Tukaran Kadar Keuntungan Islam (IPRS)
Ketahui lebih lanjut

Ciri-Ciri Utama
Tujuan Pembiayaan
Penyelesaian lindung nilai untuk perniagaan bagi mengurangkan risiko kadar pulangan terhadap pergerakan pasaran yang merugikan, sekali gus membantu menguruskan pendedahan kadar keuntungan terhadap aset dan liabiliti dengan lebih berkesan
Tempoh Pembiayaan
Sehingga 15 tahun
Mata Wang
Transaksi akan dilaksanakan dalam satu mata wang, iaitu Ringgit Malaysia (MYR) atau dalam mata wang asing utama yang lain
Konsep Shariah
Tawarruq dan Wa’d
Kelayakan
-
Untuk korporat (residen) sahaja dan atas dasar komitmen tetap*
-
Garisan / Kemudahan kredit mesti ditubuhkan sebelum memasuki perjanjian Tukaran Kadar Faedah (IRS) dengan Bank Pembangunan
| * | Entiti korporat yang diperbadankan, ditubuhkan, atau didaftarkan di Malaysia. Komitmen tetap memastikan bahawa dana akan digunakan untuk tujuan tertentu seperti pembelian barang atau perkhidmatan, dan bukan untuk aktiviti spekulatif. |
Pertanyaan

Soalan Lazim
Siapa yang layak memohon produk Deposit Tetap Bank Pembangunan?
Semua pelanggan korporat sedia ada dan baru layak memohon, dengan syarat penempatan minimum sebanyak RM50,000.
Apakah platform yang disediakan untuk penempatan deposit tetap dengan Bank Pembangunan?
Untuk penempatan deposit tetap, sila hubungi Jabatan Pasaran Wang dan Jualan FX kami di 03-26151400 pada waktu pejabat seperti berikut: Isnin hingga Jumaat, 8:30 pagi – hingga 5:30 petang.
Apakah pilihan instrumen lindung nilai yang ditawarkan oleh Bank Pembangunan?
Bank Pembangunan menyediakan 2 pilihan instrumen lindung nilai untuk mereka yang layak, iaitu Tukaran Mata Wang Asing dan Tukaran Kadar Faedah. Produk-produk ini tersedia dalam bentuk pembiayaan Konvensional dan Islam.
Bagaimanakah cara untuk mengetahui harga FX bagi transaksi FX?
Harga FX ditentukan melalui perbincangan dengan ejen kami. Sila hubungi Jabatan Pasaran Wang dan Jualan FX kami di 03-26151400 pada waktu pejabat seperti berikut: Isnin hingga Jumaat, 8:30 pagi – hingga 5:30 petang.
Siapa yang boleh saya hubungi untuk pertanyaan bagi kemudahan kredit untuk Tukaran Mata Wang Asing atau Pertukaran Kadar Faedah?
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Perbankan Korporat
Tingkat 31, Menara Bank Pembangunan
Plaza Conlay, Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
Email: ym.moc.bmpb@yriuqne
Produk Perbendaharaan Lain
Deposit Tawarruq
Peluang pelaburan patuh Shariah yang menawarkan kecairan kewangan dan pulangan yang stabil. Pilih antara Pasaran Wang atau Deposit Tetap.
Ketahui lebih lanjut
Tukaran Kadar Faedah (IRS)
Kurangkan risiko pulangan yang tidak menentu akibat pergerakan pasaran yang tidak stabil, supaya anda boleh menguruskan pendedahan kadar keuntungan aset dan liabiliti dengan lebih baik.
Ketahui lebih lanjut
Tukaran Mata Wang Asing (FX)
Penyelesaian perlindungan nilai untuk membantu anda menguruskan risiko naik turun mata wang, sambil menstabilkan pendedahan kepada pemiutang dan penghutang.
Ketahui lebih lanjut
Tukaran Mata Wang Asing Islam (FX-i)
Nikmati jaminan ketelusan serta ketenangan fikiran dengan pematuhan penuh terhadap undang-undang Islam.
Ketahui lebih lanjut