Rangkaian program strategik untuk memacu pembangunan sektor ekonomi utama
Program pembiayaan yang bertujuan untuk memperkasakan kemajuan ekonomi selaras dengan matlamat pembangunan negara yang menyasarkan sektor-sektor utama seperti sektor pendigitalan, kemampanan, maritim, logistik, dan pengangkutan awam.
Dengan menawarkan sokongan modal impak untuk perniagaan yang berdaya saing, kami berusaha untuk memastikan kemakmuran jangka panjang Malaysia.

Rangsangan untuk sektor-sektor berpotensi demi kemakmuran bersama
Kelebihan yang ketara untuk projek pembangunan berimpak tinggi melalui program menarik, yang sejajar dengan agenda negara seperti kerangka Ekonomi MADANI, NETR, NIMP 2030, Pelan Induk Sektor Kewangan, dan Rancangan Malaysia Ke-12.
Akses kepada dana yang lebih efisien, membolehkan sokongan ekuiti dan modal kerja yang diperlukan untuk perniagaan Malaysia serta memacu pertumbuhan mampan negara.
Kadar eksklusif untuk mendorong pertumbuhan ekonomi dan daya tahan negara, selaras dengan mandat pembangunan kami.
Kembangkan perniagaan anda dengan program pembiayaan kami yang disubsidi oleh kerajaan
Program Pembangunan MADANI 2.0
Program pembiayaan untuk syarikat-syarikat yang menyokong Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13, dengan tujuan untuk menjana semula ekonomi, meningkatkan keselamatan, dan menggalakkan kemampanan.
Ketahui lebih lanjut
Program Pengangkutan dan Logistik
Program pembiayaan untuk syarikat-syarikat dalam industri maritim, aeroangkasa, pengangkutan, dan logistik, bagi tujuan pemerolehan kapal, pesawat, peralatan, pembangunan infrastruktur, serta keperluan modal kerja.
Ketahui lebih lanjut
Program Infrastruktur Digital & Sektor Berimpak Tinggi
Mempercepatkan transformasi industri ke arah Industri 4.0, digitalisasi, ekonomi digital dan teknologi maju serta menyokong sektor pertumbuhan baharu dan berimpak tinggi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
Ketahui lebih lanjut
Program Pembangunan Mampan & Peralihan
Memupuk pembangunan ekonomi hijau dan menyokong peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon dan mampan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak berkaitan dengan tenaga.
Ketahui lebih lanjut
Program Tenaga Pembaharuan & Peralihan
Menyokong aktiviti berkaitan tenaga di bawah Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) seperti Tenaga yang boleh diperbaharui, Teknologi Hijau, Penangkapan karbon, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS), Kecekapan Tenaga, Hidrogen Hijau, Mobiliti Elektrik dan Pembiayaan Peralihan Berkaitan Tenaga.
Ketahui lebih lanjut
Program Pembangunan Ekonomi Bumiputera
Program pembiayaan yang ditawarkan kepada syarikat Bumiputera bagi menyokong usaha Kerajaan dalam melaksanakan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).
Ketahui lebih lanjut
Fasiliti Peralihan Tenaga Negara
Mempercepatkan penyaluran modal bagi meningkatkan akses kepada dana untuk projek peralihan tenaga.
Ketahui lebih lanjut
Program Pembiayaan Semikonduktor
Pembiayaan untuk syarikat-syarikat Malaysia merentasi rantaian nilai semikonduktor bagi memperkukuh daya saing global dan mempercepatkan pertumbuhan industri.
Ketahui lebih lanjut
Program Infrastruktur Pelancongan
Program Infrastruktur Pelancongan menyediakan pembiayaan untuk syarikat yang terlibat dalam projek yang menyokong pembangunan infrastruktur pelancongan dan penjanaan semula bandar di Malaysia. Program ini menggalakkan penambahbaikan kemudahan pelancongan, penjanaan semula bandar secara mampan dan pemeliharaan aset warisan.
Ketahui lebih lanjut
Pembiayaan Gabungan
Mempercepat penyaluran modal dengan menggabungkan pembiayaan awam dan swasta untuk meningkatkan akses kepada projek berpotensi tinggi.
Ketahui lebih lanjut

Soalan Lazim
Apakah Program Pembiayaan Bank Pembangunan?
Selaras dengan agenda pembangunan negara, Program Pembiayaan Bank Pembangunan adalah pembiayaan bersubsidi oleh Kerajaan yang ditawarkan kepada syarikat-syarikat daripada sektor-sektor yang memenuhi kelayakan dan objektif program yang telah ditetapkan.
Subsidi yang ditawarkan oleh Kerajaan untuk Program Pembiayaan Bank Pembangunan disalurkan melalui faedah / keuntungan.
Adakah dana di bawah Program Pembiayaan Bank Pembangunan merupakan geran daripada Kerajaan atau pinjaman / pembiayaan?
Dana Program Pembiayaan Bank Pembangunan bukanlah geran Kerajaan. Ia adalah pembiayaan yang ditawarkan oleh Bank Pembangunan di mana kadar faedah / kadar keuntungan pembiayaan disubsidi oleh Kerajaan.
Siapa yang layak untuk memohon Program Pembiayaan Bank Pembangunan?
Kelayakan minima untuk Program Pembiayaan Bank Pembangunan adalah:
- Perniagaan yang beroperasi sebagai Syarikat Sendirian Berhad, Syarikat Awam, dan Koperasi.
- Perniagaan mesti berdaftar dan diperbadankan di Malaysia.
- Majoriti pemilikan perniagaan / pegangan saham adalah 51% oleh rakyat Malaysia.
- Memenuhi objektif dan kelayakan khusus Program Pembiayaan Bank Pembangunan yang telah ditetapkan. Sila layari laman web kami untuk maklumat lanjut mengenai Program Bank Pembangunan.
- Syarat di atas tidak tertakluk kepada Program Pembangunan Ekonomi Bumiputera.
Sekiranya syarikat saya telah menerima pembiayaan di bawah salah satu Program Pembiayaan Bank Pembangunan, bolehkah syarikat saya memohon pembiayaan program yang lain?
Ya, perniagaan/syarikat boleh membuat lebih daripada satu permohonan untuk Program Pembiayaan Bank Pembangunan. Walau bagaimanapun, permohonan kedua dan/atau seterusnya adalah tertakluk kepada penilaian kredit dan polisi Bank Pembangunan.
Untuk permohonan pembiayaan yang melebihi RM100 juta, permohonan akan dinilai secara berasingan. Jumlah pembiayaan yang diluluskan adalah muktamad mengikut pertimbangan Bank Pembangunan.
Realisasikan kejayaan anda.
Teroka peluang baharu
bersama Bank Pembangunan

Kuala Lumpur Sentral Sdn Bhd
Projek: Stesen Sentral Kuala Lumpur | Pembiayaan: RM800 juta (1999)

Express Rail Link Sdn Bhd
Projek: Keretapi ERL | Pembiayaan: RM704 juta (1999) & RM1.5 bilion (2003)

Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd
Projek: Terowong SMART | Pembiayaan: RM323 juta (2004)

Jambatan Kedua Sdn Bhd
Projek: Jambatan Kedua Pulau Pinang | Pembiayaan: RM500 juta (2009)