50 Tahun Mencipta Impak

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) ditubuhkan oleh Kerajaan untuk memanfaatkan peluang yang tersedia sambil menyokong pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan dalam ekonomi domestik.
first cheque

YAB Tun Haji Abdul Razak menyampaikan cek pinjaman pertama Kerajaan kepada YB Tun Dr. Syed Nasir Ismail (Pengerusi Pertama Bank Pembangunan Malaysia Berhad)

Merangsang Pertumbuhan Ekonomi Negara

Bagi menangani kekurangan dalam usaha mentransformasikan golongan Bumiputera menjadi usahawan, Kerajaan telah menubuhkan Bank Pembangunan Malaysia Berhad pada 28 November 1973 sebagai sebuah syarikat awam berhad. Bank Pembangunan mula beroperasi pada 8 Jun 1974 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri YAB Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein pada 3 Ogos 1974.

Dengan modal permulaan sebanyak RM1.5 juta dan 19 kakitangan, Bank Pembangunan bertekad untuk meningkatkan aktiviti keusahawanan di kalangan komuniti yang lazimnya kurang terlibat dalam dunia perniagaan. Pinjaman pertama berjumlah RM247,000 diluluskan untuk Haji Darus bin Haji Ibrahim, seorang pemilik tunggal, bagi projek kuari di Negeri Sembilan.

Bank Pembangunan juga mendapatkan khidmat kepakaran Encik Hans Lesshafft, seorang jurubank pembangunan yang berpengalaman dari Jerman Barat di bawah Perjanjian Kerjasama Teknikal. Beliau berkhidmat sebagai Pembantu Eksekutif Khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Besar.

Mengemudi Pembangunan Negara dengan Satu Matlamat

Pada awal penubuhannya, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) menawarkan pembiayaan kepada sektor-sektor utama termasuk pembangunan infrastruktur, industri pembuatan dan pertanian, serta memberi sokongan kewangan kepada projek-projek yang menyumbang kepada usaha pengindustrian dan pemodenan negara. Bank Pembangunan juga memberi penekanan kepada pembiayaan jangka panjang, memupuk semangat keusahawanan dan memacu pembangunan ekonomi.

Seiring dengan kemajuan ekonomi Malaysia, mandat Bank Pembangunan juga berkembang untuk meliputi pelbagai inisiatif yang lebih luas. Hari ini, mandat Bank Pembangunan merangkumi industri bermodal besar dan sektor-sektor berpotensi tinggi termasuk teknologi, maritim, infrastruktur, dan minyak & gas; meletakkan Bank Pembangunan di barisan hadapan sektor-sektor berkembang pesat. Dengan komitmen yang kukuh terhadap impak dan pembangunan negara, Bank Pembangunan terus berusaha memperkasakan perniagaan, mendorong inovasi dan memacu kemajuan negara.

1973 – 1990

Menggalakkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam sektor perindustrian.

1991 – 1998

Menggalakkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam sektor perindustrian dan komersial.

1999 – 2004

Memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan-usahawan Bumiputera, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), serta sektor infrastruktur.

2005 – 2009

Memberi pembiayaan jangka sederhana hingga panjang kepada industri yang memerlukan modal besar –industri berteknologi tinggi, maritim dan infrastruktur.

2010

Memberi pembiayaan jangka sederhana hingga panjang kepada industri yang memerlukan modal besar – industri teknologi, maritim, dan infrastruktur.

