Mengukuhkan infrastruktur dan ekonomi pelancongan di Malaysia
Kami menyediakan penyelesaian pembiayaan bagi menyokong pembangunan infrastruktur pelancongan strategik dan permulihan kawasan bandar di seluruh Malaysia. Program ini menggalakkan penambahbaikan kemudahan pelancongan. penjanaan semula bandar secara mampan dan pemeliharaan aset warisan.
Ketahui lebih lanjut

Program Infrastruktur Pelancongan
(juga dikenali sebagai Program Pembaharuan Bandar dan
Pelancongan)
Pembiayaan untuk syarikat yang terlibat dalam projek yang menyokong pembangunan infrastruktur pelancongan dan penjanaan semula bandar di Malaysia, khususnya yang berkaitan dengan:
- Pembangunan, pemerolehan atau pengubahsuaian hotel dan kemudahan pelancongan
- Pembangunan taman tema, tarikan pelancongan dan pusat konvensyen
- Penaiktarafan infrastruktur berkaitan pelancongan dan kemudahan sokongan
- Pembangunan eko-pelancongan dan inisiatif pelancongan Mampan
- Pemulihan tapak warisan dan mercu tanda budaya
- Projek penjanaan semula bandar dan pembaharuan bandar

Saiz Program
RM1 billion
Tujuan & Tempoh Pembiayaan*
Perbelanjaan Modal (CAPEX)
Sehingga 20 Tahun
Perbelanjaan Operasi (OPEX)
Sehingga 5 Tahun

Ciri-Ciri Utama
Tempoh Ketersediaan
1 Januari 2026 – 31 Disember 2030
Margin Pembiayaan
Sehingga 80% daripada jumlah kos projek**
Jumlah Pembiayaan**
- Minimum: RM5 juta
- Maksimum: Tertakluk kepada penilaian dan penaksiran kredit BPMB
Kelayakan Pemohon
- Syarikat Sendirian Berhad, Syarikat Awam dan Koperasi
- Berdaftar dan diperbadankan di Malaysia
- Pemilikan majoriti sebanyak 51% oleh rakyat Malaysia
- Syarikat dan / atau projek yang terlibat dalam infrastruktur pelancongan, pembangunan eko-pelancongan, pembaharuan bandar, pemulihan warisan yang menyumbang kepada pertumbuhan bandar mampan dan meningkatkan landskap pelancongan Malaysia
Kemudahan Pembiayaan Ditawarkan
- Pembiayaan Berjangka-i / Pinjaman Berjangka
- Jaminan Kewangan untuk Penerbitan Sukuk / Bon
- Sindikasi / “Club Deals”
- Kemudahan penstrukturan semula, penjadualan semula dan pembiayaan semula adalah tidak dibenarkan
Kadar Pembiayaan**
Untuk pembiayaan:
Kadar Pembiayaan Asas (BFR) + Margin
Untuk jaminan:
Fi Jaminan
| * | Jumlah pembiayaan muktamad yang diluluskan adalah berdasarkan penilaian dan penaksiran kredit Bank. |
| ** | Kadar efektif dan kadar akhir bagi pembiayaan yang diluluskan adalah tertakluk kepada budi bicara Bank. Sila rujuk Yuran dan Caj kami untuk maklumat lanjut mengenai BFR semasa dan Fi Jaminan . |
Pertanyaan
Target Sectors
Companies in sectors that advance the MADANI Economic Framework and the 12th Malaysia Plan, including those in healthcare, connectivity and transportation, affordable housing, smart cities and agriculture, as well as enhancement of socio-economic development in Sabah and Sarawak.

