Anugerah dan Pengiktirafan

Pengiktirafan yang diterima adalah hasil daripada usaha gigih selama berdekad-dekad dalam menetapkan piawaian tinggi untuk kualiti perkhidmatan, penyelesaian kewangan yang inovatif, serta tahap tadbir urus korporat. Kami berasa bangga dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

  1. 2024 | Corporate Tax Payer Award

    Anugerah Pembayar Cukai Terbaik 2024
    Awarding Body

    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

  2. 2024 | Sustainability and CSR Malaysia Awards

    Bank of the Year (Development Bank): Community and Education Empowerment
    Awarding Body

    CSR Malaysia Publications

  3. 2024 | Malaysia’s Company of the Year

    Malaysia’s Company of the Year Award for Sustainability and ESG Leadership
    Awarding Body

    Top10 Publications (Asia and Malaysia)

  4. 2024 | BrandLaureate Awards

    Development Finance Institution Category
    Awarding Body

    The World Brands Foundation

  5. 2024 | Asset Triple A Islamic Finance Awards

    Best Islamic Securitisation Award
    Awarding Body

    The Asset

  6. 2024 | Asset Triple A Islamic Finance Awards

    Bank Sustainability Sukuk Award
    Awarding Body

    The Asset

  7. 2024 | HR Excellence Awards

    Excellence in Talent Management – Bronze Award
    Awarding Body

    Human Resources Online

  8. 2024 | ADFIAP Development Awards

    Corporate Governance Award
    Awarding Body

    ADFIAP

  9. 2024 | ADFIAP Development Awards

    Technology Development – Merit Award
    Awarding Body

    ADFIAP

  1. 2023 | ADFIAP Special Awards

    First Payor
    Awarding Body

    ADFIAP

  2. 2023 | ADFIAP Institutional Project Awards

    Environmental Development - Nextgreen Pulp & Paper Sdn Bhd
    Awarding Body

    ADFIAP

  1. 2022 | Best Development Bank Southeast Asia 2022

    Best Development Bank (Southeast Asia)
    Awarding Body

    CFI.co

  2. 2022 | Power / Utilities Deal of the Year – Pulau Indah Power Plant

    Sustainable Infrastructure Deals of the Year 2022
    Awarding Body

    Asset Asian Awards (AAA)

  3. 2022 | Best Sustainability SRI Sukuk

    Best Deals by Country - Asia Pacific
    Awarding Body

    Asset Asian Awards (AAA)

  4. 2022 | National Energy Awards (NEA)

    Special Merit Award for Sustainable Energy Financing for DFI and Others
    Awarding Body

    NRECC

  1. 2021 | Approved Employer Status

    Professional Development and Trainee Development (Platinum Streams)
    Awarding Body

    ACCA

  1. 2018 | Transport Deal of the Year – Projek Lintasan Sungai Besi Ulu Klang

    Sustainable Infrastructure Deals of the Year 2018
    Awarding Body

    Asset Asian Awards (AAA)

  2. 2018 | ADFIAP Institutional Project Awards

    Local Economic Development - Development of Area Farmers Organisation Kuala Langat, Selangor under Financing for Chili Fertigation - iProgram
    Awarding Body

    KeTTHA

  3. 2012 | Best Supporting Bank – Greentech Financing

    Malaysian Greentech Awards
    Awarding Body

    KeTTHA

  4. 2007 | ADFIAP Institutional Project Awards

    Infrastructure Development - Stormwater Management and Road Tunnel Project (SMART)
    Awarding Body

    ADFIAP

  5. 2006 | ADFIAP Institutional Project Awards

    Technology Development - Innobilogies Sdn Bhd
    Awarding Body

    ADFIAP

  6. 2005 | ADFIAP Institutional Project Awards

    Financial Inclusion - Rural Development Financing Scheme
    Awarding Body

    ADFIAP

  7. 2005 | ADFIAP Institutional Project Awards

    Infrastructure Development - Port of Tg Pelepas & KL Monorail
    Awarding Body

    ADFIAP

  8. 2004 | ADFIAP Institutional Project Awards

    SME Development - Nursery Factory Scheme
    Awarding Body

    ADFIAP

  9. 2003 | ADFIAP Institutional Project Awards

    Infrastructure Development - KL Sentral Station
    Awarding Body

    ADFIAP

  10. 2002 | ADFIAP Institutional Project Awards

    Environmental Development
    Awarding Body

    ADFIAP

Pencapaian Utama

Selama lebih 50 tahun, pelaburan strategik dan usaha membangunkan negara telah membolehkan kami menyumbang kepada transformasi Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan progresif. Namun, kejayaan ini hanya dapat dicapai dengan sokongan dan kepercayaan anda. Berikut adalah sorotan pencapaian penting kami.

