Return to Full Page

DagangNews.com – BPMB raih anugerah pembangunan alam sekitar menerusi projek taman teknologi hijau >

 

KUALA LUMPUR, 23 Mei 2023

 

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) merangkul Anugerah Pembangunan Alam Sekitar oleh Persatuan Institusi Pembiayaan Pembangunan di Asis Pasifik (ADFIAP), pada Mesyuarat Tahunan ADFIAP ke-46 di Almaty, Kazakhstan, baru-baru ini.

 

BPMB memperoleh anugerah itu atas peranannya dalam projek pembangunan Taman Teknologi Hijau (GTP), oleh Nextgreen Pulp & Paper Sdn. Bhd.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Roni Abdulwahab, berkata, projek itu merevolusikan industri pulpa dan kertas dengan menghasilkan bahan pulpa tanpa menggunakan tenaga boleh diperbaharui dan teknologi sisa sifar.

 

“Projek itu bykan sahaja model perniagaan mampan yang hebat, malah mewujudkan faedah sosioekonomi untuk penduduk tempatan dan industri berkaitan.

 

“Ketika kami meraikan ulang tahun ke-50 tahun ini, kami berbangga untuk menyokong bertanggangungjawab perniagaan.

 

“Kami berusaha membolehkan projek lebih mampan untuk memenuhi tujuan menyampaikan modal impak untuk pembangunan Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Pada mesyuarat tahunan itu, Roni turut berkongsi usaha bank dalam memperjuangkan tanggungjawab perbankan.

 

Melalui rangka kerja pengukuran impak holistik BPMB yang dikenali sebagai ‘MIND’ (Mengukur Kesan dalam Pembangunan Negara), BPMB bertujuan memacu ekonomi positif, impak alam sekitar dan sosial dengan membiayai projek pembangunan negara dan menyumbang kepada matlamat pembangunan mampan Malaysia. – DagangNews.com



« Back