Program Lain
Program Pembangunan MADANI 2.0
Program pembiayaan untuk syarikat-syarikat yang menyokong Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13, dengan tujuan untuk menjana semula ekonomi, meningkatkan keselamatan, dan menggalakkan kemampanan.
Ketahui lebih lanjut
Program Pengangkutan dan Logistik
Program pembiayaan untuk syarikat-syarikat dalam industri maritim, aeroangkasa, pengangkutan, dan logistik, bagi tujuan pemerolehan kapal, pesawat, peralatan, pembangunan infrastruktur, serta keperluan modal kerja.
Ketahui lebih lanjut
Program Infrastruktur Digital & Sektor Berimpak Tinggi
Mempercepatkan transformasi industri ke arah Industri 4.0, digitalisasi, ekonomi digital dan teknologi maju serta menyokong sektor pertumbuhan baharu dan berimpak tinggi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
Ketahui lebih lanjut
Program Pembangunan Mampan & Peralihan
Memupuk pembangunan ekonomi hijau dan menyokong peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon dan mampan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak berkaitan dengan tenaga.
Ketahui lebih lanjut
Program Tenaga Pembaharuan & Peralihan
Menyokong aktiviti berkaitan tenaga di bawah Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) seperti Tenaga yang boleh diperbaharui, Teknologi Hijau, Penangkapan karbon, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS), Kecekapan Tenaga, Hidrogen Hijau, Mobiliti Elektrik dan Pembiayaan Peralihan Berkaitan Tenaga.
Ketahui lebih lanjut
Program Pembangunan Ekonomi Bumiputera
Program pembiayaan yang ditawarkan kepada syarikat Bumiputera bagi menyokong usaha Kerajaan dalam melaksanakan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).
Ketahui lebih lanjut
Fasiliti Peralihan Tenaga Negara
Mempercepatkan penyaluran modal bagi meningkatkan akses kepada dana untuk projek peralihan tenaga.
Ketahui lebih lanjut
Program Pembiayaan Semikonduktor
Pembiayaan untuk syarikat-syarikat Malaysia merentasi rantaian nilai semikonduktor bagi memperkukuh daya saing global dan mempercepatkan pertumbuhan industri.
Ketahui lebih lanjut
Pembiayaan Gabungan
Mempercepat penyaluran modal dengan menggabungkan pembiayaan awam dan swasta untuk meningkatkan akses kepada projek berpotensi tinggi.
Ketahui lebih lanjut
Mengukuhkan infrastruktur dan ekonomi pelancongan dengan
Program Infrastruktur Pelancongan
Hubungi kami sekarang!
Soalan Lazim
Siapakah yang layak memohon Program Infrastruktur Pelancongan?
Pemohon yang layak ialah syarikat sendirian berhad, syarikat awam dan koperasi yang berdaftar dan diperbadankan di Malaysia, dengan pemilikan majoriti (51%) oleh rakyat Malaysia. Syarikat atau projek tersebut mestilah terlibat dalam infrastruktur pelancongan, pembangunan eko-pelancongan, pembaharuan bandar, pemulihan warisan, atau aktiviti berkaitan yang menyumbang kepada pertumbuhan bandar mampan dan meningkatkan landskap pelancongan Malaysia.
Apakah jenis projek yang disokong di bawah program ini?
Program ini menyokong projek seperti pembangunan atau pengubahsuaian hotel dan kemudahan pelancongan, taman tema, tarikan pelancongan, pusat konvensyen, penaiktarafan infrastruktur pelancongan, inisiatif eko-pelancongan penghidupan semula tapak warisan, pemulihan mercu tanda budaya dan penjanaan semula bandar.
Apakah tempoh maksimum pembiayaan bagi projek?
Program ini menawarkan tempoh sehingga 20 tahun bagi Perbelanjaan Modal (CAPEX) dan sehingga 5 tahun bagi Perbelanjaan Operasi (OPEX).
Apakah jenis kemudahan pembiayaan yang tersedia di bawah program ini?
Syarikat yang layak boleh mendapatkan Pembiayaan Berjangka-i atau Pinjaman Berjangka, Jaminan Bank-i bagi penerbitan Sukuk atau Bon, atau distruktur untuk Sindikasi atau “Club Deals”. Kemudahan penstrukturan semula, penjadualan semula dan pembiayaan semula tidak dibenarkan di bawah program ini.