Serlahkan potensi anda dengan kemudahan pembiayaan kami

Raih kelebihan dengan ciri-ciri terunggul industri
Pengurusan sumber lebih fleksibel dengan tempoh pembiayaan sehingga 25 tahun.
Subsidi kerajaan bersasar memastikan nilai maksimum dan manfaat tambahan melalui skim pilihan anda.
Dengan memfokus pada pembinaan negara, kami cipta impak berskala besar untuk manfaat jangka panjang.
Nikmati pelbagai pilihan dengan mod pembiayaan kami
Pembiayaan Projek
Pembiayaan untuk projek berintensifkan modal jangka panjang, di mana pembayaran balik bergantung sepenuhnya kepada aliran tunai yang dijana oleh projek tersebut. Pembiayaan ini lazimnya diberikan kepada Syarikat Bertujuan Khas (SBK), yang mengasingkan aset dan liabiliti projek untuk melindungi asset-aset lain pemaju daripada potensi risiko.
Pembiayaan Kontrak
Pembiayaan jangka pendek hingga jangka sederhana yang ditawarkan kepada kontraktor untuk menyiapkan projek infrastruktur dengan pengaturan bayaran secara berperingkat. Dengan peningkatan aliran tunai, kontraktor dapat memberi tumpuan kepada penyelesaian projek dengan sebaik mungkin tanpa perlu risau tentang pengurusan kewangan.
Pinjaman Pembiayaan Tertunda
Pembiayaan jangka sederhana untuk kontraktor projek infrastruktur dengan pilihan pembayaran tertunda. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang waktu antara tempoh penyelesaian projek dengan pembayaran oleh pihak kerajaan, selain membantu dalam meningkatkan aliran tunai serta memastikan kelangsungan perniagaan.
Inisiatif Kewangan Swasta
Program yang dihasilkan bagi menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kemudahan awam. Ia menyediakan pembiayaan kepada pelabur sektor swasta bagi menyiapkan projek infrastruktur sosial, memastikan projek disiapkan tepat pada masanya dengan kos yang telah ditetapkan
Pembiayaan Berstruktur
Pembiayaan jangka sederhana hingga jangka panjang yang diberikan berdasarkan kebolehlaksanaan projek serta kekuatan kewangan pemaju. Pembiayaan ini memenuhi keperluan modal yang biasanya tidak ditawarkan oleh pinjaman tradisional, bagi membantu pelanggan melaksanakan projek pembinaan dan pemerolehan aset. Mod ini juga mempertingkatkan kecairan dan mengawal risiko.
Untuk kemudahan anda, pelan pembiayaan kami boleh disesuaikan melalui pelbagai pakej Kemudahan Pembiayaan, sama ada konvensional atau berasaskan prinsip-prinsip Islam. Pakej pembiayaan yang menarik juga tersedia dengan terma konsesi melalui pelbagai Program khas kami.
Kemudahan pembiayaan Islam
Pembiayaan Aset Tawarruq (TWA)
Kemudahan pembiayaan Islam berjangka untuk menampung pembelian aset seperti tanah, bangunan, loji, jentera, peralatan, dan kapal.
Ketahui Lebih Lanjut
Modal Kerja Tetap Tawarruq (TWF)
Kemudahan pembiayaan Islam berjangka untuk keperluan modal kerja, termasuk wang pendahuluan, perbelanjaan operasi, serta pra-operasi.
Ketahui Lebih Lanjut
Modal Kerja Pusingan Tawarruq (TWQR)
Kemudahan modal kerja pusingan Islam untuk membiayai sebahagian keperluan modal kerja, termasuk wang pendahuluan, akaun belum terima, perbelanjaan operasi, dan pra-operasi.
Ketahui Lebih Lanjut
Jaminan Bank Kafalah-i (BG-i)
Jaminan bertulis oleh Bank kepada pihak ketiga, memastikan pembayaran dalam jumlah tertentu sekiranya pelanggan gagal memenuhi kewajipan mereka.
Ketahui Lebih Lanjut
Khas untuk memenuhi keperluan anda
Dipandu oleh Prinsip. Digerakkan oleh Impak
- Kewangan Islam berteraskan keadilan, kemakmuran bersama dan pertumbuhan ekonomi sebenar
- Setiap urus niaga disandarkan kepada aset sebenar atau aktiviti perniagaan yang tulen, sekali gus membantu membina sistem kewangan yang menyokong komuniti dan industri
Apakah Keistimewaan Kewangan Islam?
- Adil pada Setiap Langkah: Setiap pihak berkongsi risiko dan ganjaran, memastikan hasil yang seimbang dan telus
- Berasaskan Perniagaan Sebenar: Semua pelaburan dikaitkan dengan aktiviti ekonomi sebenar, tanpa spekulasi atau jalan pintas
- Berpandukan Nilai: Tiada faedah (riba), tiada perjudian (maysir), tiada ketidakpastian (gharar)
Mengapa Pilih Kewangan Islam?
- Ketelusan yang lebih tinggi
- Tanggungjawab yang lebih besar
- Impak lestari dan nyata
- Pelaburan beretika dan bersedia untuk masa hadapan
Struktur Pintar untuk Pertumbuhan Sebenar
- Struktur dinamik seperti Mudharabah (perkongsian untung) menawarkan penyelesaian berkesan untuk perniagaan, pelabur dan komuniti, dalam batas etika yang ditetapkan
Kadar Pembiayaan
Kadar Pembiayaan Asas
(“Base Financing Rate”)
6.65% setahun
Senarai Semak Permohonan
Senarai Semak Maklumat yang Diperlukan
Mencari kemudahan perbankan alternatif?
| * | Pembiayaan atas dasar kendiri tidak dibenarkan. Kemudahan ini akan ditawarkan dengan kemudahan lain, untuk tujuan pembiayaan aset dan modal kerja. |

Realisasikan kejayaan anda.
Teroka peluang baharu
bersama Bank Pembangunan

Kuala Lumpur Sentral Sdn Bhd
Projek: Stesen Sentral Kuala Lumpur | Pembiayaan: RM800 juta (1999)

Express Rail Link Sdn Bhd
Projek: Keretapi ERL | Pembiayaan: RM704 juta (1999) & RM1.5 bilion (2003)

Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd
Projek: Terowong SMART | Pembiayaan: RM323 juta (2004)

Jambatan Kedua Sdn Bhd
Projek: Jambatan Kedua Pulau Pinang | Pembiayaan: RM500 juta (2009)