Hab Pembangunan Bakat: Program Biasiswa BAGUS
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

Hab Pembangunan Bakat: Program Biasiswa BAGUS

Sejak 1981, program biasiswa Bank Pembangunan telah menyumbang kepada pembangunan bakat cemerlang. Program terkini kami, Anugerah Biasiswa Sarjana Muda BPMB (BAGUS), membuktikan komitmen Bank Pembangunan Malaysia Berhad terhadap pembangunan bakat cemerlang. BAGUS terdiri daripada dua dana: Dana Biasiswa dan Dana Zakat, yang mencerminkan pendekatan holistik dalam pembangunan bakat melalui bantuan kewangan berasaskan merit dan keperluan. BAGUS bukan sekadar program bantuan kewangan; ia adalah pengalaman transformatif untuk memperkasakan para penerima biasiswa dengan kebolehan, sumber dan rangkaian hubungan untuk berjaya dalam pengajian akademik dan kerjaya profesional. Dengan memberi sokongan kepada individu-individu cemerlang ini, Bank Pembangunan mengukuhkan komitmennya sebagai pusat bakat, mampu memupuk pemimpin masa depan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berperwatakan sesuai untuk memacu kemajuan sosio-ekonomi Malaysia.