Memacu ekosistem semikonduktor Malaysia

Pembiayaan untuk syarikat-syarikat Malaysia di seluruh rantaian bekalan semikonduktor bagi memperkukuhkan daya saing global dan mempercepatkan pertumbuhan industri. Program ini menyokong inovasi, penyelidikan dan pembangunan (Research & Development “R&D”), serta keupayaan teknologi selaras dengan Strategi Semikonduktor Nasional.

Precision robotic arms place components on a circuit board in a semiconductor manufacturing facility.

Program Pembiayaan Semikonduktor

Pembiayaan untuk syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti berkaitan semikonduktor yang menyumbang kepada pengukuhan ekosistem semikonduktor Malaysia, khususnya yang berkaitan dengan:

  • Penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam teknologi semikonduktor
  • Penambahbaikan teknologi dan aktiviti berteraskan inovasi
  • Pembuatan semikonduktor dan pengembangan rantaian nilai
  • Pelaburan modal dalam kemudahan pengeluaran dan peralatan semikonduktor
  • Perbelanjaan operasi yang menyokong inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembangunan teknologi
Gloved hands inspect a microchip through a magnifying glass during semiconductor technology R&D.

Saiz Program

 
 
 
 
 

RM250 juta

Tujuan & Tempoh Pembiayaan*

Perbelanjaan Modal (CAPEX)

Sehingga
15 Tahun

Perbelanjaan Operasi (OPEX)

Sehingga
5 Tahun

Precision robotic arms place components on a circuit board in a semiconductor manufacturing facility.

Ciri-Ciri Utama

Kadar Pembiayaan**

3 tahun pertama:

Kadar keseluruhan (All-in rate) sebanyak 4% setahun tertakluk kepada semakan tahunan

 

Tahun keempat dan seterusnya:

Kadar Pembiayaan Asas (BFR) + Margin

 

* Jumlah pembiayaan muktamad yang diluluskan adalah berdasarkan penilaian dan penaksiran kredit Bank..
** Kadar efektif dan kadar akhir bagi pembiayaan yang diluluskan adalah tertakluk kepada budi bicara Bank. Kadar keseluruha (All-in rate) bagi 3 tahun pertama pembiayaan di bawah Program Pembiayaan Semikonduktor merangkumi subsidi kerajaan sebanyak 2% setahun. Sila rujuk Yuran dan Caj kami untuk maklumat lanjut mengenai BFR semasa.

Pertanyaan

Business Enquiry - V2 (BM) (5m - 30m)
programme divider

Program Lain

icon MADANI Scheme

Program Pembangunan MADANI 2.0

Program pembiayaan untuk syarikat-syarikat yang menyokong Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13, dengan tujuan untuk menjana semula ekonomi, meningkatkan keselamatan, dan menggalakkan kemampanan.

icoon Transportation & Logistics Programme

Program Pengangkutan dan Logistik

Program pembiayaan untuk syarikat-syarikat dalam industri maritim, aeroangkasa, pengangkutan, dan logistik, bagi tujuan pemerolehan kapal, pesawat, peralatan, pembangunan infrastruktur, serta keperluan modal kerja.

icon industry digitalisation transformation programme

Program Infrastruktur Digital & Sektor Berimpak Tinggi

Mempercepatkan transformasi industri ke arah Industri 4.0, digitalisasi, ekonomi digital dan teknologi maju serta menyokong sektor pertumbuhan baharu dan berimpak tinggi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

icon sustainable development

Program Pembangunan Mampan & Peralihan

Memupuk pembangunan ekonomi hijau dan menyokong peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon dan mampan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak berkaitan dengan tenaga.

icon renewable energy

Program Tenaga Pembaharuan & Peralihan

Menyokong aktiviti berkaitan tenaga di bawah Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) seperti Tenaga yang boleh diperbaharui, Teknologi Hijau, Penangkapan karbon, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS), Kecekapan Tenaga, Hidrogen Hijau, Mobiliti Elektrik dan Pembiayaan Peralihan Berkaitan Tenaga.

icon bumiputera economic

Program Pembangunan Ekonomi Bumiputera

Program pembiayaan yang ditawarkan kepada syarikat Bumiputera bagi menyokong usaha Kerajaan dalam melaksanakan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).

icon national energy transition facility

Fasiliti Peralihan Tenaga Negara

Mempercepatkan penyaluran modal bagi meningkatkan akses kepada dana untuk projek peralihan tenaga.

icon tourism infrastructure programme

Program Infrastruktur Pelancongan

Program Infrastruktur Pelancongan menyediakan pembiayaan untuk syarikat yang terlibat dalam projek yang menyokong pembangunan infrastruktur pelancongan dan penjanaan semula bandar di Malaysia. Program ini menggalakkan penambahbaikan kemudahan pelancongan, penjanaan semula bandar secara mampan dan pemeliharaan aset warisan.

icon blended financing

Pembiayaan Gabungan

Mempercepat penyaluran modal dengan menggabungkan pembiayaan awam dan swasta untuk meningkatkan akses kepada projek berpotensi tinggi.

Percepatkan pertumbuhan industri dengan

Semiconductor Financing Programme

Hubungi kami sekarang!

Soalan Lazim

Siapakah yang layak memohon pembiayaan di bawah Program Pembiayaan Semikonduktor?

Kelayakan terbuka kepada perkongsian, syarikat sendirian berhad dan syarikat awam yang berdaftar dan diperbadankan di Malaysia. Pemohon mesti mempunyai sekurang-kurangnya 51% pegangan ekuiti Malaysia (atau 30% bagi syarikat usaha sama dengan kelulusan Kementerian Kewangan), rekod prestasi yang terbukti, dan telah beroperasi sekurang-kurangnya lima tahun. Selain itu, syarikat mesti menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan semikonduktor atau terlibat dalam aktiviti R&D berkaitan semikonduktor, dengan semua aktiviti R&D dijalankan di Malaysia.

Apakah jenis aktiviti dan pelaburan yang dibiayai di bawah program ini?

Program ini menyediakan pembiayaan untuk aktiviti yang mengukuhkan ekosistem
semikonduktor Malaysia, termasuk R&D dalam teknologi semikonduktor, penambahbaikan teknologi, aktiviti berteraskan inovasi, pengembangan pembuatan, pelaburan modal dalam kemudahan pengeluaran dan peralatan, serta perbelanjaan operasi yang menyokong R&D dan pembangunan teknologi.

Apakah jenis kemudahan pembiayaan yang tersedia di bawah program ini?

Syarikat yang layak boleh mendapatkan Pembiayaan Berjangka-i, Kemudahan Pusingan-i, atau distruktur di bawah Sindikasi atau “Club Deals”. Sila ambil perhatian bahawa kemudahan penstrukturan semula, penjadualan semula dan pembiayaan semula tidak termasuk di bawah program ini.

Adakah terdapat sebarang keperluan khusus berkaitan harta intelek (IP) yang dibangunkan melalui projek R&D yang dibiayai?

Ya, sebarang Harta Intelek (IP) yang terhasil daripada projek R&D yang dibiayai BPMB mesti didaftarkan di Malaysia.

Adakah terdapat proses penilaian bagi projek R&D sebelum kelulusan diberikan?

Ya, projek R&D mungkin tertakluk kepada penilaian oleh pakar bidang bagi memastikan
keselarasan dengan objektif program dan kriteria kelayakan.