Return to Full Page

BERNAMA EKONOMI – Roni Abdul Wahab dilantik ketua pegawai eksekutif kumpulan BPMB baharu.

Rabu, 7 April 2022

 

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) – Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) melantik Roni Abdul Wahab sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan baharu bagi menggantikan Arshad Mohamed Ismail yang tamat perkhidmatannya hari ini.

 

Dalam kenyataan hari ini, Pengerusi BPMB Tan Sri Nazir Razak berkata pengalaman kepimpinan Roni dalam perbankan dan pembangunan strategik nasional, akan menjadi aset kepada BPMB meneruskan perjalanan menyokong kemajuan ekonomi Malaysia.

 

“Pelatikan ini membawa perspektif serta kekuatan baharu kepada kumpulan dan dengan sokongan pasukan pengurusan kanan, saya yakin Roni dapat menerajui Kumpulan BPMB dalam usaha meraih pencapaian baharu,” katanya.

 

Roni telah menyandang jawatan kanan dalam sektor perbankan, pengurusan pelaburan dan korporat termasuk sebagai pengarah eksekutif pelaburan Khazanah Nasional Bhd dan pengarah urusan dan ketua negara perbankan global HSBC Bank Bhd Malaysia.

 



« Back