Menyokong Projek Di Luar Pembiayaan Tradisional
Pembiayaan Gabungan, atau Blended Financing, menggabungkan ekuiti dan hutang untuk menyokong projek yang tidak layak menerima pembiayaan biasa. Sama ada anda membina infrastruktur, mengutamakan kemampanan atau mengembangkan perniagaan, pendekatan ini menghubungkan anda kepada modal yang sesuai serta rangkaian kerjasama tempatan dan antarabangsa. Ia membuka lebih banyak peluang dalam sektor seperti infrastruktur, ketahanan iklim dan pembangunan sosial.
Ketahui lebih lanjut

Pembiayaan Gabungan
(Blended Financing)
Modal Fleksibel untuk Projek
- Menggabungkan ekuiti dan pembiayaan hutang untuk menyokong projek berimpak tinggi
- Membantu menangani kekurangan ekuiti dan mencapai penutupan kewangan
- Menyokong inisiatif pembangunan dan infrastruktur di Malaysia
Sokongan Pertumbuhan untuk PKS Berpotensi
- Menyediakan modal untuk pengambilalihan strategik dan pertumbuhan organic
- Menyokong pengembangan dalam rantaian nilai dan ke pasaran Baharu
- Menyasarkan PKS berpotensi tinggi yang kurang mendapat akses pembiayaan tradisional

Instrumen Pembiayaan
- BPMB Dana Sdn Bhd melabur dengan mengambil pegangan minoriti
- Sokongan diberikan melalui hak keutamaan
(preferential rights)
Jumlah Pembiayaan
Dari RM5 juta hingga RM30 juta bagi setiap projek *

Ciri-Ciri Utama
Tempoh Ketersediaan
1 Januari 2025 – 31 Disember 2035
Jumlah Pelaburan
- Minimum: RM5 juta
- Maksimum: RM30 juta
Kaedah Pelaburan
- Pelaburan akan disalurkan melalui BPMB Dana Sdn Bhd
- BPMB Dana Sdn Bhd akan memegang kepentingan minoriti
- Setiap pelaburan akan disertakan dengan hak keutamaan yang kukuh dalam syarikat penerima pelaburan
Pemohon Layak
- Pelaburan akan memfokuskan kepada PKS dan syarikat bersaiz kecil hingga sederhana
- Syarikat mesti mempunyai rekod prestasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun (tidak termasuk SPV khusus projek)
- Perlu membuktikan prestasi kewangan dan operasi yang kukuh
- Perlu mempunyai pasukan pengurusan yang berpengalaman dan berwibawa
- Mesti memperoleh penilaian yang baik berdasarkan Kerangka MIND Bank Pembangunan
| * | Kadar efektif adalah berdasarkan semakan dan pengesahan kredit Bank Pembangunan. Kadar akhir untuk pembiayaan yang diluluskan tertakluk kepada pertimbangan Bank Pembangunan. |
Pertanyaan
Target Sectors
Companies in sectors that advance the MADANI Economic Framework and the 12th Malaysia Plan, including those in healthcare, connectivity and transportation, affordable housing, smart cities and agriculture, as well as enhancement of socio-economic development in Sabah and Sarawak.

Program Lain
Program Pembangunan MADANI 2.0
Program pembiayaan untuk syarikat-syarikat yang menyokong Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13, dengan tujuan untuk menjana semula ekonomi, meningkatkan keselamatan, dan menggalakkan kemampanan.
Ketahui lebih lanjut
Program Pengangkutan dan Logistik
Program pembiayaan untuk syarikat-syarikat dalam industri maritim, aeroangkasa, pengangkutan, dan logistik, bagi tujuan pemerolehan kapal, pesawat, peralatan, pembangunan infrastruktur, serta keperluan modal kerja.
Ketahui lebih lanjut
Program Infrastruktur Digital & Sektor Berimpak Tinggi
Mempercepatkan transformasi industri ke arah Industri 4.0, digitalisasi, ekonomi digital dan teknologi maju serta menyokong sektor pertumbuhan baharu dan berimpak tinggi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
Ketahui lebih lanjut
Program Pembangunan Mampan & Peralihan
Memupuk pembangunan ekonomi hijau dan menyokong peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon dan mampan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak berkaitan dengan tenaga.
Ketahui lebih lanjut
Program Tenaga Pembaharuan & Peralihan
Menyokong aktiviti berkaitan tenaga di bawah Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) seperti Tenaga yang boleh diperbaharui, Teknologi Hijau, Penangkapan karbon, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS), Kecekapan Tenaga, Hidrogen Hijau, Mobiliti Elektrik dan Pembiayaan Peralihan Berkaitan Tenaga.
Ketahui lebih lanjut
Program Pembangunan Ekonomi Bumiputera
Program pembiayaan yang ditawarkan kepada syarikat Bumiputera bagi menyokong usaha Kerajaan dalam melaksanakan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).
Ketahui lebih lanjut
Fasiliti Peralihan Tenaga Negara
Mempercepatkan penyaluran modal bagi meningkatkan akses kepada dana untuk projek peralihan tenaga.
Ketahui lebih lanjut
Program Pembiayaan Semikonduktor
Pembiayaan untuk syarikat-syarikat Malaysia merentasi rantaian nilai semikonduktor bagi memperkukuh daya saing global dan mempercepatkan pertumbuhan industri.
Ketahui lebih lanjut
Program Infrastruktur Pelancongan
Program Infrastruktur Pelancongan menyediakan pembiayaan untuk syarikat yang terlibat dalam projek yang menyokong pembangunan infrastruktur pelancongan dan penjanaan semula bandar di Malaysia. Program ini menggalakkan penambahbaikan kemudahan pelancongan, penjanaan semula bandar secara mampan dan pemeliharaan aset warisan.
Ketahui lebih lanjut
Memacu Peralihan Tenaga Malaysia dengan
Fasiliti Peralihan Tenaga Negara
Hubungi kami sekarang!
Soalan Lazim
Apakah itu National Energy Transition Facility (NETF)?
National Energy Transition Facility (NETF) ialah inisiatif pembiayaan di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Ia membantu perniagaan dan pemaju projek mendapatkan pembiayaan untuk projek yang menyokong kemampanan, tenaga boleh diperbaharui dan pengurangan karbon.
Bagaimana NETF boleh menyokong projek saya?
NETF membantu anda mendapatkan modal yang diperlukan untuk menggerakkan projek peralihan tenaga anda. Matlamatnya adalah untuk membiayai inisiatif selaras dengan keutamaan kemampanan negara sambil menggalakkan penglibatan sektor swasta melalui pendekatan pembiayaan gabungan.
Apakah jenis projek yang layak?
NETF menyokong pelbagai jenis projek peralihan tenaga, termasuk:
- Penambahbaikan kecekapan tenaga
- Projek tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin dan hidro
- Pembangunan dan penggunaan hydrogen
- Inisiatif biojisim dan bioenergi
- Mobiliti hijau dan elektrifikasi
- Penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS)
Adakah NETF menawarkan geran atau pembiayaan?
NETF menawarkan sokongan pembiayaan, bukan geran. Ia menyediakan modal pemangkin untuk membantu perniagaan mendapatkan pembiayaan tambahan daripada pelabur swasta, bank atau sumber lain dengan meningkatkan daya tarikan projek.
Bolehkah NETF bekerjasama dengan institusi kewangan lain?
Ya. NETF direka untuk melengkapi sumber pembiayaan lain. Ia menggalakkan kerjasama dengan institusi kewangan bagi membuka akses kepada lebih banyak modal dan meningkatkan pembiayaan projek peralihan tenaga di Malaysia.