Piagam Pelanggan
Kami bertekad untuk memberi perkhidmatan yang cekap, ramah dan jujur kepada pelanggan berdasarkan perkara berikut:
![]() | Permohonan pinjaman yang diterima dengan maklumat lengkap akan diproses dengan serta-merta dan keputusan mengenai permohonan akan dimaklumkan dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan. |
![]() | Pelepasan pinjaman akan diproses dengan serta-merta sejurus notis pengeluaran diterima dalam tempoh masa 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan notis dengan syarat semua keadaan dan terma telah dipenuhi. |
![]() | Semua perkara yang berkaitan dengan pelunasan Caj dan pelunasan Penjamin akan dilakukan dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh pembayaran penuh dan terakhir, dari jumlah tertunggak |
1. | Surat permohonan dari pemohon (untuk menyatakan jumlah pinjaman yang dipohon dan tujuan pembiayaan) | ||||||||||||||||||
2. | Profil Syarikat dan Pihak Pengurusan | ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
3. | Maklumat Kewangan | ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
4. | Kemudahan Perbankan Yang Sedia Ada | ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
5. | Lain-lain Dokumen | ||||||||||||||||||
|
![]() | Pemohon mesti berdaftar dan diperbadankan di Malaysia. |
![]() | Entiti sah pemohon mestilah terdiri dari sebuah Syarikat, Koperasi atau Badan Berkanun. |
![]() | Pemohon mestilah mempunyai pemilikan majoriti oleh rakyat Malaysia dengan pegangan saham sekurang-kurangnya 51%. |
![]() | Pemohon tidak boleh tergolong dalam kategori yang dilarang menerima kemudahan kredit di bawah Seksyen 28 (3) Akta Institusi Kewangan Pembangunan (DFIA) 2002 dan mematuhi syarat AML / CFT. |
![]() | BPMB tidak boleh meluluskan/memberikan kemudahan kredit kepada mana-mana syarikat di mana satu atau lebih dari Pengarahnya (yang memberikan jaminan) menghadapi tindakan undang-undang oleh mana-mana institusi kewangan lain. |
Penyata Akaun akan dikeluarkan kepada pelanggan atas permintaan.
Permohonan kredit yang tidak berjaya/tidak diluluskan akan dimaklumkan secara bertulis. BPMB akan mengkaji semula setiap rayuan dan akan memberi maklumbalas dalam masa 30 hari bekerja, dari tarikh rayuan diterima. Rayuan boleh dikemukakan secara bertulis kepada:
Kumpulan Perbankan Perniagaan
Bank Pembangunan Malaysia Berhad
Menara Bank Pembangunan, Bandar Wawasan
1016, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.
Tel: +6 03 2611 3888
Fax: +6 03 2698 5701
Website: www.bpmb.com.my