Pelan strategik Bank Pembangunan dilancarkan. Agenda 2025 menggariskan aspirasi kami untuk menjadi rakan kongsi yang dipercayai, pemangkin kemajuan sosial dan ekonomi, serta pusat bakat untuk pembina negara.

2022

Kami bergabung dengan Danajamin untuk memperkukuhkan ekosistem kewanganan pembangunan Malaysia.

MIND (Measuring Impact on National Development) diperkenalkan sebagai langkah ke arah pembiayaan kewangan yang berimpak.

2021

Dana Transformasi Digitalisasi Industri, Dana Pembiayaan Pembangunan Mampan dan Dana Pengangkutan Awam dilancarkan. Selain itu, kami menambah baik dan melancarkan Dana Infrastruktur Pelancongan 2.0 dan Dana Maritim 2.0.

Amanah Lestari Alam ditubuhkan untuk meningkatkan kesedaran tentang kelestarian alam sekitar.

2019

Memperluaskan operasi ke sektor Minyak & Gas.

2011

Pengasingan (demerger) antara Bank Pembangunan Malaysia Berhad dengan SME Bank.

2008

Menerima sijil Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 daripada Suruhanjaya Sekuriti untuk menyediakan perkhidmatan pembiayaan korporat dalam sektor infrastruktur.

2007

Bank Pembangunan dan Bank Industri bergabung untuk menyelaraskan semula aktiviti IKP di Malaysia. Mandat kami diperluaskan untuk merangkumi sektor-sektor infrastruktur, maritim, dan teknologi.

Kami kembali dikenali sebagai Bank Pembangunan Malaysia Berhad, dengan pengenalan logo baharu. Bank Industri, sebuah anak syarikat Bank Pembangunan Malaysia Berhad, dikenali sebagai SME Bank.

2005

Membiayai projek pembangunan Terowong SMART. Terowong sepanjang 9.7km ini adalah saliran air hujan terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia.

Kami menyalurkan bekalan air kepada tujuh juta pengguna (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.)

2004

Tersenarai sebagai salah satu daripada enam Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) yang disarankan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002, dan turut diberikan “Status Peniaga Terkecuali” oleh Kementerian Kewangan (MOF), membolehkan kami menawarkan khidmat nasihat korporat, pembiayaan korporat dan penjaminan.

Dana Pelancongan bernilai RM600 juta dilancarkan.

2002

Program Nota Infrastruktur bernilai RM5 bilion dengan tempoh 25 tahun dilancarkan.

2000

Modal berbayar ditingkatkan kepada RM1 bilion, dan kami menukar nama kepada Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad.

1999

Menerima mandat baru untuk membiayai projek-projek infrastruktur.

1998

EXIM Bank beroperasi di bawah naungan Bank Industri.

1995

BPMB-NIF Modal Teroka Sdn Bhd diperbadankan sebagai syarikat modal teroka dengan penyertaan pelabur dari luar.

1994

Program Modal Permulaan diperkenalkan untuk membantu usahawan Bumiputera.

1993

Dengan jumlah aset sebanyak RM1.2 bilion, kami menjadi Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) terbesar di Malaysia.

1989

Jumlah kelulusan pinjaman melangkaui RM1 bilion dan kami berpindah ke ibu pejabat baru di Jalan Sultan Ismail.

1988

Bank Pembangunan mula membuka peluang kepada syarikat-syarikat bukan Bumiputera.

1986

Program Perusahaan Berskala Kecil dilancarkan dengan peruntukan dana khas daripada Bank Dunia.

Unit Pembangunan Islam Bank Pembangunan telah ditubuhkan. Kami merupakan salah satu daripada dua bank yang menawarkan pembiayaan Islam.

1984

Program Pembangunan Usahawan dan Pembiayaan Sewaan Khas atau “Special Leasing” diperkenalkan untuk mengukuhkan dan memperluaskan bantuan kepada usahawan Bumiputera.

1981

Bank Pembangunan mencatatkan kelulusan pinjaman lebih daripada RM100 juta buat kali pertama.

1980

Pada 7 Ogos 1979, Bank Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad telah diperbadankan. Ia kemudiannya dikenali sebagai Bank Industri & Teknologi Malaysia Berhad pada tahun 2000, sebelum menukar nama kepada SME Bank.

1979

Pembangunan Leasing Corporation (PLC) Sdn. Bhd. diperbadankan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan sewaan atau “leasing”.

1977

Bank Pembangunan menerima pinjaman kerajaan pertama yang berjumlah RM15 juta, disampaikan oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

1974

Bank Pembangunan Malaysia Berhad diasaskan dengan matlamat memajukan usahawan Bumiputera.

1973