Kohort terbesar sejak 2013 membuka peluang baharu kepada generasi muda Malaysia yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian tinggi serta membentuk barisan pemimpin masa hadapan.
Kuala Lumpur: 26 Ogos 2026 – Bank Pembangunan Malaysia Berhad (“BPMB”) baru-baru ini telah menganugerahkan biasiswa kepada 18 pelajar menerusi inisiatif BPMB Award of Group’s Undergraduate Scholarship (“BAGUS”) 2026, sekali gus mencatatkan pengambilan kohort penerima biasiswa tahunan terbesar sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2013. Dengan jumlah pelaburan terkumpul melebihi RM17 juta, program BAGUS kini telah menyokong hampir 70 pelajar dalam melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda, selaras dengan komitmen BPMB dalam memperkukuh barisan bakat muda negara dalam pelbagai sektor industri utama, khususnya sektor perbankan dan kewangan. Sejak diperkenalkan, program BAGUS telah menjadi antara inisiatif biasiswa utama BPMB, mendukung mandat Pembangunan BPMB melalui pelaburan strategik dalam bidang pendidikan dan bakat.
Membangunkan Bakat Masa Hadapan
Shuhaibahtulaslamiah Hurmuzan, Pemangku Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan BPMB, berkata, “Seramai 18 penerima BAGUS pada tahun ini merupakan kohort tahunan terbesar sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2013. Dengan jumlah pelaburan melebihi RM17 juta yang telah disalurkan kepada hampir 70 penerima setakat ini, program BAGUS mencerminkan komitmen jangka panjang kami dalam mengembangkan bakat tempatan serta memperluas peluang kepada generasi muda Malaysia berpotensi tinggi untuk melanjutkan pengajian tinggi.”
“Sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan, peranan kami dalam kemajuan negara bukan sekadar tertumpu kepada penyediaan pembiayaan. Membangunkan sumber bakat berkebolehan yang kukuh adalah sama penting dengan kemampanan sesebuah institusi dan industri sepertimana kami bangunkan. Kami amat berbesar hati apabila lapan penerima BAGUS dijangka menyertai Bank menjelang akhir tahun 2026. Ini membuktikan kepentingan pendekatan jangka panjang dalam membangunkan bakat, seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang kepada generasi muda Malaysia disamping memperkukuh sumber bakat Bank bagi memenuhi keperluan masa hadapan.”
Perkembangan Sektor Pendidikan Tinggi Malaysia
Diperkenalkan pada tahun 2013, BAGUS terus berkembang selaras dengan perubahan landskap pendidikan tinggi Malaysia serta keperluan tenaga kerja yang semakin dinamik. Pada peringkat awal, program biasiswa ini memberi keutamaan kepada pelajar yang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di universiti luar negara, sebelum diperluaskan pada tahun 2023 untuk merangkumi universiti awam tempatan. Pada awal tahun 2026, skop program BAGUS terus diperluaskan untuk meliputi universiti swasta tempatan serta program berkembar, sekali gus memperluas akses kepada pendidikan tinggi berkualiti serta menyediakan fleksibiliti yang lebih luas kepada pelajar Malaysia yang berprestasi cemerlang.
Program ini turut memperkukuh kerangka pemilihannya melalui peningkatan syarat akademik serta penilaian berasaskan merit yang mengambil kira latar belakang sosioekonomi pemohon. Pendekatan ini untuk memastikan peluang pendidikan yang ditawarkan dapat diperluaskan kepada pelajar berprestasi tinggi daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
Menyokong Kejayaan Selepas Tamat Pengajian
Selain menyediakan bantuan kewangan, BAGUS juga untuk menyokong penerima sepanjang perjalanan akademik mereka, di samping mempersiapkan mereka untuk membina kerjaya yang bermakna. Penerima menerima sokongan menyeluruh merangkumi yuran pengajian dan elaun sara hidup, sekali gus membolehkan mereka memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pengajian serta mencapai kejayaan dalam bidang akademik mereka. Selepas tamat pengajian, penerima turut diberikan peluang untuk membina kerjaya bersama BPMB, menyediakan laluan kerjaya yang berstruktur daripada pendidikan kepada alam pekerjaan.
Program ini telah menunjukkan pencapaian yang ketara, dengan lapan penerima BAGUS dijangka menyertai BPMB menjelang akhir tahun 2026. Perkembangan ini mencerminkan aspirasi BPMB untuk melahirkan bakat daripada alam pengajian hingga ke alam pekerjaan, di samping memperkasa barisan pemimpin masa hadapan.
Memacu Kemajuan Negara Melalui Pendidikan
Sebagai salah sebuah Institusi Kewangan Pembangunan, yang paling lama ditubuhkan di Malaysia, menyedari bahawa pembangunan modal insan yang kukuh menjadi asas kepada kemajuan negara yang mampan. Melalui program BAGUS, BPMB terus memperkasa anak muda negara yang berbakat untuk mengembangkan potensi mereka, di samping mengumpulkan barisan pemimpin berkualiti serta berprinsip yang mampu menyumbang secara bermakna kepada pertumbuhan dan kemakmuran Malaysia secara berterusan.
– TAMAT –
Mengenai Bank Pembangunan Malaysia Berhad (“BPMB”)
Ditubuhkan pada 28 November 1973, BPMB merupakan sebuah institusi kewangan pembangunan yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan). Beroperasi di bawah pengawasan kawal selia Bank Negara Malaysia seperti yang termaktub oleh Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002, BPMB memegang penarafan kredit jangka panjang tertinggi ‘AAA’ daripada kedua-dua agensi penarafan iaitu RAM Rating Services Berhad dan Malaysia Rating Corporation Berhad.
Berkuat kuasa 1 Mei 2025, EXIM Bank dan SME Bank telah menjadi anak syarikat BPMB. Kumpulan BPMB kini bersedia untuk menyediakan pembiayaan bersifat pemangkin serta memperkasa pembangunan kapasiti perusahaan di Malaysia di samping memudah cara perluasan antarabangsa selaras dengan agenda pembangunan nasional.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bpmb.com.my | www.smebank.com.my | www.exim.com.my