Skim Transformasi Digitalisasi Industri

Menyediakan pembiayaan untuk menyokong aktiviti perniagaan yang mengguna pakai teknologi digital dan teknologi maju untuk syarikat-syarikat yang terlibat dalam semua industri termasuk tetapi tidak terhad kepada industri Kepintaran Buatan, Robotik, Automasi untuk Pengeluar, Pengguna atau Pembekal Infrastruktur.

Skim Maritim, Logistik & Pengangkutan

Skim MADANI

Skim Pembiayaan
Pembangunan Mampan

Skim Infrastruktur
Pelancongan

Skim Modal
Kerja

Skim ini ditawarkan kepada projek dengan tujuan berikut, tetapi tidak terhad kepada:

  • Pemerolehan dan / atau pembangunan aset tertentu termasuk perisian, lesen, paten
  • Projek atau kontrak yang menyokong penggunaan teknologi digital
  • Membiayai keperluan modal kerja yang berkaitan dengan teknologi digital dan teknologi maju
  • Membiayai projek-projek yang menyokong transformasi keupayaan perindustrian Malaysia dengan menyokong ekosistem selaras dengan pelaksanaan dasar negara mengenai Industri 4.0
sub-industry-img

Saiz Dana

RM1.0 Bilion

(Sejumlah RM500 juta diperuntukkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera meliputi semua skim).

Tujuan & Tempoh Pembiayaan

capex-opex

Perbelanjaan Kapital (CAPEX)

Sehingga 15 tahun
capex-opex

Perbelanjaan Operasi (OPEX)

Sehingga 5 tahun

Jumlah Pembiayaan

Pembiayaan sehingga RM100 juta*

*Nota: Semua permohonan pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian kredit dan polisi BPMB. Amaun pembiayaan yang diluluskan adalah muktamad dan tertakluk kepada budi bicara BPMB.

Kadar Pembiayaan

Projek Kerajaan*

Kos Dana (COF) + Margin – Subsidi 1.5% p.a.

Projek Komersial*

Kadar Pembiayaan Asas (BFR) + Margin
– Subsidi 1.5% p.a.

Jaminan kewangan

Yuran Jaminan – Subsidi 1.5% p.a.

*Kadar efektif untuk pembiayaan adalah tertakluk kepada kuasa meluluskan BPMB.

  • Rakan kongsi, Syarikat Sendirian Berhad, Syarikat Awam, dan Koperasi.
  • Berdaftar dan diperbadankan di Malaysia
  • Pemilikan majoriti 40% oleh rakyat Malaysia
  • Terbuka juga kepada projek-projek yang memenuhi parameter yang ditetapkan oleh agensi berkaitan yang terlibat dalam pembangunan teknologi digital
  • Pembiayaan Berjangka/Bertempoh
  • Kemudahan Pusingan
  • Jaminan kewangan sebagai sebahagian daripada peningkatan kredit untuk terbitan sukuk / bon
  • Skim boleh dibentuk untuk susunan sindikasi/perjanjian klub
  • Sehingga 80% daripada jumlah kos projek*

*Nota: Semua permohonan pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian kredit dan polisi BPMB. Amaun pembiayaan yang diluluskan adalah muktamad dan tertakluk kepada budi bicara BPMB

  • 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2025

Skim Transformasi Digitalisasi Industri