Skim Maritim, Logistik & Pengangkutan
Skim Transformasi
Digitalisasi Industri
Skim Pembiayaan
Pembangunan Mampan
Skim MADANI
Skim Modal
Kerja
Objektif utama skim ini adalah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada syarikat yang berurusan atau terlibat dalam aktiviti dan perkhidmatan berkaitan pelancongan.
Skim ini terbuka kepada projek dalam sektor yang digariskan untuk tujuan seperti:
- Pemerolehan dan pembinaan aset yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan;
- Membaik pulih atau menaik taraf bangunan, hotel, pusat konvensyen dan kemudahan sedia ada yang berada dalam industri pelancongan atau berkaitan dengan aktiviti pelancongan;
- Keperluan modal kerja
Saiz Dana
RM1.0 Bilion
(Sejumlah RM500 juta diperuntukkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera meliputi semua skim).
Tujuan & Tempoh Pembiayaan
Perbelanjaan Kapital (CAPEX)
Sehingga 20 Tahun
Perbelanjaan Operasi(OPEX)
Sehingga 5 Tahun
Jumlah Pembiayaan
- Minima RM5 juta
- Maksima sehingga RM100 juta*
*Semua permohonan pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian kredit dan polisi BPMB. Bagi permohonan pembiayaan yang melebihi jumlah maksimum boleh dipertimbangkan berdasarkan kes ke kes.Amaun pembiayaan yang diluluskan adalah muktamad dan tertakluk kepada budi bicara BPMB.
Kadar Pembiayaan
Projek Kerajaan*
Kos Dana (COF) + Margin – Subsidi 1.5% p.a.
Projek Komersial*
Kadar Pembiayaan Asas (BFR) + Margin
– Subsidi 1.5% p.a.
Jaminan kewangan
Yuran Jaminan – Subsidi 1.5% p.a.
*Kadar efektif untuk pembiayaan adalah tertakluk kepada kuasa meluluskan BPMB.
- Perkongsian, Swasta Berhad, Syarikat Awam dan Koperasi.
- Berdaftar dan diperbadankan di Malaysia
- Pemilikan majoriti 51% oleh rakyat Malaysia.
- Pemohon perlu mempunyai modal berbayar minima sebanyak RM5.0 juta atau 20% daripada jumlah permohonan pembiayaan, mengikut jumlah yang lebih tinggi
- Pemohon perlu memperolehi pengesahan (contohnya, Surat Sokongan) daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC)
- Pembiayaan Berjangka/Bertempoh
- Kemudahan Pusingan
- Jaminan kewangan sebagai sebahagian daripada peningkatan kredit untuk terbitan sukuk / bon
- Skim boleh dibentuk untuk susunan sindikasi/perjanjian klub
- Sehingga 80% daripada jumlah kos projek*
*Nota: Semua permohonan pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian kredit dan polisi BPMB. Amaun pembiayaan yang diluluskan adalah muktamad dan tertakluk kepada budi bicara BPMB.
- 1.5% setahun
- 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2025