Nikmati pelbagai pilihan dengan mod pembiayaan kami

Pembiayaan Projek

Kaedah pembiayaan untuk projek berintensifkan modal jangka panjang, di mana pembayaran semula bergantung kepada aliran tunai yang dijana oleh projek tersebut. Pembiayaan ini lazimnya diberikan kepada syarikat Special Purpose Vehicle (SPV), yang mengasingkan aset dan liabiliti projek untuk melindungi aset lain pemaju daripada potensi risiko.

Pembiayaan Kontrak

Pembiayaan jangka pendek hingga jangka sederhana yang ditawarkan kepada kontraktor untuk menyiapkan projek infrastruktur dengan pengaturan bayaran secara berperingkat. Dengan peningkatan aliran tunai, kontraktor dapat memberi tumpuan kepada penyelesaian projek dengan sebaik mungkin tanpa perlu risau tentang pengurusan kewangan.

Pinjaman Pembiayaan Tertunda

Pembiayaan jangka sederhana untuk kontraktor projek infrastruktur dengan pilihan pembayaran tertunda. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang waktu antara tempoh penyelesaian projek dengan pembayaran oleh pihak kerajaan, selain membantu dalam meningkatkan aliran tunai serta memastikan kelangsungan perniagaan.

Inisiatif Pembiayaan Swasta

Program ini menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kemudahan awam. Ia menyediakan pembiayaan kepada pelabur sektor swasta bagi menyiapkan projek infrastruktur sosial, memastikan projek disiapkan tepat pada masanya dengan kos yang telah ditetapkan.

Pembiayaan Berstruktur

Pembiayaan jangka sederhana hingga jangka panjang yang diberikan selepas mempertimbangkan kebolehlaksanaan projek serta kekuatan kewangan pemaju. Pembiayaan ini memenuhi keperluan modal yang biasanya tidak diliputi oleh pinjaman tradisional, bagi membantu pelanggan melaksanakan projek pembinaan dan pemerolehan aset. sambil serta menguruskan risiko dengan lebih baik.

Untuk kemudahan anda, pelan pembiayaan kami tersedia dalam pelbagai pakej Kemudahan Pembiayaan, dengan pilihan konvensional atau berasaskan prinsip-prinsip Islam. Pakej pembiayaan yang menarik juga ditawarkan dengan terma konsesi melalui pelbagai Program khas kami.