Terokai potensi perkembangan perniagaan anda

Kami menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat yang terlibat dalam aktiviti dan projek yang menyokong pelaksanaan Kerangka Ekonomi MADANI serta Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030). Penekanan diberikan kepada penggalakan pertumbuhan mampan dan inklusif, pembangunan modal insan, serta kepelbagaian ekonomi.

explore your potential for real growth

Program Pembangunan MADANI 2.0

Pembiayaan untuk syarikat yang terlibat dalam aktiviti dan projek yang menyokong pelaksanaan Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13, khususnya yang berkaitan dengan:

  • Infrastruktur awam utama (contoh: pengangkutan awam, jalan raya)
  • Utiliti (contoh: infrastruktur air dan pembetungan, terutamanya di kawasan luar bandar)
  • Infrastruktur sosial (contoh: penjagaan kesihatan, pendidikan)
  • Projek Pembangunan Berorientasikan Transit (Transit-Oriented Development)
  • Kestabilan bekalan makanan
  • Aset / projek keselamatan negara
essential liquidity and growth just when you need them

Saiz Program

RM3 bilion

Tujuan & Tempoh Pembiayaan*

Perbelanjaan Modal (CAPEX)

Sehingga
20 Tahun

Perbelanjaan Operasi (OPEX)

Sehingga
5 Tahun

explore your potential for real growth

Ciri-Ciri Utama

Menyokong 17 Anjakan Besar Kerangka Ekonomi MADANI yang merangsang pembangunan, dengan menumpukan kepada 3 tema utama:

Tema 1

Memperkukuh Kemampanan

  • Kemampanan fiskal dan sistem kewangan
  • Industri HGHV berasaskan peralihan tenaga
  • Subsidi bersasar

Tema 2

Membangunkan Masyarakat Sejahtera

  • Pembudayaan masyarakat MADANI
  • Reformasi perlindungan sosial
  • Perumahan untuk rakyat
  • Pengukuhan perkhidmatan kesihatan
  • Pengukuhan keselamatan dan pertahanan negara

Tema 3

Mencapai Negara Berpendapatan Tinggi

  • Industri HGHV berasaskan Teknologi dan Digital (kecuali yang layak di bawah Program Infrastruktur Digital & Sektor Berimpak Tinggi Bank Pembangunan)
  • Industri HGHV E&E bernilai tinggi
  • HGHV dalam sektor pertanian dan industri asas tani
  • Pemerkasaan PMKS dan perusahaan sosial
  • Industri HGHV berkaitan nadir bumi
  • Pengukuhan jaringan pengangkutan awam

Kadar Pembiayaan**

Untuk Pembiayaan:

Kadar Asas Pembiayaan (BFR) +  Margin

Untuk Jaminan Penerbitan Sukuk / Bon:

Yuran Jaminan

* Jumlah pembiayaan muktamad yang diluluskan adalah berdasarkan penilaian dan penentuan kredit oleh pihak Bank.
** Kadar berkesan dan muktamad bagi pembiayaan yang diluluskan tertakluk kepada budi bicara pihak Bank.

Pertanyaan

Business Enquiry - V2 (BM)

Nota:
Bank Pembangunan menawarkan pembiayaan bermula dari RM20 juta.

Jika keperluan pembiayaan anda kurang daripada jumlah ini, anda boleh mempertimbangkan pilihan alternatif yang tersedia di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai pembiayaan import dan eksport, klik di sini.


programme divider

Program Lain

icoon Transportation & Logistics Programme

Program Pengangkutan dan Logistik

Program pembiayaan untuk syarikat-syarikat dalam industri maritim, aeroangkasa, pengangkutan, dan logistik, bagi tujuan pemerolehan kapal, pesawat, peralatan, pembangunan infrastruktur, serta keperluan modal kerja.

