Skim Pembangunan Negara

Kami menawarkan pelbagai penyelesaian pembiayaan meliputi semua sektor sepertimana yang diketengahkan dalam Sektor Rancangan Malaysia ke-12, tertumpu kepada Rancangan Malaysia ke-12.

Skim Maritime &
Logistik

Skim Transformasi
Digitalisasi Industri

Skim Pembiayaan
Pembangunan Mampan

Skim Infrastruktur
Pelancongan

Skim Modal
Kerja

Objektif utama inisiatif ini adalah untuk memberi sokongan dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025). Dengan pelaksanaan ini, ia bertujuan untuk menyumbang kepada pemberdayaan ekonomi, kelestarian alam sekitar, dan penyelarasan semula sosial Malaysia.

Program ini bertujuan untuk menyediakan pembiayaan kepada entiti yang terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dinyatakan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

natioanl-sub-img

Saiz Dana

RM 1.0 Billion

(Sejumlah RM 500 juta diperuntukkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera meliputi semua skim)

Tempoh Pembiayaan

CAPEX

Sehingga 20 tahun

OPEX

Sehingga 5 tahun

Jumlah Pembiayaan

Ditentukan berdasarkan kategori-kategori berikut:

  • Keperluan modal kerja: sehingga RM100 juta
  • Pembangunan infrastruktur: sehingga RM140 juta
  • Jumlah di atas mungkin berubah tertakluk kepada penilaian kredit oleh Bank.

*Jumlah pembiayaan tertakluk kepada penilaian dan dasar kredit BPMB. Sebarang permohonan yang melebihi jumlah maksimum perlu mendapatkan kelulusan daripada Lembaga.

Kadar Pembiayaan

Projek Kerajaan*

Kos Dana (COF) + Margin – Subsidi 1.5% p.a.

Projek Komersial*

Kadar Pembiayaan Asas (BFR) + Margin – Subsidi 1.5% p.a.

Jaminan kewangan

Yuran Jaminan – Subsidi 1.5% p.a.

*Kadar efektif untuk pembiayaan adalah tertakluk kepada kuasa meluluskan BPMB.

  • Rakan kongsi, Syarikat Sendirian Berhad, Syarikat Awam, dan Koperasi.
  • Didaftarkan dan ditubuhkan di Malaysia.
  • Majoriti 51% pemilikan oleh rakyat Malaysia.
  • Projek-projek berkaitan kepentingan strategik, yang menyumbang kepada pembangunan negara dan menyokong Rancangan Malaysia Ke-12.
  • Pembiayaan jangka masa
  • Modal kerja berpusing
  • Skim boleh dibentuk untuk susunan sindikasi/perjanjian klub
  • Jaminan kewangan sebagai sebahagian daripada peningkatan kredit untuk terbitan sukuk / bon
  • Sehingga 80%
  • 1.5% per tahun
  • 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025
  • Skim ini dibuka kepada semua sektor sebagaimana yang dinyatakan dalam Sektor-Sektor Rancangan Malaysia Ke-12, tertumpu kepada Rancangan Malaysia ke-12 melalui perincian dalam Lampiran 1

Berminat dengan Skim Pembangunan Negara?