
Amanah Lestari Alam (“ALAM”), sebuah syarikat terhad dengan jaminan, berperanan menyokong pelaksanaan inisiatif pendidikan berfokuskan alam sekitar dan kemampanan di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi serta penganjuran program-program kesedaran. ALAM menyalurkan dana daripada sektor awam swasta dan organisasi antarabangsa.Ia bertekad untuk memupuk dan menggalakkan perubahan pemikiran serta tingkah laku di semua peringkat generasi, sambil menerapkan budaya memberi maklumat untuk mencegah perbuatan yang merosakkan alam sekitar.sakkan alam sekitar.
