Return to Full Page

Utusan Malaysia – Nazir Razak tamat Perkhidmatan Pengerusi BPMB>

 

PETALING JAYA, 20 April 2023

 

Tan Sri Nazir Razak akan bersara dari jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) setelah tamat tempoh dua tahun perkhidmatan beliau pada 22 April 2023.

 

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas peluang untuk berkhidmat di BPMB dalam tempoh tersebut.

 

“Dalam tempoh ini, kami berjaya menyelesaikan penggabungan dengan Danajamin, memperkukuhkan pasukan pengurusan kami, memperbaiki operasi dan keseluruhan tadbir urus yang mana hasilnya kini kumpulan BPMB yang lebih kukuh dan bersepadu.

 

“Kami juga telah melancarkan Agenda 2025 iaitu rancangan transformasi tiga tahun kami dan juga rangka kerja Measuring Impact on National Development (MIND), suatu kaedah objektif untuk menilai pinjaman dan pelaburan kami,” katanya dalam kenyataan.

 

“Kami juga telah melancarkan Agenda 2025 iaitu rancangan transformasi tiga tahun kami dan juga rangka kerja Measuring Impact on National Development (MIND), suatu kaedah objektif untuk menilai pinjaman dan pelaburan kami,” katanya dalam kenyataan.

 

Nazir yang sebelum ini merupakan ketua pegawai eksekutif dan kemudiannya pengerusi CIMB Group, menyertai BPMB pada 2021 dengan matlamat untuk menyelia penggabungan yang dirancang antara institusi kewangan pembangunan (DFI) Malaysia.

 

Fasa I, iaitu penggabungan antara Danajamin Berhad dan BPMB telah diselesaikan pada tahun ini, dan fasa II – penggabungan dengan SME Bank dan EXIM Bank – masih menjadi sebahagian daripada perancangan konsolidasi DFI, seperti yang diumumkan dalam Bajet 2020.

 

Nazir turut mengucapkan selamat maju jaya kepada lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan BPMB untuk masa depan.

 

“BPMB mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan mempunyai potensi untuk memberi impak yang lebih besar atas pembangunan negara.

 

“Selepas ini, masa saya akan tertumpu kepada pelaburan ekuiti swasta ASEAN yang saya usahakan dan juga peranan baru saya sebagai pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan (Business Advisory Council) ASEAN Malaysia,” ujarnya. – UTUSAN



« Back