Ahli Lembaga Pengarah

NORAZILLA MD TAHIR

Ahli Lembaga Pengarah  Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Norazilla Md Tahir dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Pembangunan Malaysia Berhad pada 14 Ogos 2020. Beliau mempunyai lebih dari 25 tahun pengalaman dalam pengurusan kewangan, terutamanya dalam Institusi Kewangan dan Pasaran Modal.

 

Sebelum dilantik sebagai Pengarah BPMB, Norazilla adalah Ketua Pegawai Kewangan Cagamas Berhad selama 9 tahun sejak pertama kali menyertainya pada tahun 2009. Beliau menerajui kepimpinan kewangan Kumpulan Cagamas dan bertanggungjawab untuk menegakkan pengurusan kewangan yang kukuh serta tadbir urus, sambil menyediakan maklumat kewangan tepat pada masanya, jitu dan boleh dipercayai serta meningkatkan kawalan dalaman.

 

Selain Cagamas, Norazilla pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Kewangan/ Ketua Kewangan lain di tiga institusi perbankan Islam, iaitu RHB Islamic Bank Berhad, Asian Finance Bank Berhad dan Al Rajhi Banking and Investment Corporation (Malaysia) Berhad.

 

Selain dari bidang perbankan, Norazilla juga berpengalaman dalam barangan pengguna yang bergerak pantas, serta terlibat dalam pengurusan rantaian logistik penjualan ketika berada di L'Oreal Malaysia Sdn Bhd dan Universal Music Sdn Bhd.

 

Norazilla adalah lulusan Universiti Stirling, Scotland, seorang ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) serta Felo Akauntan Berkanun Institut Akauntan Berkanun di England dan Wales (ICAEW). Beliau juga bersemangat untuk memberi bimbingan dan menjadi seorang mentor, dimana beliau meluangkan waktu sebagai sukarela bagi pelajar sarjana muda di UiTM INTEC.

DATUK RASHIDAH MOHD SIES

Ahli Lembaga Pengarah  Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Datuk Rashidah Mohd Sies dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Pembangunan Malaysia Berhad pada 27 September 2021. Beliau memiliki Diploma Pentadbiran Awam daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Idaho State University (pada tahun 1986) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari US International University California (pada tahun 1987).

 

Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 1989 di Seksyen Pelaburan, Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan, dimana beliau diberikan tanggungjawab dalam menguruskan pinjaman Kerajaan dari pasaran modal antarabangsa. Pada tahun 1998, beliau ditugaskan ke Seksyen Penswastaan, Bahagian Kewangan, dimana beliau bertanggungjawab dalam menyelaraskan projek-projek penswastaan termasuklah Projek Pembangunan Putrajaya, projek dan penswastaan Kementerian Pengangkutan (iaitu ERL dan PTP) dan Kementerian Pertahanan. Datuk Rashidah seterusnya ditugaskan ke Seksyen MKD, BSPN bagi mengendalikan perkara-perkara berkaitan dengan isu korporat syarikat-syarikat Kerajaan dari pelbagai sektor.

 

Beliau terlibat secara terus dalam urusan rasionalisasi dan penstrukturan semula fungsi dan peranan Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad termasuklah Bank Industri Malaysia Berhad. Pada tahun 2009, beliau ditempatkan di Sektor Ekonomi, BMKD untuk menyelaraskan projek-projek penswastaan serta mengendalikan perkara-perkara berkaitan isu korporat syarikat Kerajaan.

 

Antara jawatan-jawatan yang pernah disandang beliau adalah sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian, Sektor Komersial, Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan pada tahun 2016 dan sebagai Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan pada tahun 2018.

 

Datuk Rashidah juga pernah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah di Agrobank, Perbadanan Nasional Berhad dan Global Maritime Ventures Bhd. Beliau kini memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, UDA Holdings Berhad, TRX City Sdn Bhd, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Perbadanan PR1MA.

 

TS. OTHMAN ABDULLAH

Ahli Lembaga Pengarah  Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Ts. Othman bin Abdullah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Pembangunan Malaysia Berhad pada 22 Oktober 2021. Beliau memiliki Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Komputer dari University of Michigan, Ann Arbor, Amerika Syarikat, serta Diploma Pascasiswazah dan Sarjana Sains dalam Perbankan Islam dan Kewangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga memiliki Sijil Program Pengurusan Perniagaan Premier dari Harvard Business School dan Sijil Program Kepimpinan Kewangan Islam dari Cambridge IF Analytica. Kini, beliau sedang mengikuti pengajian ijazah doktor falsafah di Universiti Sains Islam Malaysia.

 

Sebagai seorang ahli teknologi profesional yang diiktiraf oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Ts. Othman mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang ekonomi digital dan teknologi kewangan, terutama dalam dalam pelaksanaan dan transformasi penyelesaian teknologi maklumat (IT) di mana beliau telah bekerjasama dengan sejumlah institusi kewangan di Asia, Timur Tengah dan Afrika.

