KUALA LUMPUR: 13 OKTOBER 2025 – Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (“BPMB”), bersama anak syarikatnya iaitu Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (“SME Bank”) dan Export-Import Bank of Malaysia Berhad (“EXIM Bank”), telah diamanahkan oleh Kerajaan untuk menerajui pelaksanaan inisiatif strategik berjumlah lebih RM 9 bilion di bawah Belanjawan 2026. Inisiatif ini mencerminkan peranan penting Kumpulan BPMB sebagai institusi kewangan pembangunan bersepadu negara dalam merealisasikan visi Ekonomi MADANI melalui pembiayaan berimpak tinggi, pemerkasaan
eksport dan pembangunan ekosistem PKS.
Kepercayaan Kerajaan terhadap keupayaan Kumpulan BPMB dalam menyediakan penyelesaian pembiayaan berimpak tinggi, serta memberi sumbangan yang bermakna kepada keutamaan nasional sekali lagi diperakui menerusi inisiatif ini. Memandangkan Belanjawan 2026 menandakan permulaan kepada Rancangan Malaysia Ketiga Belas (“RMK13”), Kumpulan BPMB memberi tumpuan kepada keseimbangan antara pengukuhan fiskal dan pembangunan ekonomi yang pesat seperti mempertingkatkan struktur ekonomi, menggalakkan inovasi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Selaras dengan pelan pembangunan nasional seperti NIMP 2030, Dasar Semikonduktor Negara dan Peta Hala Tuju Peralihan Tenaga, Kumpulan BPMB sedang membina ekosistem kewangan pembangunan yang menyokong peralihan Malaysia ke arah masa depan yang lebih inovatif, berdaya tahan dan mampan.
Memacu Sektor Berimpak Tinggi Selaras dengan Keutamaan Negara BPMB akan menerajui pelbagai program pembiayaan baharu bagi merangsang pertumbuhan dalam sektor berimpak tinggi dan menyokong agenda nasional, termasuk:
- Program Pembiayaan Semikonduktor (RM500 juta): Menyokong penyertaan Malaysia
dalam rantaian nilai semikonduktor global di bawah Dasar Semikonduktor Negara. - Program Pembangunan MADANI (RM3 bilion): Membiayai pembangunan infrastruktur
awam, utiliti, infrastruktur sosial serta keselamatan dan aset negara selaras dengan
RMK13. - Program Pembaharuan Bandar dan Pelancongan (RM1 bilion): Menggiatkan semula
kawasan bandar dan industri berkaitan pelancongan.
Mandat baharu ini melengkapi dan memperkukuh program sedia ada BPMB dengan jumlah keseluruhan lebih RM2 bilion dalam sektor seperti Pengangkutan & Logistik, Tenaga Boleh Diperbaharui & Peralihan, Pembangunan Mampan & Peralihan, Pembangunan Ekonomi Bumiputera, Infrastruktur Digital & Sektor Berimpak Tinggi, serta Akses Modal.
Memacu Sektor Berimpak Tinggi Selaras dengan Keutamaan Negara
BPMB akan menerajui pelbagai program pembiayaan baharu bagi merangsang pertumbuhan dalam sektor berimpak tinggi dan menyokong agenda nasional, termasuk:
- Program Pembiayaan Semikonduktor (RM500 juta): Menyokong penyertaan Malaysia
dalam rantaian nilai semikonduktor global di bawah Dasar Semikonduktor Negara. - Program Pembangunan MADANI (RM3 bilion): Membiayai pembangunan infrastruktur
awam, utiliti, infrastruktur sosial serta keselamatan dan aset negara selaras dengan
RMK13. - Program Pembaharuan Bandar dan Pelancongan (RM1 bilion): Menggiatkan semula
kawasan bandar dan industri berkaitan pelancongan.
Mandat baharu ini melengkapi dan memperkukuh program sedia ada BPMB dengan jumlah keseluruhan lebih RM2 bilion dalam sektor seperti Pengangkutan & Logistik, Tenaga Boleh Diperbaharui & Peralihan, Pembangunan Mampan & Peralihan, Pembangunan Ekonomi Bumiputera, Infrastruktur Digital & Sektor Berimpak Tinggi, serta Akses Modal.
