Notis Privasi ini dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan semua anak syarikatnya secara langsung dan tidak langsung (selepas ini dirujuk sebagai ‘Kumpulan BPMB’). Sebagai sebahagian daripada operasi harian Kumpulan BPMB, kami mengumpul Data Peribadi anda apabila anda memohon, melanggan perkhidmatan kami, berkomunikasi, atau berurusan dengan kami dalam apa-apa cara. Maklumat ini digunakan untuk menyediakan perkhidmatan kami kepada anda, menyelenggara rekod kami, atau menghantar maklumat yang berkaitan kepada anda, jika perlu.
Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (‘APDP’), kami dikehendaki memaklumkan kepada anda tentang:
- pemprosesan Data Peribadi anda oleh atau bagi pihak Kumpulan BPMB, dan memberikan penerangan mengenai Data Peribadi tersebut kepada anda;
- tujuan pengumpulan dan pemprosesan lanjut Data Peribadi tersebut;
- sumber Data Peribadi, jika maklumat itu tersedia kepada Kumpulan BPMB;
- hak anda untuk meminta akses dan pembetulan Data Peribadi tersebut serta cara menghubungi Kumpulan BPMB untuk pertanyaan atau aduan berkaitan Data Peribadi anda;
- pihak ketiga yang menerima atau mungkin menerima Data Peribadi anda daripada Kumpulan BPMB;
- pilihan dan cara yang ditawarkan oleh Kumpulan BPMB untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda, termasuk Data Peribadi yang berkaitan dengan individu lain yang mungkin dikenalpasti daripada Data Peribadi tersebut;
- keperluan untuk memberikan Data Peribadi anda sama ada secara wajib atau sukarela; dan
- sekiranya adalah wajib bagi anda untuk memberikan Data Peribadi, akibat kegagalan untuk memberikan Data Peribadi tersebut.
Privasi anda amat penting kepada kami, dan kami komited untuk melindungi Data Peribadi anda dengan mengumpul dan menggunakannya selaras dengan ADPD.
Untuk tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:
- “Data Peribadi” merujuk kepada maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda dan/atau transaksi anda dengan Kumpulan BPMB. Maklumat ini mungkin termasuk nama anda, nombor Kad Pengenalan, alamat, pekerjaan, maklumat hubungan, jenis produk dan/atau perkhidmatan yang diberikan kepada anda serta maklumat lain yang diperlukan mengenai diri anda dan transaksi anda termasuk Data Peribadi Sensitif.
- “Data Peribadi Sensitif” merangkumi maklumat berkaitan kesihatan fizikal atau mental atau kondisi anda, pendapat politik anda, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang serupa, pelaksanaan atau dakwaan pelaksanaan oleh anda terhadap sebarang kesalahan atau mana-mana Data Peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang diterbitkan dalam Warta.
Jenis Data Peribadi yang dikumpulkan dan cara pengumpulan oleh Kumpulan BPMB
Bagi membolehkan Kumpulan BPMB menguruskan pertanyaan anda atau menyediakan perkhidmatan Kumpulan BPMB kepada anda, Kumpulan BPMB mungkin dikehendaki untuk mengumpulkan, menggunakan, mendedahkan dan menyimpan (iaitu “memproses”) data peribadi dan/atau kewangan anda. Data peribadi dan/atau kewangan tersebut diperlukan antaranya untuk:
- Mengesahkan pengenalan peribadi dan latar belakang anda;
- mengesahkan kedudukan kewangan dan kelayakan kredit anda jika diperlukan; dan/atau
- memberikan anda mana-mana perkhidmatan Kumpulan BPMB yangdipohon.
Kami juga mungkin memperoleh maklumat di atas mengenai anda daripada sumber-sumber berikut:
- Hubungan anda dengan Kumpulan BPMB, contohnya maklumat yang diberikan oleh anda semasa menggunakan perkhidmatan Kumpulan BPMB, semasa menyertai kaji selidik pelanggan dan semasa pelaksanaan semakan kewangan;
- Komunikasi lisan, bertulis dan/atau elektronik anda dengan Kumpulan BPMB;
- Pihak ketiga yang berkaitan dengan anda, seperti pemegang akaun bersama, penyedia cagaran dan penjamin (tertakluk kepadakebenaran anda terlebih dahulu); dan
- Sumber lain yang mana anda telah memberi kebenaran untuk mendedahkan maklumat yang berkaitan dengan anda dan/atau di mana tidak terhad oleh sekatan lain.
