahaan Bumiputera dengan menyediakan penyelesaian pembiayaan yang selaras dengan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Melalui program ini, kami membantu memperkukuh penyertaan Bumiputera dalam ekonomi, mendorong pembangunan ekonomi yang mampan dan inklusif.
bumiputera economic development programme

Program Pembangunan Ekonomi Bumiputera

Kami menyediakan pembiayaan kepada Syarikat-syarikat Bumiputera yang terlibat dalam sektor dan projek-projek yang selaras dengan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Sokongan kami merangkumi pelbagai bidang, termasuk:

  • Ekosistem halalInfrastruktur sosial seperti penjagaan kesihatan dan Pendidikan
  • Pertanian dan industri asas tani bernilai tinggi dan berdaya pertumbuhan tinggi (HGHV)
  • Infrastruktur keselamatan makanan dan peningkatan produktiviti
  • Aktiviti berkaitan rantaian bekalan
supply chain

Saiz Program

RM500 juta

Tujuan & Tempoh Pembiayaan*

Perbelanjaan Modal (CAPEX)

Sehingga
15 Tahun

Perbelanjaan Operasi (OPEX)

Sehingga
5 Tahun

bumiputera economic development programme

Ciri-Ciri Utama

Kadar Pembiayaan

Projek Kerajaan

Kos Dana (“Cost of Fund”) + Margin – Subsidi sebanyak 1.0% setahun

Projek Komersial

Kadar Pembiayaan Asas (“Base Financing Rate”) + Margin – Subsidi sebanyak 1.0% setahun

Jaminan Kewangan

Yuran Jaminan – Subsidi sebanyak 1.0% setahun

* Kadar efektif adalah berdasarkan semakan dan pengesahan kredit Bank Pembangunan. Kadar akhir untuk pembiayaan yang diluluskan tertakluk kepada pertimbangan Bank Pembangunan.

Pertanyaan

Business Enquiry - V2 (BM)

Nota:
Bank Pembangunan menawarkan pembiayaan bermula dari RM20 juta.

Jika keperluan pembiayaan anda kurang daripada jumlah ini, anda boleh mempertimbangkan pilihan alternatif yang tersedia di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai pembiayaan import dan eksport, klik di sini.


programme divider

Program Lain

icon MADANI Scheme

Program Pembangunan MADANI 2.0

Program pembiayaan untuk syarikat-syarikat yang menyokong Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13, dengan tujuan untuk menjana semula ekonomi, meningkatkan keselamatan, dan menggalakkan kemampanan.

icoon Transportation & Logistics Programme

Program Pengangkutan dan Logistik

Program pembiayaan untuk syarikat-syarikat dalam industri maritim, aeroangkasa, pengangkutan, dan logistik, bagi tujuan pemerolehan kapal, pesawat, peralatan, pembangunan infrastruktur, serta keperluan modal kerja.

icon industry digitalisation transformation programme

Program Infrastruktur Digital & Sektor Berimpak Tinggi

Mempercepatkan transformasi industri ke arah Industri 4.0, digitalisasi, ekonomi digital dan teknologi maju serta menyokong sektor pertumbuhan baharu dan berimpak tinggi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

icon sustainable development

Program Pembangunan Mampan & Peralihan

Memupuk pembangunan ekonomi hijau dan menyokong peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon dan mampan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak berkaitan dengan tenaga.

icon renewable energy

Program Tenaga Pembaharuan & Peralihan

Menyokong aktiviti berkaitan tenaga di bawah Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) seperti Tenaga yang boleh diperbaharui, Teknologi Hijau, Penangkapan karbon, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS), Kecekapan Tenaga, Hidrogen Hijau, Mobiliti Elektrik dan Pembiayaan Peralihan Berkaitan Tenaga.

icon national energy transition facility

Fasiliti Peralihan Tenaga Negara

Mempercepatkan penyaluran modal bagi meningkatkan akses kepada dana untuk projek peralihan tenaga.

icon semiconductor financing programme

Program Pembiayaan Semikonduktor

Pembiayaan untuk syarikat-syarikat Malaysia merentasi rantaian nilai semikonduktor bagi memperkukuh daya saing global dan mempercepatkan pertumbuhan industri.

icon tourism infrastructure programme

Program Infrastruktur Pelancongan

Program Infrastruktur Pelancongan menyediakan pembiayaan untuk syarikat yang terlibat dalam projek yang menyokong pembangunan infrastruktur pelancongan dan penjanaan semula bandar di Malaysia. Program ini menggalakkan penambahbaikan kemudahan pelancongan, penjanaan semula bandar secara mampan dan pemeliharaan aset warisan.

icon blended financing

Pembiayaan Gabungan

Mempercepat penyaluran modal dengan menggabungkan pembiayaan awam dan swasta untuk meningkatkan akses kepada projek berpotensi tinggi.

Memajukan Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan

Program Pembangunan Ekonomi Bumiputera

Hubungi kami sekarang!

Soalan Lazim

Apakah sektor yang disasarkan di bawah Program Pembangunan Ekonomi Bumiputera (BEDP)?

BEDP menyasarkan sektor-sektor utama yang menyokong Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) yang dilaksanakan oleh Kerajaan, termasuk:

  • Ekosistem halal – Perniagaan yang terlibat dalam pengeluaran halal, pensijilan, dan industri berkaitan.
  • Infrastruktur sosial – Projek dalam penjagaan kesihatan, pendidikan, dan pembangunan komuniti.
  • Pertanian dan industri asas tani bernilai tinggi dan berdaya pertumbuhan tinggi (HGHV) – Sektor yang memacu inovasi dan pengeluaran bernilai tambah dalam pertanian.
  • Infrastruktur keselamatan makanan dan produktiviti – Inisiatif yang meningkatkan pengeluaran, pengedaran, dan kemampanan makanan.
  • Aktiviti berkaitan rantaian bekalan – Perniagaan yang terlibat dalam logistik, pengedaran, dan penambahbaikan rantaian nilai.
Melalui BEDP, kami menyokong perusahaan Bumiputera dalam mengukuhkan kehadiran mereka dalam industri utama ini serta memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Apakah tempoh pembiayaan bagi Program Pembangunan Ekonomi Bumiputera (BEDP)?

Tempoh maksimum pembiayaan di bawah BEDP bergantung kepada tujuan pembiayaan:

  • untuk Perbelanjaan Modal (CAPEX) adalah 15 tahun*;
  • untuk Perbelanjaan Operasi (OPEX) adalah 5 tahun*