2011 – Kini

Kini: Memberi pembiayaan jangka sederhana hingga panjang kepada industri yang memerlukan modal besar – industri teknologi, maritim, infrastruktur dan minyak & gas.

bangunan moccis 1973 1987
Bangunan Moccis, Jalan Melaka
1973-1987
menara bank pembangunan 1988 2005
Menara Bank Pembangunan
1988-2005
menara bank pembangunan 2005 2024
Menara Bank Pembangunan, Jalan Sultan Ismail, Bandar Wawasan
2005- 2024
plaza conlay
Menara Bank Pembangunan, Plaza Conlay
2024 - Kini

4 BANGUNAN, 1 VISI

Perjalanan Kami Sepanjang Zaman

Perjalanan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) boleh diukur daripada perkembangan kami melalui beberapa lokasi pejabat. Bank Pembangunan mula beroperasi di Bangunan MOCCIS yang bersaiz sederhana, di Jalan Melaka, dan kemudiannya berpindah ke ibu pejabat yang lebih besar di Jalan Sultan Ismail (lokasi SME Bank sekarang) bagi memenuhi mandat Kerajaan yang lebih luas pada penghujung 1980-an.

Bank Pembangunan kemudian berpindah ke Menara Bank Pembangunan di Bandar Wawasan. Bangunan ini sebelumnya menempatkan Bank Industri & Teknologi; dengan demikian, mempunyai pertalian istimewa dengan Bank Pembangunan. Kini, kami beroperasi di Menara Bank Pembangunan yang terletak di Plaza Conlay, Kuala Lumpur. Setiap lokasi sepanjang 50 tahun perjalanan kami telah memainkan peranan yang amat penting dan bersejarah dalam pertumbuhan Bank Pembangunan sehingga ke hari ini.

MENJUNJUNG WARISAN

Pengerusi-Pengerusi Bank Pembangunan Sepanjang Zaman

Selama lima dekad, Bank Pembangunan telah dibimbing oleh pemimpin-pemimpin cemerlang yang mengemudi institusi ini ke arah kejayaan. Kami memberi penghormatan kepada mereka yang telah berkhidmat sebagai Pengerusi Bank sepanjang tempoh ini, sambil mengenang kembali sejarah gemilang Bank Pembangunan.

1974 - 1980

Tun Syed Nasir Ismail

1981 - 1993

Tan Sri Datuk Abdul Samad Idris

1994 - 1996

Tan Sri Dato' Hj.A. Hamid Hj.A. Rahman

1997 - 1998

Datuk Ahmad Zabri Ibrahim

1999 - 2000

Tan Sri Datuk Dr. Aris Othman

2001 - 2003

Datuk Mohamed Adnan Ali

2004 - 2007

Tan Sri Dato' Seri Dr. Hj. Zainul Ariff Hj. Hussain

2009 - 2010

Tan Sri Dr. Abdul Samad Hj Alias

2011

Dato' Mohammed Hj. Che Hussein

2012 - 2017

Tan Sri Dato' Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah

2018 - 2021

Datuk Zaiton Mohd Hassan

2021 - 2023

Tan Sri Nazir Razak

logo 1972 1987

1988 – 1995

logo 1988 1995

1972 – 1987

logo 1996 1998

1996 – 1998

logo 1999 2004

1999 – 2004

logo 2005 2007

2005 – 2007

logo 2008 2011

2008 – 2011

logo 2012

2012- Current

Evolusi Logo

Transformasi logo Bank Pembangunan Malaysia Berhad mencerminkan perubahan mandat dan hala tuju strategik bank sepanjang zaman, serta mengekalkan perkataan “Pembangunan” yang menggariskan fokus utama kami, iaitu pembangunan negara. Evolusi logo-logo kami menggambarkan komitmen untuk mencipta impak dan mendorong pembangunan negara secara holistik. Ia juga berperanan sebagai legasi visual yang mewakili tujuan asas kami untuk berkhidmat kepada negara.

Logo semasa kami terbahagi kepada dua elemen: ikon dan huruf BPMB, singkatan untuk Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Reka bentuk grafik ikon ini berfungsi sebagai representasi artistik huruf ‘P,’ yang melambangkan ‘Pembangunan’. Ia menampilkan dua garis menegak yang beralun, berwarna biru dan kuning, untuk merepresentasikan konsep keunikan, niche, fleksibiliti, dan komitmen dalam memberikan perkhidmatan serta bantuan kewangan berkualiti tinggi. Logo ini juga menggambarkan secara visual evolusi dan pertumbuhan Bank selama ini.