Data Peribadi yang dikumpul boleh sama ada wajib atau pilihan. Data Peribadi wajib adalah maklumat anda yang diperlukan supaya Kumpulan BPMB dapat menyediakan perkhidmatan yang diperlukan kepada anda. Jika anda tidak memberi Data Peribadi wajib tersebut kepada BPMB, BPMB tidak akan dapat menyediakan perkhidmatan tersebut kepada anda. Data Peribadi pilihan adalah maklumat anda yang tidak wajib untuk disediakan kepada Kumpulan BPMB. Jika anda tidak mahu memberikan Data Peribadi pilihan anda, anda masih boleh memohon perkhidmatan Kumpulan BPMB. Data Peribadi wajib dan sukarela mungkin berbeza untuk pelbagai perkhidmatan Kumpulan BPMB dan perkara ini akan dinyatakan dalam surat tawaran perkhidmatan Kumpulan BPMB.
Bagaimana Kumpulan BPMB Menggunakan Data Peribadi Anda
Selain daripada yang dinyatakan di atas, Kumpulan BPMB mungkin akan menggunakan Data Peribadi anda untuk salah satu atau lebih tujuan berikut:
- Mengurus dan mengekalkan maklumat anda melalui kemas kini berkala, penyatuan dan meningkatkan ketepatan rekod Kumpulan BPMB. Dengan cara ini, Kumpulan BPMB dapat memberi respons kepada pertanyaan, aduan dan menyelesaikan pertikaian dengan cepat supaya Kumpulan BPMB dapat meningkatkan perniagaan Kumpulan BPMB dan hubungan anda dengan Kumpulan BPMB;
- Menjalankan penyelidikan untuk tujuan analisis, pencarian data dan menganalisa transaksi / penggunaan perkhidmatan anda untuk memahami kedudukan kewangan semasa anda dan keperluan masa depan anda dengan lebih baik. Kumpulan BPMB juga akan menghasilkan data, laporan dan statistik dari semasa ke semasa, namun maklumat tersebut akan digabungkan supaya identiti anda kekal sulit. Kadang-kala, mungkin adalah perlu untuk mengesahkan kedudukan kewangan anda melalui pemeriksaan rujukan/kredit laporan;
- Mematuhi keperluan mana-mana undang-undang yang mengikat Kumpulan BPMB seperti menjalankan pemeriksaan anti-pengubahan wang haram, pengesanan/pencegahan jenayah, pendakwaan, perlindungan atau penguatkuasaan hak-hak Kumpulan BPMB untuk memulihkan sebarang hutang yang terhutang kepada kami termasuk memindahkan atau menyerahkan hak, kepentingan dan obligasi Kumpulan BPMB di bawah mana-mana perjanjian anda dengan Kumpulan BPMB;
- Melaksanakan perkhidmatan bersama dalam Kumpulan BPMB seperti audit, pematuhan, undang-undang, sumber manusia, pengurusan risiko termasuk menilai risiko kewangan dan insurans;
- Penyumberan luar operasi perniagaan dan operasi belakang di dalam Kumpulan BPMB; dan
- Tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa pengawal selia yang berkaitan.
Kumpulan BPMB akan mendapatkan kebenaran anda sebelum menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan lain selain daripada yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini dan/atau dalam terma mana-mana perjanjian anda dengan Kumpulan BPMB.
Pendedahan Data Peribadi Anda
Sebagai sebahagian daripada penyediaan perkhidmatan Kumpulan BPMB kepada anda, Kumpulan BPMB mungkin dikehendaki untuk mendedahkan maklumat tertentu mengenai anda kepada pihak ketiga seperti berikut:
- Ejen, pembekal perkhidmatan, vendor dan/atau penasihat profesional Kumpulan BPMB seperti akauntan, juruaudit, peguam, penasihat kewangan yang membantu Kumpulan BPMB dalam memproses, mentadbir, memenuhi transaksi atau menyediakan perkhidmatan menambah nilai yang telah anda minta;
- Sesiapa yang diberi kuasa atau dilantik oleh anda untuk memberi arahan kepada Kumpulan BPMB bagi pihak anda seperti ejen, akauntan, juruaudit, peguam, penasihat kewangan, broker dan perantara anda;
- Sesiapa yang berkaitan dengan penguatkuasaan atau pemeliharaan mana-mana hak Kumpulan BPMB atau pemindahan hak dan obligasi di bawah perjanjian anda dengan Kumpulan BPMB;
- Mana-mana pihak ketiga yang wujud daripada penyusunan semula kemudahan yang diberikan kepada anda, penjualan hutang, pemerolehan atau penjualan mana-mana syarikat oleh Kumpulan BPMB dengan syarat penerima menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang sama seperti ia disediakan kepada Kumpulan BPMB pada asalnya dan/atau digunakan oleh Kumpulan BPMB;
- Pihak institusi kewangan lain bagi tujuan memenuhi transaksi yang diperlukan oleh anda;
- Mana-mana agensi penarafan, agensi pelaporan kredit, penanggung insurans, broker insurans, penanggung insurans semula atau penyedia perlindungan kredit secara langsung/tidak langsung dan sekiranya berlaku kegagalan terhadap kemudahan yang diberikan kepada anda, kepada agensi kutipan hutang; dan/atau
- Pihak berkuasa dan/atau pengawal selia yang kompeten, termasuk pengawal selia asing untuk pelaksanaan fungsi mereka, tertakluk pada sebarang undang-undang, termasuk undang-undang asing yang terpakai kepada Kumpulan BPMB.
