Penyelesaian pembiayaan untuk masa depan yang mampan

Kami menyokong peralihan tenaga Malaysia dengan membiayai inisiatif dalam tenaga boleh diperbaharui, teknologi hijau, penangkapan karbon, kecekapan tenaga, hidrogen hijau, mobiliti elektrik, dan pembiayaan peralihan tenaga. Melalui penyelesaian pembiayaan kami, kami menyumbang kepada Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan usaha negara ke arah tenaga yang lebih mampan.
banking on ideas that address global challenges

Program Tenaga Pembaharuan & Peralihan

Kami menyediakan pembiayaan kepada syarikat yang terlibat dalam sektor teknologi dan projek berkaitan tenaga di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Sokongan kami merangkumi pelbagai bidang, termasuk:

  • Tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan hidro
  • Inisiatif teknologi hijau
  • Penangkapan, penggunaan, dan penyimpanan karbon 
  • Penambahbaikan kecekapan tenaga
  • Pembangunan hidrogen hijau
  • Kemajuan dalam mobiliti elektrik
  • Pembiayaan peralihan untuk inisiatif berkaitan tenaga
circular economy

Saiz Program

RM500 juta

Tujuan & Tempoh Pembiayaan*

Perbelanjaan Modal (CAPEX)

Sehingga
15 Tahun

Perbelanjaan Operasi (OPEX)

Sehingga
5 Tahun

banking on ideas that address global challenges

Ciri-Ciri Utama

Kadar Pembiayaan

Projek Kerajaan

Kos Dana (“Cost of Fund”) + Margin – Subsidi sebanyak 1.0% setahun

Projek Komersial

Kadar Pembiayaan Asas (“Base Financing Rate”) + Margin – Subsidi sebanyak 1.0% setahun

Jaminan Kewangan

Yuran Jaminan – Subsidi sebanyak 1.0% setahun

* Kadar efektif adalah berdasarkan semakan dan pengesahan kredit Bank Pembangunan. Kadar akhir untuk pembiayaan yang diluluskan tertakluk kepada pertimbangan Bank Pembangunan.

Pertanyaan

Business Enquiry - V2 (BM)

Nota:
Bank Pembangunan menawarkan pembiayaan bermula dari RM20 juta.

Jika keperluan pembiayaan anda kurang daripada jumlah ini, anda boleh mempertimbangkan pilihan alternatif yang tersedia di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai pembiayaan import dan eksport, klik di sini.


programme divider

Program Lain

icon MADANI Scheme

Program Pembangunan MADANI 2.0

Program pembiayaan untuk syarikat-syarikat yang menyokong Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13, dengan tujuan untuk menjana semula ekonomi, meningkatkan keselamatan, dan menggalakkan kemampanan.

icoon Transportation & Logistics Programme

Program Pengangkutan dan Logistik

Program pembiayaan untuk syarikat-syarikat dalam industri maritim, aeroangkasa, pengangkutan, dan logistik, bagi tujuan pemerolehan kapal, pesawat, peralatan, pembangunan infrastruktur, serta keperluan modal kerja.

icon industry digitalisation transformation programme

Program Infrastruktur Digital & Sektor Berimpak Tinggi

Mempercepatkan transformasi industri ke arah Industri 4.0, digitalisasi, ekonomi digital dan teknologi maju serta menyokong sektor pertumbuhan baharu dan berimpak tinggi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

icon sustainable development

Program Pembangunan Mampan & Peralihan

Memupuk pembangunan ekonomi hijau dan menyokong peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon dan mampan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak berkaitan dengan tenaga.

icon bumiputera economic

Program Pembangunan Ekonomi Bumiputera

Program pembiayaan yang ditawarkan kepada syarikat Bumiputera bagi menyokong usaha Kerajaan dalam melaksanakan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).

icon national energy transition facility

Fasiliti Peralihan Tenaga Negara

Mempercepatkan penyaluran modal bagi meningkatkan akses kepada dana untuk projek peralihan tenaga.

icon semiconductor financing programme

Program Pembiayaan Semikonduktor

Pembiayaan untuk syarikat-syarikat Malaysia merentasi rantaian nilai semikonduktor bagi memperkukuh daya saing global dan mempercepatkan pertumbuhan industri.

icon tourism infrastructure programme

Program Infrastruktur Pelancongan

Program Infrastruktur Pelancongan menyediakan pembiayaan untuk syarikat yang terlibat dalam projek yang menyokong pembangunan infrastruktur pelancongan dan penjanaan semula bandar di Malaysia. Program ini menggalakkan penambahbaikan kemudahan pelancongan, penjanaan semula bandar secara mampan dan pemeliharaan aset warisan.

icon blended financing

Pembiayaan Gabungan

Mempercepat penyaluran modal dengan menggabungkan pembiayaan awam dan swasta untuk meningkatkan akses kepada projek berpotensi tinggi.

Mempercepat Peralihan Tenaga Malaysia dengan

Program Tenaga Pembaharuan & Peralihan

Hubungi kami sekarang!

Soalan Lazim

Apakah sektor yang disasarkan di bawah Program Tenaga Pembaharuan & Peralihan (RETP)?

RETP menyasarkan sektor-sektor utama yang memainkan peranan penting dalam peralihan Malaysia ke arah tenaga mampan dan rendah karbon. Sektor-sektor ini termasuk:

  • Tenaga Boleh Diperbaharui – Penjanaan tenaga daripada sumber seperti solar, hidro, angin, dan biomassa.
  • Teknologi Hijau – Inovasi yang meningkatkan kecekapan tenaga dan mengurangkan kesan alam sekitar.
  • Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) – Teknologi untuk menangkap dan menyimpan pelepasan karbon.
  • Kecekapan Tenaga – Penyelesaian untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga dan mengurangkan pembaziran.
  • Hidrogen Hijau – Pengeluaran dan penggunaan hidrogen sebagai sumber tenaga bersih.
  • Mobiliti Elektrik – Pembangunan kenderaan elektrik (EV) dan infrastruktur berkaitan.
  • Pembiayaan Peralihan (Berkaitan Tenaga) – Sokongan kewangan untuk perniagaan yang mengadaptasi penyelesaian tenaga mampan.

Sektor-sektor ini sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk mendorong kemampanan tenaga jangka panjang Malaysia.

Apakah tempoh pembiayaan bagi Program Tenaga Pembaharuan & Peralihan (RETP)?

Tempoh maksimum pembiayaan di bawah RETP bergantung kepada tujuan pembiayaan:

  • untuk Perbelanjaan Modal (CAPEX) adalah 15 tahun*;
  • untuk Perbelanjaan Operasi (OPEX) adalah 5 tahun*