Jawatankuasa Lembaga

 

Lembaga Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan Lembaga Pengarah (‘BNRC’)

 

Objektif BNRC adalah untuk menyediakan: -

i)

Prosedur formal dan telus untuk pelantikan dan/atau pelantikan semula serta untuk menilai keberkesanan Orang-orang Bertanggungjawab Utama dan Setiausaha Syarikat; dan

ii)

Prosedur formal dan telus untuk mengembangkan dasar imbuhan bagi Orang-orang yang Bertanggungjawab Utama dan Setiausaha Syarikat serta memastikan bahawa pampasan berkenaan adalah kompetitif, selaras dengan budaya, objektif dan strategi BPMB.

 

‘Orang Bertanggungjawab Utama’ merujuk kepada mereka yang bertanggungjawab atau diberi tanggungjawab terhadap pengurusan atau pengawasan BPMB. Ini merangkumi: -

(a)

Lembaga Pengarah (‘BOD’) Bank Pembangunan Malaysia Berhad (‘BPMB’) dan anak-anak syarikatnya (‘Kumpulan’)

(b)

Anggota Jawatankuasa Syariah (‘SC’),

(c)

Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (‘P / GCEO’) / Ketua Pegawai Eksekutif (‘CEO’) anak-anak syarikat utama; dan

(d)

Pegawai-pegawai Kanan.

 

Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah (‘BRMC’)

Objektif utama BRMC adalah untuk mengawasi aktiviti Pengurusan Kanan dalam menguruskan bidang BPMB dan Kumpulan yang berisiko utama serta memastikan bahawa proses pengurusan risiko telah di tetapkan/di rencanakan dan berfungsi dengan berkesan.

 

Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah (‘BAC’)

Objektif BAC adalah untuk memberikan pengawasan bebas untuk mengkaji keadaan kewangan BPMB, proses pelaporan kewangan Kumpulan, kawalan dalaman serta memastikan pemeriksaan dan keseimbangan dalam Kumpulan, prestasi dan penemuan juruaudit dalaman serta mengesyorkan tindakan pemulihan yang sesuai secara berkala.

 

Jawatankuasa Kredit Lembaga Pengarah (‘BCC’)

Objektif utama Jawatankuasa Kredit Lembaga Pengarah ('BCC') adalah untuk memastikan adanya penyeliaan dan pengawasan terhadap semua pinjaman / pembiayaan / cadangan dan pelaburan yang berkaitan dengan kredit, sesuai dengan had yang ditetapkan dalam Matrik Pengelulusan Kuasa BPMB, serta memastikan proses pengurusan risiko yang memadai dan berfungsi dengan berkesan.

 

Jawatankuasa Teknologi Maklumat Lembaga Pengarah (‘BITC’)

BITC memiliki fungsi pengawasan terhadap pelaksanaan strategi dan inisiatif teknologi BPMB dan Kumpulan.

 

Corporate Governance

Board Charter

Statement of Internal Control

Risk Management