Sebaliknya, Kumpulan BPMB tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada pihak lain, kecuali di mana:
- Kumpulan BPMB dibenarkan untuk berbuat demikian oleh anda;
- Kumpulan BPMB dikehendaki atau dibenarkan berbuat demikian oleh undang-undang;
- Diperlukan atau dibenarkan oleh mana-mana perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas Kumpulan BPMB;
- Kumpulan BPMB boleh memindahkan hak dan obligasi di bawah perjanjian Kumpulan BPMB dengan anda; dan/atau
- Kumpulan BPMB dikehendaki untuk memenuhi kewajipan Kumpulan BPMB kepada mana-mana pihak pengawal selia yang berkaitan.
Kami ingin meyakinkan anda bahawa pada setiap masa, Kumpulan BPMB akan menghormati dan melindungi privasi serta kerahsiaan Data Peribadi anda.
Keselamatan Data Peribadi Anda
Kumpulan BPMB memberi keutamaan dalam memastikan keselamatan dan kerahsiaan Data Peribadi anda serta secara berterusan akan mengkaji semula dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang terkini semasa memproses Data Peribadi anda.
Penyimpanan Data Peribadi
Data Peribadi anda akan disimpan selaras dengan Notis Privasi ini dan/atau terma dan syarat perjanjian anda dengan mana-mana entiti Kumpulan BPMB untuk jangka masa hubungan anda atau untuk tempoh yang diperlukan bagi melindungi kepentingan kedua-dua Kumpulan BPMB dan anda. Penyimpanan tersebut juga diperlukan sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang atau mengikut polisi dalaman Kumpulan BPMB.
Hak Anda untuk Mengakses dan Membetulkan Data Peribadi
Jika anda ingin mengakses dan/atau membuat perubahan kepada Data Peribadi anda, anda boleh membuat permintaan secara bertulis dan Kumpulan BPMB akan berusaha untuk memenuhi permintaan anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda dalam masa 21 hari selepas menerima permintaan bertulis anda bersama bayaran pemprosesan yang berkaitan.
Sila ambil perhatian bahawa Kumpulan BPMB boleh menolak permohonan dan menangguhkan akses kepada Data Peribadi anda dalam situasi tertentu, contohnya apabila Kumpulan BPMB tidak dapat mengesahkan identiti anda, apabila maklumat yang diminta adalah bersifat komersial yang sulit atau apabila terdapat permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Walau bagaimanapun, Kumpulan BPMB akan memaklumkan anda sebab-sebab mengapa permintaan anda tidak dapat dipenuhi. Kumpulan BPMB juga boleh meminta lebih banyak bukti bertulis untuk mengelakkan kejadian penipuan dan/atau maklumat yang tidak tepat.
Bagi membolehkan Kumpulan BPMB memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda, Kumpulan BPMB memohon bantuan anda untuk sentiasa memastikan Data Peribadi anda dikemaskini dan terkini.
Apabila Data Peribadi yang Diberikan oleh Anda Tidak Lengkap
Dalam beberapa keadaan, anda mungkin dikehendaki untuk menyediakan Data Peribadi tertentu bagi membolehkan Kumpulan BPMB memproses permohonan anda atau melanggan beberapa perkhidmatan Kumpulan BPMB. Jika anda tidak dapat atau enggan menyediakan Data Peribadi yang wajib tersebut, Kumpulan BPMB tidak dapat memproses permohonan anda atau menyediakan perkhidmatan yang dipohon.
Pindaan kepada Notis Privasi
Notis Privasi ini mungkin akan dipinda dari semasa ke semasa dan jika terdapat sebarang pindaan, ia akan disiarkan di laman sesawang Kumpulan BPMB dan/atau melalui saluran komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh Kumpulan BPMB. Walau bagaimanapun, sebarang pindaan akan mematuhi APDP.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau aduan boleh diajukan kepada Jabatan Pematuhan atau Group Compliance melalui:
Telefon: +60 3 2611 3888 (sambungan 3974)
Emel: ym.moc.bmpb@ecnailpmoC-BMPB
Alamat Surat-menyurat: Level 32, Menara BPMB, Plaza Conlay, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur.