Pengumuman

Kukuh. Bersepadu. Bermakna.

SME Bank dan EXIM Bank kini sebahagian daripada Kumpulan BPMB - bersama menggerakkan impak sebenar untuk Malaysia, dari tanahair ke persada dunia.
logo exim bank
logo sme bank
Harmoni erat, serumpun muafakat,
Mengukuh mandat, satu matlamat.
Jalinan terikat, hasrat tersemat.
unified foundation for greater impact across malaysia
logo mind

Dilancarkan pada tahun 2021, Kerangka MIND (Measuring Impact on National Development) oleh Bank Pembangunan, hasil kerjasama dengan Kumpulan Bank Dunia, membawa perubahan besar dalam penilaian transaksi Bank Pembangunan. Kerangka ini beralih daripada pendekatan berasaskan kredit kepada tumpuan terhadap kesan, selaras dengan matlamat pembangunan yang lebih luas.

  • RM72.2Juta

    Pembiayaan projek peralihan

  • 21,800MWh

    Tenaga yang akan dijana daripada pembiayaan projek tenaga boleh diperbaharui dan peralihan

  • 346KM

    Infrastruktur jalan raya dalam pembinaan

  • 5,755

    Peluang pekerjaan baru

  • 2,132

    Unit rumah mampu milik dalam pembinaan

  • 124,366

    Pesakit yang akan dibantu

Program

Kembangkan perniagaan anda dengan skim pembiayaan kami yang disubsidi oleh kerajaan

icon MADANI Scheme

Program Pembangunan MADANI 2.0

Program pembiayaan untuk syarikat-syarikat yang menyokong Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13, dengan tujuan untuk menjana semula ekonomi, meningkatkan keselamatan, dan menggalakkan kemampanan.

icoon Transportation & Logistics Programme

Program Pengangkutan dan Logistik

Program pembiayaan untuk syarikat-syarikat dalam industri maritim, aeroangkasa, pengangkutan, dan logistik, bagi tujuan pemerolehan kapal, pesawat, peralatan, pembangunan infrastruktur, serta keperluan modal kerja.

icon industry digitalisation transformation programme

Program Infrastruktur Digital & Sektor Berimpak Tinggi

Mempercepatkan transformasi industri ke arah Industri 4.0, digitalisasi, ekonomi digital dan teknologi maju serta menyokong sektor pertumbuhan baharu dan berimpak tinggi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

icon sustainable development

Program Pembangunan Mampan & Peralihan

Memupuk pembangunan ekonomi hijau dan menyokong peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon dan mampan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak berkaitan dengan tenaga.

icon renewable energy

Program Tenaga Pembaharuan & Peralihan

Menyokong aktiviti berkaitan tenaga di bawah Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) seperti Tenaga yang boleh diperbaharui, Teknologi Hijau, Penangkapan karbon, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS), Kecekapan Tenaga, Hidrogen Hijau, Mobiliti Elektrik dan Pembiayaan Peralihan Berkaitan Tenaga.

icon bumiputera economic

Program Pembangunan Ekonomi Bumiputera

Program pembiayaan yang ditawarkan kepada syarikat Bumiputera bagi menyokong usaha Kerajaan dalam melaksanakan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).

icon national energy transition facility

Fasiliti Peralihan Tenaga Negara

Mempercepatkan penyaluran modal bagi meningkatkan akses kepada dana untuk projek peralihan tenaga.

icon semiconductor financing programme

Program Pembiayaan Semikonduktor

Pembiayaan untuk syarikat-syarikat Malaysia merentasi rantaian nilai semikonduktor bagi memperkukuh daya saing global dan mempercepatkan pertumbuhan industri.

icon tourism infrastructure programme

Program Infrastruktur Pelancongan

Program Infrastruktur Pelancongan menyediakan pembiayaan untuk syarikat yang terlibat dalam projek yang menyokong pembangunan infrastruktur pelancongan dan penjanaan semula bandar di Malaysia. Program ini menggalakkan penambahbaikan kemudahan pelancongan, penjanaan semula bandar secara mampan dan pemeliharaan aset warisan.

icon blended financing

Pembiayaan Gabungan

Mempercepat penyaluran modal dengan menggabungkan pembiayaan awam dan swasta untuk meningkatkan akses kepada projek berpotensi tinggi.