Memperkasa Transformasi PKS bagi Ekonomi yang Lebih Kukuh
SME Bank akan terus memperkukuh ekosistem PMKS melalui program pembiayaan dan pembangunan kapasiti yang disasarkan untuk meningkatkan daya saing, ketahanan dan inovasi, termasuk:
Program Baharu
- Skim Pemacu Koperasi (RM100 juta): Menyediakan pembiayaan aset dan modal kerja kepada koperasi berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
- Dana Induk Payung (RM200 juta): Menyokong PKS berpotensi tinggi untuk berkembang sebagai Anchors, Francaisor atau Pemberi Lesen, bagi membentuk ekosistem keusahawanan baharu.
- Technology Adoption Fund (RM300 juta): Mempercepat adaptasi teknologi pintar dan transformasi digital dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
- Dana Pemangkin Ekosistem IBS 3.0 (RM200 juta): Menggalakkan penggunaan Sistem Binaan Berindustri (“IBS”) dalam kalangan PKS ke arah pembinaan mampan.
- Maju Usahawan MADANI 2.0 (Geran RM2 juta): Melengkapkan usahawan mikro, belia, wanita dan luar bandar dengan latihan pengurusan kewangan, digitalisasi, amalan ESG dan pemasaran.
- Program Eksport Perniagaan (Geran RM6 juta): Program intervensi berstruktur dengan kerjasama MATRADE dan rakan strategik lain bagi meningkatkan pemerkasaan eksport dan kesiapsiagaan PKS ke pasaran antarabangsa.
SME Bank juga terus menyokong keseluruhan ekosistem PKS melalui program sedia ada yang memacu pertumbuhan dalam sektor utama termasuk pelancongan, eksport, teknologi dan Industri 4.0, ekosistem industri halal, kelestarian dan peralihan karbon rendah, keusahawanan wanita, pembangunan francais serta pemerkasaan perusahaan sosial.
Mengukuhkan Kedudukan Malaysia di Pasaran Global
EXIM Bank akan terus memperkukuh kedudukan perdagangan global Malaysia melalui:
Program Baharu
- Skim Eksport Lonjakan (RM500 juta): Menyokong pengeksport dengan penyelesaian pembiayaan bagi menangani tekanan kos, mengembangkan pasaran antarabangsa serta meningkatkan daya saing dan ketahanan dalam landskap perdagangan global yang kian berkembang.
- Malaysia Global Connect (MGC Go Export Cover) (RM5 juta): Menyokong caruman perlindungan takaful untuk mengurangkan risiko komersial dan politik bagi pengeksport Malaysia, sekali gus meringankan beban kewangan dan memastikan momentum eksport ASEAN dan negara anggota OIC. Program ini diperkukuh melalui kerjasama strategik dengan Islamic Corporation for the Insurance of Investment and Export Credit (“ICEIC”) di bawah Islamic Development Bank (“IsDB”).
Selaras dengan kerangka ekonomi MADANI, Kumpulan BPMB menyambut baik komitmen Kerajaan terhadap pertumbuhan yang seimbang dan berasaskan reformasi di Bawah Belanjawan 2026 yang memperuntukkan RM419.2 bilion bagi memperkukuh disiplin fiskal, memacu reformasi ekonomi dan menyokong pembangunan mampan.
Kumpulan BPMB kekal teguh menyokong keutamaan nasional melalui peranannya sebagai institusi kewangan pembangunan bersepadu negara, memacu modal berimpak serta memperkasa sector strategik di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif dan program pembangunan Kumpulan BPMB, sila
layari www.bpmb.com.my, www.smebank.com.my, atau www.exim.com.my.
TAMAT
Tentang Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)
Ditubuhkan pada 28 November 1973, Bank Pembangunan Malaysia Berhad ialah sebuah institusi kewangan pembangunan yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan). Bank ini memegang penarafan tertinggi ‘AAA’ daripada RAM Rating Services Berhad dan Malaysia Rating Corporation Berhad, serta beroperasi di bawah pengawasan kawal selia Bank Negara Malaysia seperti yang diperuntukkan oleh Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.
Dengan jumlah aset Kumpulan bernilai RM34.6 bilion setakat 31 Disember 2024, Bank Pembangunan berada pada kedudukan kukuh untuk memenuhi keperluan pembiayaan dan pembangunan perniagaan di Malaysia. Berkuat kuasa 1 Mei 2025, EXIM Bank dan SME Bank telah menjadi anak syarikat kepada Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bpmb.com.my