DATUK RASHIDAH MOHD SIES
Lembaga Pengarah

DATUK RASHIDAH MOHD SIES

62 | Malaysia | Wanita

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Tarikh Pelantikan: 13 Oktober 2023

  • Program Pengurusan dan Kepimpinan Lanjutan, University of Oxford 
  • Diploma Pentadbiran Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan), Idaho State University
  • Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan, US International University California
  • Pentadbiran Awam dan Kewangan

Datuk Rashidah telah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama lebih 30 tahun. Beliau memulakan kerjayanya di Kementerian Kewangan Malaysia / Ministry of Finance (“MOF”) pada tahun 1989 dan telah berkhidmat di kementerian tersebut sejak itu. Pelantikan pertamanya adalah sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Kewangan (Pelaburan), MOF. Beliau seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Utama dan kemudiannya menjadi Ketua Seksyen (Komersial), Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, MOF. Beliau kemudian memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha di bahagian yang sama sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan. Beliau seterusnya dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), jawatan yang dipegang oleh beliau sehingga persaraan pada 12 Januari 2024.

Datuk Rashidah juga mempunyai pengalaman luas sebagai ahli Lembaga Pengarah syarikat milikan kerajaan serta agensi kerajaan. Beliau pernah dilantik menjadi Ahli Lembaga bagi Tenaga Nasional Berhad, Agrobank, Pelabuhan Johor, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, antara lain. Beliau kini memegang jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah Bank Pembangunan Malaysia Berhad, UDA Holdings Berhad, KUB Malaysia Berhad dan Malaysian Resources Corporation Berhad.

  • Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan Kumpulan
  • KUB Malaysia Berhad
  • Malaysian Resources Corporation Berhad
  • Global Maritime Ventures Berhad 
  • Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad 
  • Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad 
  • Danainfra Nasional Berhad 
  • Tenaga Nasional Berhad

Tiada

Datuk Rashidah tiada 

  • Hubungan Keluarga dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Bank Pembangunan. 
  • Konflik kepentingan dengan Bank Pembangunan dan anak syarikatnya.
  • Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh lima (5) tahun lepas, dan tidak pernah dikenakan sebarang sekatan atau penalti awam oleh mana-mana badan pengawalseliaan yang berkenaan.