icon industry digitalisation transformation programme

Program Infrastruktur Digital & Sektor Berimpak Tinggi

Mempercepatkan transformasi industri ke arah Industri 4.0, digitalisasi, ekonomi digital dan teknologi maju serta menyokong sektor pertumbuhan baharu dan berimpak tinggi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

icon sustainable development

Program Pembangunan Mampan & Peralihan

Memupuk pembangunan ekonomi hijau dan menyokong peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon dan mampan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak berkaitan dengan tenaga.

icon renewable energy

Program Tenaga Pembaharuan & Peralihan

Menyokong aktiviti berkaitan tenaga di bawah Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) seperti Tenaga yang boleh diperbaharui, Teknologi Hijau, Penangkapan karbon, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS), Kecekapan Tenaga, Hidrogen Hijau, Mobiliti Elektrik dan Pembiayaan Peralihan Berkaitan Tenaga.

icon bumiputera economic

Program Pembangunan Ekonomi Bumiputera

Program pembiayaan yang ditawarkan kepada syarikat Bumiputera bagi menyokong usaha Kerajaan dalam melaksanakan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).

icon national energy transition facility

Fasiliti Peralihan Tenaga Negara

Mempercepatkan penyaluran modal bagi meningkatkan akses kepada dana untuk projek peralihan tenaga.

icon semiconductor financing programme

Program Pembiayaan Semikonduktor

Pembiayaan untuk syarikat-syarikat Malaysia merentasi rantaian nilai semikonduktor bagi memperkukuh daya saing global dan mempercepatkan pertumbuhan industri.

icon tourism infrastructure programme

Program Infrastruktur Pelancongan

Program Infrastruktur Pelancongan menyediakan pembiayaan untuk syarikat yang terlibat dalam projek yang menyokong pembangunan infrastruktur pelancongan dan penjanaan semula bandar di Malaysia. Program ini menggalakkan penambahbaikan kemudahan pelancongan, penjanaan semula bandar secara mampan dan pemeliharaan aset warisan.

icon blended financing

Pembiayaan Gabungan

Mempercepat penyaluran modal dengan menggabungkan pembiayaan awam dan swasta untuk meningkatkan akses kepada projek berpotensi tinggi.

Realisasikan impak berskala nasional dengan

Program Pembangunan MADANI 2.0

Hubungi kami sekarang!

Soalan Lazim

Bagaimana untuk mengenal pasti jika permohonan pembiayaan saya sejajar dengan Kerangka Ekonomi MADANI?

Objektif utama Program Pembangunan MADANI 2.0 adalah untuk membiayai aktiviti-aktiviti perniagaan/syarikat yang menyokong pelaksanaan Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13.

17 Anjakan Besar Ekonomi MADANI merangkumi:

    1. Tata kelola dan rangka kerja institusi
    2. Perundangan berkaitan rasuah
    3. Kemampanan fiskal dan sistem kewangan
    4. Industri HGHV berasaskan peralihan tenaga
    5. Subsidi bersasar
    6. Pembudayaan masyarakat MADANI
    7. Reformasi perlindungan sosial
    8. Perumahan untuk rakyat
    9. Pengukuhan perkhidmatan kesihatan
    10. Pengukuhan keselamatan dan pertahanan negara
    11. Industri HGHV berasaskan teknologi dan digital
    12. Industri HGHV E&E bernilai tinggi
    13. HGHV pertanian dan industri asas tani
    14. Industri HGHV nadir bumi
    15. Pemerkasaan PMKS dan perusahaan sosial
    16. Pengukuhan jaringan pengangkutan awam
    17. Ketersediaan bakat masa hadapan

Apakah tempoh pembiayaan untuk Program Pembangunan MADANI 2.0?

Tempoh pembiayaan maksimum Program Pembangunan MADANI 2.0 bergantung kepada tujuan pembiayaan:

  • 20 tahun untuk Perbelanjaan Modal (CAPEX)*;
  • 5 tahun untuk Perbelanjaan Operasi (OPEX)*