 

Ts. Othman memulakan kerjayanya dengan Silverlake pada bulan Mei 1997 sebagai Eksekutif Pengurusan dan telah dinaikkan pangkat sebagai Naib Presiden pada tahun 2000. Pada bulan Januari 2007, beliau menyertai Bank Islam sebagai Pengurus Kanan, Ketua Pembangunan Aplikasi Teknologi Maklumat. Pada Julai 2007, beliau menyertai semula Silverlake sebagai Naib Presiden Eksekutif. Pada tahun 2010, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Urusan mengetuai Bahagian Perbankan Islam. Pada bulan Julai 2017, beliau telah dijawatkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang bertanggungjawab atas Perbankan Islam dan Perkhidmatan Inovatif.

 

Berkelayakan dalam bidang IT dan kewangan Islam serta dilengkapi dengan lebih dari dua dekad pengalaman dalam industri perkhidmatan kewangan, Ts. Othman telah meletakkan dirinya sebagai seorang pemimpin dalam bidang teknologi kewangan di ruang perbankan dan kewangan Islam. Beliau juga kerap serta menyumbangkan artikel dan pandangannya untuk penerbitan dan program-program televisyen. Beliau turut berucap mengenai perkara tersebut di persidangan-persidangan dan seminar-seminar.

 

TAN SRI DATUK SERI RASHPAL SINGH RANDHAY

Ahli Lembaga Pengarah  Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Tan Sri Datuk Seri Rashpal Singh Randhay dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Berhad pada 28 April 2022.

 

Tan Sri Datuk Seri Rashpal mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun – merangkumi syarikat pelaburan, firma pembrokeran saham dan pertukaran saham dan komoditi. Beliau memulakan kerjayanya dengan Citivest International sebagai pedagang korporat sebelum menjadi Ketua Korporat Citivest International, di mana beliau bertanggungjawab terhadap operasi di Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat. Sekembalinya di Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Rashpal berkhidmat sebagai Ketua Perwakilan bagi Asia Tenggara untuk Saitama International Investment Bank.

 

Beliau telah ditugaskan sebagai Penasihat KPMG dari tahun 2003 hingga 2008 dan merupakan sebahagian daripada inisiatif Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu, yang ditugaskan untuk penyusunan semula Bank Pusat Iraq pada November 2003 yang memberi penekanan pada penilaian Dinar Iraq yang baru. Tan Sri Datuk Seri Rashpal juga merupakan Penasihat Khas kepada Tenaga Nasional Berhad dan juga Anggota Lembaga Penasihat Utama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari tahun 2009 hingga 2015.

 

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Malaysia (LHDNM) dari tahun 2015 hingga 2021. Tan Sri Datuk Seri Rashpal juga dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Danajamin pada 16 Jun 2021.

 

Beliau adalah pengasas Kumpulan Syarikat Knight, yang kini beroperasi di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, dengan mempunyai pejabat perwakilan di India dan United Kingdom.

 

PUAN ROSNAH DATO’ KAMARUL ZAMAN

Ahli Lembaga Pengarah  Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Puan Rosnah Dato’ Kamarul Zaman dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Berhad pada 17 Mei 2022.

 

Beliau mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam bidang perbankan dan kewangan. Sepanjang kerjayanya, pengalaman beliau merangkumi pelbagai aspek perbankan yang meliputi perbankan pengguna, komersial dan korporat serta fungsi-fungsi bukan perbankan dari pelbagai bahagian sokongan perniagaan dan operasi bank.

 

Puan Rosnah Dato’ Kamarul Zaman memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Pengurusan dengan bank yang dahulunya dikenali sebagai Bank of Commerce pada tahun 1979, dan meninggalkan bank itu pada tahun 2005. Pelantikan terakhirnya di situ adalah sebagai Naib Presiden Eksekutif Kanan, mengetuai Unit Perbankan yang bertanggungjawab untuk perniagaan strategik bagi Perbankan Pengguna, Perbankan Komersial, Perbankan Korporat, Perbendaharaan dan Perbankan Antarabangsa.

 

Beliau adalah salah seorang pengasas Lembaga Pemegang Amanah Yayasan CIMB pada tahun 2007 dan dilantik sebagai Pengarah Bebas Lembaga Pengarah CIMB Bank Berhad pada tahun 2012, dan juga sebagai Pengarah Bebas CIMB Islamic Bank Berhad pada tahun 2014. Beliau merupakan ahli dalam pelbagai Jawatankuasa Lembaga dan juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Risiko dan Pematuhan serta Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Pelaburan. Beliau telah bersara pada 18 Januari 2021, setelah berkhidmat selama sembilan tahun. Puan Rosnah merupakan ahli Panel Pelaburan Lembaga Tabung Haji dan juga telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Danajamin pada 6 Januari 2021.