Piagam Pelanggan

Kami bertekad untuk memberi perkhidmatan yang cekap, ramah dan jujur kepada pelanggan berdasarkan perkara berikut:

 
Tempoh Proses Permohonan, Pelepasan Pinjaman dan Pelunasan
 

Permohonan pinjaman yang diterima dengan maklumat lengkap akan diproses dengan serta-merta dan keputusan mengenai permohonan akan dimaklumkan dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.

Pelepasan pinjaman akan diproses dengan serta-merta sejurus notis pengeluaran diterima dalam tempoh masa 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan notis dengan syarat semua keadaan dan terma telah dipenuhi.

Semua perkara yang berkaitan dengan pelunasan Caj dan pelunasan Penjamin akan dilakukan dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh pembayaran penuh dan terakhir, dari jumlah tertunggak

 
Senarai Dokumen / Maklumat Yang Diperlukan Untuk Memproses Pinjaman
 
1.

Surat permohonan dari pemohon (untuk menyatakan jumlah pinjaman yang dipohon dan tujuan pembiayaan)

   

2.

Profil Syarikat dan Pihak Pengurusan

 

Latar belakang syarikat termasuk sejarah ringkas, permulaan perniagaan, aktiviti utama, bilangan pekerja, perancangan perniagaan dan lain-lain.

Struktur pegangan saham terkini.

Profil Pemegang-pemegang Saham.

Profil Lembaga Pengarah.

Profil Kakitangan Pengurusan Utama.

Memorandum & Artikel Persatuan (M&A).

Borang 24, 49, 9, 13 dan 44 terkini di bawah Akta Syarikat 1965, penyata tahunan terkini dan salinan Kad Pengenalan Lembaga Pengarah

Senarai terperinci projek yang telah disiapkan (jika berkenaan).

Senarai terperinci projek yang sedang dijalankan (jika berkenaan).

   

3.

Maklumat Kewangan

 

Akaun yang telah Diaudit untuk tiga (3) tahun terakhir.

Draf Akaun Teraudit untuk tahun semasa (jika berkenaan).

Akaun Pengurusan Terkini

   

4.

Kemudahan Perbankan Yang Sedia Ada

 

Perincian pinjaman bank yang sedia ada, termasuklah nama institusi kewangan, kemudahan yang diterima, terma penting/utama, sekuriti dan baki tertunggak terakhir.

Salinan Perjanjian Pinjaman / Surat Tawaran

Cagaran / Perjanjian Perkongsian Sekuriti

Penyata akaun semasa bagi 6 bulan terkini bagi semua akaun bank.

Penyata 6 bulan terkini untuk semua akaun pinjaman / sewa beli / pajakan.

   

5.

Lain-lain Dokumen

 

Laporan penilaian penuh mengenai tanah projek / aset / mesin / peralatan / kapal terpakai (jika berkenaan)

Perincian dan status tanah serta salinan hak milik tanah (jika berkenaan).

Borang perisytiharan (DFIA 2002, Seksyen 28) yang ditandatangani oleh Pengarah Individu / pemegang saham / penjamin di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

Penyata Nilai Bersih Peribadi untuk diisi oleh penjamin individu

Dokumen berkanun dan maklumat penjamin korporat (jika berkenaan)

Memorandum & Artikel Pertubuhan, Borang Terkini 24, 49, 9, 13 dan 44 di bawah Akta Syarikat 1965, penyata tahunan terkini dan salinan Kad Pengenalan Lembaga Pengarah.

Sebarang maklumat lain yang berkaitan dengan cadangan (syarikat / sekuriti / penjamin / projek dan lain-lain).

Catatan: Bank mungkin memerlukan maklumat tambahan yang relevan, jika perlu.

 
Kelayakan
 

Pemohon mesti berdaftar dan diperbadankan di Malaysia.

Entiti sah pemohon mestilah terdiri dari sebuah Syarikat, Koperasi atau Badan Berkanun.

Pemohon mestilah mempunyai pemilikan majoriti oleh rakyat Malaysia dengan pegangan saham sekurang-kurangnya 51%.

Pemohon tidak boleh tergolong dalam kategori yang dilarang menerima kemudahan kredit di bawah Seksyen 28 (3) Akta Institusi Kewangan Pembangunan (DFIA) 2002 dan mematuhi syarat AML / CFT.

BPMB tidak boleh meluluskan/memberikan kemudahan kredit kepada mana-mana syarikat di mana satu atau lebih dari Pengarahnya (yang memberikan jaminan) menghadapi tindakan undang-undang oleh mana-mana institusi kewangan lain.
 
Kekerapan Penyata Akaun
 

Penyata Akaun akan dikeluarkan kepada pelanggan atas permintaan.

 
Jangkamasa Untuk Menyemak Rayuan Dan Memberi Maklumbalas Kepada Pelanggan
 

Permohonan kredit yang tidak berjaya/tidak diluluskan akan dimaklumkan secara bertulis. BPMB akan mengkaji semula setiap rayuan dan akan memberi maklumbalas dalam masa 30 hari bekerja, dari tarikh rayuan diterima. Rayuan boleh dikemukakan secara bertulis kepada:

 
Ketua
Kumpulan Perbankan Perniagaan 
 

Bank Pembangunan Malaysia Berhad
Menara Bank Pembangunan, Bandar Wawasan
1016, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.

Tel: +6 03 2611 3888
Fax: +6 03 2698 5701
Website: www.bpmb.com.my