Memanfaatkan penyelesaian mampan untuk menangani cabaran global
Ketahui lebih lanjut

Program Pembangunan Mampan & Peralihan
Kami menyokong usaha lestari anda dalam sektor teknologi dan/atau projek yang memfokuskan pada kemajuan ekonomi hijau dengan membantu Malaysia melakukan peralihan ke masa depan yang rendah karbon dan lestari selaras dengan SDG UNDP, dalam bidang selain tenaga seperti:
- Pembangunan lestari (contohnya, bandar pintar, bangunan hijau)
- Ekonomi kitaran
- Pembiayaan peralihan

Saiz Program
RM1.4 bilion
Tujuan & Tempoh Pembiayaan*
Perbelanjaan Modal (CAPEX)
Sehingga
15 Tahun
Perbelanjaan Operasi (OPEX)
Sehingga
5 Tahun

Ciri-Ciri Utama
Tempoh Ketersediaan
1 Januari 2025 – 31 Disember 2026
Margin Pembiayaan
Sehingga 80% daripada jumlah kos projek
Jumlah Pembiayaan
- Minimum: RM20 juta
- Maksimum: Tertakluk kepada penilaian dan penaksiran kredit oleh Bank Pembangunan
Kemudahan yang Ditawarkan
- Pembiayaan Bertempoh-i / Pinjaman Bertempoh
- Jaminan Kewangan untuk Penerbitan Sukuk / Bon
- Sindikasi / Club Deals
- Kemudahan penyusunan semula, penjadualan semula dan pembiayaan semula adalah tidak terpakai
Kelayakan
- Syarikat Sendirian Berhad, Syarikat Awam, dan Koperasi
- Pemilikan majoriti sebanyak 51% oleh warganegara Malaysia
- Berdaftar dan diperbadankan di Malaysia
- Terlibat dalam mana-mana inisiatif 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang dinyatakan oleh UNDP
- Mampu menunjukkan pembangunan ekonomi hijau yang boleh diukur dan sokongan berterusan kepada peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon dan mampan
Kadar Pembiayaan
Projek Kerajaan
Kos Dana (“Cost of Fund”) + Margin – Subsidi sebanyak 1.0% setahun
Projek Komersial
Kadar Pembiayaan Asas (“Base Financing Rate”) + Margin – Subsidi sebanyak 1.0% setahun
Jaminan Kewangan
Yuran Jaminan – Subsidi sebanyak 1.0% setahun
| * | Kadar efektif adalah berdasarkan semakan dan pengesahan kredit Bank Pembangunan. Kadar akhir untuk pembiayaan yang diluluskan tertakluk kepada pertimbangan Bank Pembangunan. |
Pertanyaan

Program Lain
Program Pembangunan MADANI 2.0
Program pembiayaan untuk syarikat-syarikat yang menyokong Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13, dengan tujuan untuk menjana semula ekonomi, meningkatkan keselamatan, dan menggalakkan kemampanan.
Explore Programme
Program Pengangkutan dan Logistik
Program pembiayaan untuk syarikat-syarikat dalam industri maritim, aeroangkasa, pengangkutan, dan logistik, bagi tujuan pemerolehan kapal, pesawat, peralatan, pembangunan infrastruktur, serta keperluan modal kerja.
Explore Programme
Program Infrastruktur Digital & Sektor Berimpak Tinggi
Mempercepatkan transformasi industri ke arah Industri 4.0, digitalisasi, ekonomi digital dan teknologi maju serta menyokong sektor pertumbuhan baharu dan berimpak tinggi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
Explore Programme
Program Tenaga Pembaharuan & Peralihan
Menyokong aktiviti berkaitan tenaga di bawah Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) seperti Tenaga yang boleh diperbaharui, Teknologi Hijau, Penangkapan karbon, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS), Kecekapan Tenaga, Hidrogen Hijau, Mobiliti Elektrik dan Pembiayaan Peralihan Berkaitan Tenaga.
Explore Programme
Program Pembangunan Ekonomi Bumiputera
Program pembiayaan yang ditawarkan kepada syarikat Bumiputera bagi menyokong usaha Kerajaan dalam melaksanakan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).
Explore Programme
Fasiliti Peralihan Tenaga Negara
Mempercepatkan penyaluran modal bagi meningkatkan akses kepada dana untuk projek peralihan tenaga.
Explore Programme
Program Pembiayaan Semikonduktor
Pembiayaan untuk syarikat-syarikat Malaysia merentasi rantaian nilai semikonduktor bagi memperkukuh daya saing global dan mempercepatkan pertumbuhan industri.
Explore Programme
Program Infrastruktur Pelancongan
Program Infrastruktur Pelancongan menyediakan pembiayaan untuk syarikat yang terlibat dalam projek yang menyokong pembangunan infrastruktur pelancongan dan penjanaan semula bandar di Malaysia. Program ini menggalakkan penambahbaikan kemudahan pelancongan, penjanaan semula bandar secara mampan dan pemeliharaan aset warisan.
Explore Programme
Pembiayaan Gabungan
Mempercepat penyaluran modal dengan menggabungkan pembiayaan awam dan swasta untuk meningkatkan akses kepada projek berpotensi tinggi.
Explore Programme
Realisasikan Malaysia yang lebih adil dan lestari melalui
Program Pembangunan Mampan & Peralihan
Hubungi kami sekarang!
Soalan Lazim
Apakah sektor-sektor yang disasarkan di bawah Program Pembangunan Mampan & Peralihan (SDTP)?
Sasaran utama SDTP adalah aktiviti perniagaan / syarikat yang menyokong usaha Kerajaan dalam pelaksanaan agenda oleh Pembangunan Mampan Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Development Programme (UNDP)).
Apakah 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) UNDP?
17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) UNDP bertujuan untuk membasmi kemiskinan, melindungi alam dan memastikan kemakmuran sejagat menjelang tahun 2030.
17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) UNDP adalah:
- Tiada kemiskinan
- Kelaparan Sifar
- Kesihatan yang baik dan kesejahteraan
- Kualiti Pendidikan
- Kesaksamaan gender
- Air bersih dan sanitasi
- Tenaga mampu milik dan bersih
- Pekerjaan yang sesuai dan pertumbuhan ekonomi
- Industri, inovasi dan infrastruktur
- Mengurangkan ketidaksamaan
- Bandar dan komuniti yang mampan
- Penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab
- Tindakan iklim
- Kehidupan di bawah air
- Kehidupan di darat
- Keamanan, keadilan dan institusi yang teguh
- Kerjasama demi mencapai matlamat