Direka untuk daya saing dan ketahanan ekonomi
Ketahui lebih lanjut

Program Pengangkutan dan Logistik
Memberikan bantuan kewangan kepada syarikat yang terlibat dalam dan/atau berkaitan dengan aktiviti serta perkhidmatan logistik, pengangkutan (termasuk aeroangkasa) dan maritim seperti:
- Pemerolehan kapal atau pesawat
- Pemerolehan tanah, pembinaan limbungan kapal/hangar, infrastruktur, jentera, dan peralatan
- Pembinaan bangunan, kilang, gudang berikat, kawasan pelabuhan, dan pengangkutan untuk aktiviti maritim dan aeroangkasa
- Pemerolehan aset untuk perkhidmatan logistik, termasuk gudang, kenderaan, dan peralatan berkaitan
- Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan berkaitan industri minyak dan gas
- Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan berkaitan pengangkutan
- Pembiayaan separa untuk keperluan modal kerja

Saiz Program
RM1 bilion
Tujuan & Tempoh Pembiayaan*
Perbelanjaan Modal (CAPEX)
Sehingga
12 Tahun
Perbelanjaan Operasi (OPEX)
Sehingga
5 Tahun

Ciri-Ciri Utama
Tempoh Ketersediaan
1 Januari 2025 – 31 Disember 2026
Margin Pembiayaan
Sehingga 90% daripada jumlah kos projek
Jumlah Pembiayaan
- Minimum: RM20 juta
- Maksimum: Tertakluk kepada penilaian dan penaksiran kredit oleh Bank Pembangunan
Kemudahan yang Ditawarkan
- Pembiayaan Bertempoh-i / Pinjaman Bertempoh
- Jaminan Kewangan untuk Penerbitan Sukuk / Bon
- Sindikasi / Club Deals
- Kemudahan penyusunan semula, penjadualan semula dan pembiayaan semula adalah tidak terpakai
Kelayakan
- Syarikat Sendirian Berhad, Syarikat Awam, dan Koperasi
- Berdaftar dan diperbadankan di Malaysia
- Pemilikan majoriti sebanyak 51% oleh warganegara Malaysia
Kadar Pembiayaan
Projek Kerajaan
Kos Dana (“Cost of Fund”) + Margin – Subsidi sebanyak 1.0% setahun
Projek Komersial
Kadar Pembiayaan Asas (“Base Financing Rate”) + Margin – Subsidi sebanyak 1.0% setahun
Jaminan Kewangan
Yuran Jaminan – Subsidi sebanyak 1.0% setahun
| * | Kadar efektif adalah berdasarkan semakan dan pengesahan kredit Bank Pembangunan. Kadar akhir untuk pembiayaan yang diluluskan tertakluk kepada pertimbangan Bank Pembangunan. |
Pertanyaan
Target Sectors
Ideal for businesses engaged in maritime, logistics, and transportation activities and services, including those involved in oil and gas as well as aerospace operations.

Program Lain
Program Pembangunan MADANI 2.0
Program pembiayaan untuk syarikat-syarikat yang menyokong Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13, dengan tujuan untuk menjana semula ekonomi, meningkatkan keselamatan, dan menggalakkan kemampanan.
Ketahui lebih lanjut
Program Infrastruktur Digital & Sektor Berimpak Tinggi
Mempercepatkan transformasi industri ke arah Industri 4.0, digitalisasi, ekonomi digital dan teknologi maju serta menyokong sektor pertumbuhan baharu dan berimpak tinggi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
Ketahui lebih lanjut
Program Pembangunan Mampan & Peralihan
Memupuk pembangunan ekonomi hijau dan menyokong peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon dan mampan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak berkaitan dengan tenaga.
Ketahui lebih lanjut
Program Tenaga Pembaharuan & Peralihan
Menyokong aktiviti berkaitan tenaga di bawah Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) seperti Tenaga yang boleh diperbaharui, Teknologi Hijau, Penangkapan karbon, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS), Kecekapan Tenaga, Hidrogen Hijau, Mobiliti Elektrik dan Pembiayaan Peralihan Berkaitan Tenaga.
Ketahui lebih lanjut
Program Pembangunan Ekonomi Bumiputera
Program pembiayaan yang ditawarkan kepada syarikat Bumiputera bagi menyokong usaha Kerajaan dalam melaksanakan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).
Ketahui lebih lanjut
Fasiliti Peralihan Tenaga Negara
Mempercepatkan penyaluran modal bagi meningkatkan akses kepada dana untuk projek peralihan tenaga.
Ketahui lebih lanjut
Program Pembiayaan Semikonduktor
Pembiayaan untuk syarikat-syarikat Malaysia merentasi rantaian nilai semikonduktor bagi memperkukuh daya saing global dan mempercepatkan pertumbuhan industri.
Ketahui lebih lanjut
Program Infrastruktur Pelancongan
Program Infrastruktur Pelancongan menyediakan pembiayaan untuk syarikat yang terlibat dalam projek yang menyokong pembangunan infrastruktur pelancongan dan penjanaan semula bandar di Malaysia. Program ini menggalakkan penambahbaikan kemudahan pelancongan, penjanaan semula bandar secara mampan dan pemeliharaan aset warisan.
Ketahui lebih lanjut
Pembiayaan Gabungan
Mempercepat penyaluran modal dengan menggabungkan pembiayaan awam dan swasta untuk meningkatkan akses kepada projek berpotensi tinggi.
Ketahui lebih lanjut
Peluang baru menanti. Terokai
Program Pengangkutan dan Logistik kami
Hubungi kami sekarang!
Soalan Lazim
Apakah sektor-sektor yang disasarkan di bawah Program Pengangkutan dan Logistik (TLP)?
Sektor-sektor yang disasarkan termasuk Maritim, Minyak dan Gas, Aeroangkasa, Logistik, dan Pengangkutan.
Apakah tempoh pembiayaan untuk Program Pengangkutan dan Logistik (TLP)?
Tempoh pembiayaan maksimum di bawah TLP bergantung kepada tujuan pembiayaan:
- 20 tahun untuk Perbelanjaan Modal (CAPEX) *;
- 5 tahun untuk Perbelanjaan Operasi (OPEX) *