Hubungi Kami
Kami sedia membantu dan akan menghubungi anda dalam masa yang terdekat!
Temui kami
Bank Pembangunan Malaysia Berhad 197301003074 (16562-K)
Aras 30, Menara Bank Pembangunan,
Plaza Conlay, Jalan Conlay,
50450 Kuala Lumpur.
Terokai peluang kerjaya
Jika anda ingin menyertai Bank Pembangunan, sila kunjungi portal kerjaya kami.
Pengurusan Perolehan
Kami menjamin amalan perolehan yang efisien dan telus, serta mematuhi piawaian etika yang tertinggi.
Jabatan kami bertanggungjawab untuk mendapatkan barangan, perkhidmatan dan kerja yang diperlukan untuk menyokong operasi harian dan inisiatif strategik, dengan menekankan kualiti, harga kompetitif, penghantaran yang tepat pada waktunya dan pematuhan kepada peraturan.
Laman e-Perolehan Bank Pembangunan memberi akses mudah kepada peluang dan sumber perolehan. Semua pembekal digalakkan untuk menyemak Kod Etika Pembekal bagi memastikan pematuhan dengan piawaian etika dan amalan terbaik Bank Pembangunan.
Pengurusan Aduan
Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Setiap cadangan, aduan atau pertanyaan akan diberikan perhatian penuh untuk memastikan perkhidmatan yang cemerlang. Kami komited untuk menguruskan semua maklum balas dengan segera, efisien dan seadil mungkin.
Bagaimana cara untuk membuat aduan?
Sila kemukakan maklumbalas anda kepada kami untuk tindakan selanjutnya. Maklum balas anda amat penting dalam usaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kami.
Anda boleh e-mel kami di feedback@bpmb.com.my atau hantar surat ke alamat berikut:
BANK PEMBANGUNAN MALAYSIA BERHAD
Ketua, Komunikasi Korporat,
Pembangunan Korporat Kumpulan,
Aras 29, Menara Bank Pembangunan,
Plaza Conlay, Jalan Conlay,
50450 KUALA LUMPUR
Apakah maklumat yang perlu anda berikan?
- Butiran nama anda, alamat penuh, nombor telefon dan alamat e-mel
- Maklumat mengenai lokasi dan situasi yang telah berlaku (jika berkenaan)
- Nama pegawai yang anda temui (jika berkenaan)
- Sebarang dokumen berkaitan yang boleh menyokong aduan anda (jika ada)
Tempoh masa respons kami:
| Kerumitan kes | Pengesahan | Keputusan / Respons |
|---|---|---|
| Kes-kes tidak rumit | Dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan | Dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan |
| Kes-kes rumit | Dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan | Dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan |
| Tempoh lanjutan | Mengemas kini pengadu setiap bulan | Dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas siasatan selesai dan keputusan dibuat |
Saluran untuk cadangan dan pertanyaan
Anda juga boleh mengemukakan cadangan dan pertanyaan secara bertulis ym.moc.bmpb@kcabdeef. Sila berikan maklumat yang tepat untuk membantu kami memberikan penyelesaian dengan kadar segera.
Saluran Aduan Lain / Tambahan
Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan maklum balas atau bagaimana ia ditangani, anda boleh merujuk perkara ini kepada:
BNMLINK
Unit penyelesaian aduan Bank Negara Malaysia
Tel : 1-300-88-5465
atau hantarkan e-mel ke ym.vog.mnb@knileletmnb
OMBUDSMAN FOR FINANCIAL SERVICE
Tel: 03 – 2272 2811
atau hantarkan e-mel ke ym.gro.sfo@yriuqne
Pembangunan Leasing Corporation
Pembangunan Leasing Corporation Sdn Bhd (PLC) yang ditubuhkan pada 1 November 1977 adalah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Bank Pembangunan Malaysia (Bank Pembangunan).
PLC diasaskan sebagai inisiatif Bank Pembangunan untuk menerokai pasaran pembiayaan komersial, terutamanya melalui kemudahan pemajakan. PLC juga merupakan syarikat pembiayaan pemajakan kedua terawal/ tertua di Malaysia.

