Ts. Dr. Othman mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam sektor ekonomi digital dan teknologi kewangan, dengan penekanan pada pelaksanaan penyelesaian IT dan perkhidmatan transformasi. Beliau telah berkerjasama dengan pelbagai institusi kewangan di Asia, Timur Tengah, dan Afrika. Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam Ekonomi dan Pengurusan Muamalat daripada Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia. Ts. Dr. Othman diiktiraf sebagai Teknologis Profesional oleh Lembaga Teknologis Profesional Malaysia (MBOT). Beliau juga merupakan Profesional Berkanun dalam Kewangan Islam (CPIF) yang berdaftar dengan Institut Profesional Kewangan Islam Berkanun (CIIF).
Kerjaya beliau bermula dengan Silverlake pada bulan Mei 1997. Pada bulan Januari 2007, Ts. Dr. Othman menyertai Bank Islam Malaysia Berhad sebagai Pengurus Kanan, Ketua Pembangunan Aplikasi Teknologi Maklumat. Pada Julai 2007, beliau menyertai semula Silverlake sebagai Naib Presiden Eksekutif. Pada tahun 2010, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Urusan mengetuai Bahagian Perbankan Islam. Pada bulan Julai 2017, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang bertanggungjawab atas Perbankan Islam dan Perkhidmatan Inovatif.
Berkelayakan dalam bidang IT dan kewangan Islam serta memiliki lebih daripada dua dekad pengalaman praktikal dalam industri perkhidmatan kewangan, beliau telah meletakkan dirinya sebagai pemimpin pemikiran teknologi kewangan bagi perbankan dan kewangan Islam. Ts. Dr. Othman menulis secara berkala dan menyumbangkan artikel serta pandangan untuk pelbagai penerbitan dan program televisyen. Beliau juga sering menjadi penceramah dalam persidangan dan seminar berkaitan subjek kepakaran beliau.
