Tukaran Kadar Faedah (IRS)

Tukaran Kadar Faedah memberi peluang untuk meningkatkan prestasi kewangan perniagaan anda melalui pengurusan risiko kadar faedah yang efisien. Anda boleh menukar pembayaran faedah masa depan daripada kadar terapung kepada kadar tetap (atau sebaliknya) untuk jumlah nosional yang ditetapkan dalam tempoh yang dipersetujui, membantu mengurangkan kesan ketidaktentuan pasaran terhadap pulangan.
treasury
PERBENDAHARAAN

Ciri-Ciri Utama

* Entiti korporat yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia.
Komitmen tetap memastikan bahawa dana akan digunakan untuk tujuan tertentu seperti pembelian barang atau perkhidmatan, dan bukan untuk aktiviti spekulatif.

Pertanyaan

Business Enquiry (Treasury) (BM)
treasury divider

Soalan Lazim

Siapa yang layak memohon produk Deposit Tetap Bank Pembangunan?

Semua pelanggan korporat sedia ada dan baru layak memohon, dengan syarat penempatan minimum sebanyak RM50,000.

Apakah platform yang disediakan untuk penempatan deposit tetap dengan Bank Pembangunan?

Untuk penempatan deposit tetap, sila hubungi Jabatan Pasaran Wang dan Jualan FX kami di 03-26151400 pada waktu pejabat seperti berikut: Isnin hingga Jumaat, 8:30 pagi – hingga 5:30 petang.

Apakah pilihan instrumen lindung nilai yang ditawarkan oleh Bank Pembangunan?

Bank Pembangunan menyediakan 2 pilihan instrumen lindung nilai untuk mereka yang layak, iaitu Tukaran Mata Wang Asing dan Tukaran Kadar Faedah. Produk-produk ini tersedia dalam bentuk pembiayaan Konvensional dan Islam.

Bagaimanakah cara untuk mengetahui harga FX bagi transaksi FX?

Harga FX ditentukan melalui perbincangan dengan ejen kami. Sila hubungi Jabatan Pasaran Wang dan Jualan FX kami di 03-26151400 pada waktu pejabat seperti berikut: Isnin hingga Jumaat, 8:30 pagi – hingga 5:30 petang.

Siapa yang boleh saya hubungi untuk pertanyaan bagi kemudahan kredit untuk Tukaran Mata Wang Asing atau Pertukaran Kadar Faedah?

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

Perbankan Korporat
Tingkat 31, Menara Bank Pembangunan
Plaza Conlay, Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
Email: ym.moc.bmpbobfsctd-86dfaf@yriuqne