Memperkasakan ekonomi Malaysia, selama lebih 50 tahun

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) merupakan salah satu Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) terawal dan terkemuka di Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan).

Fokus kami adalah kepada amalan mampan dan pembiayaan impak, menyediakan sokongan dana kewangan untuk sektor penting seperti infrastruktur, maritim, teknologi, serta minyak dan gas, di samping menangani isu sosial dan memenuhi keperluan pembangunan negara.

programme divider

MATLAMAT

Kami Memacu Modal Impak untuk Pembangunan Negara

VISI

Peneraju Pembangunan Malaysia

MISI

Perlaksanaan Berimpak, Hasil Strategik

Kami bertekad untuk meneruskan impak yang lebih bermakna dan progresif bagi masa depan

Pembangunan adalah fokus utama kami. Kami mengutamakan projek-projek yang menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan negara.

Kami menawarkan penyelesaian pembiayaan yang disesuaikan untuk menyokong perkembangan perniagaan.

Dengan lebih 15,000 penerima manfaat sepanjang 51 tahun penubuhan, kami memaksimumkan kepakaran dan pengetahuan industri untuk mengenal pasti cabaran dan peluang dalam sektor utama.