Return to Full Page

BPMB signs strategic collaboration with CCBM and CCBL
Saturday, 12 Sept 2020
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

Kuala Lumpur: Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) has signed a memorandum of understanding (MoU) on a strategic collaboration with China Construction Bank (Malaysia) Bhd (CCBM) and China Construction Bank Corporation Labuan Branch (CCBL).

The strategic collaboration is one of the thrusts under BPMB’s three-year Strategic Plan for 2020-2022 and is expected to facilitate cooperation in financing strategic projects in Malaysia.

President/Group Chief Executive Officer Arshad Mohamed Ismail said the MoU would also provide a platform to BPMB for regional reach and pave the way for syndication, knowledge sharing and technical assistance.

Furthermore, it will allow the transfer of knowledge among all parties particularly in the areas of CCBM and CCBL’s Green Strategy and BPMB’s Project Evaluation and Impact Assessment Frameworks, he said in a statement today.

Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz witnessed the MoU signing, during which BPMB chairman Datuk Zaiton Mohd Hassan and CCBM Chief Executive Officer and CCBL principal officer Felix Feng Qi were also present.

According to BPMB, Tengku Zafrul’s visit was part of the Finance Ministry’s Budget 2021 engagement efforts with stakeholders of various sectors of the economy.

BPMB hosted the Budget Dialogue Focus Group with development financial institutions to discuss the challenges, issues and way forward for Malaysia amidst the current pandemic.

 

DFI harap duti setem dikurangkan atau diberi subsidi dalam Belanjawan 2021

Kuala Lumpur: Institusi Pembangunan Kewangan (DFI) Malaysia berharap kerajaan mengurangkan atau memberi subsidi duti setem bagi kontrak pembiayaan dan perjanjian sewa beli dalam Belanjawan 2021.

Demikian antara cadangan yang dikemukakan kepada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz semasa sesi dialog anjuran Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dengan kerjasama Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) semalam.

Ahli-ahli ADFIM turut memohon peruntukan kerajaan bagi agenda pemerkasaan institusi berkenaan untuk membantu pembangunan jangka panjang usahawan dan individu yang terjejas akibat COVID-19 serta mempromosikan landskap ekonomi negara, kata persatuan itu dalam kenyataan hari ini.

Sesi dialog itu diadakan dengan matlamat utama untuk mengumpul informasi, bertukar pendapat serta mengemukakan cadangan daripada ahli-ahli ADFIM sebagai input pembentangan Bajet 2021 untuk pertimbangan Kementerian Kewangan bagi memastikan pemulihan ekonomi berada di landasan.

Acara itu dihadiri wakil pengurusan tertinggi beberapa DFI seperti Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, Bank Pertanian Malaysia Bhd, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan Export-Import Bank Malaysia.

Turut hadir wakil pengurusan tertinggi organisasi pembangunan usahawan seperti Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad serta wakil Bank Negara Malaysia.

 

BPMB memeterai kerjasama strategik dengan CCBM dan CCBL

Kuala Lumpur: Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) membabitkan kerjasama strategik dengan China Construction Bank (Malaysia) Bhd (CCBM) dan China Construction Bank Corporation Labuan Branch (CCBL).

Kerjasama strategik ini merupakan salah satu teras di bawah pelan strategik BPMB selama tiga tahun untuk 2020-2022 dan dijangka akan memudahkan kerjasama dalam projek kewangan yang strategik di Malaysia.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Arshad Mohamed Ismail berkata MoU itu juga akan menyediakan platform kepada BPMB bagi mencapai peringkat serantau dan membuka jalan untuk sindikasi, perkongsian pengetahuan serta bantuan teknikal.

Di samping itu, ia akan membolehkan perkongsian pengetahuan di kalangan semua pihak terutamanya dalam Projek Penilaian dan Rangka Kerja Penilaian Impak BPMB serta Strategi Hijau CCBL, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis pemeteraian MoU ini disaksikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.  Turut hadir ialah Pengerusi BPMB Datuk Zaiton Mohd Hassan termasuk Pegawai Utama CCBL Felix Feng Qi.

Menurut BPMB, lawatan Tengku Zafrul ke BPMB adalah sebahagian daripada usaha penglibatan Bajet 2021 Kementerian Kewangan dengan pemegang-pemegang kepentingan dalam pelbagai sektor ekonomi.

BPMB telah menganjurkan Kumpulan Dialog Fokus Bajet dengan institusi kewangan pembangunan untuk membincangkan cabaran, isu dan hala tuju bagi memastikan pembangunan yang berterusan di Malaysia dalam persekitaran yang mencabar berikutan pendemik semasa.

 

DFIs seek lower or subsidized stamp duty on Budget 2021 wishlist

Kuala Lumpur: Development financial institutions (DFIs) in Malaysia are calling for the government to decrease or subsidise the stamp duty on financing contracts and hire-purchase agreements in the upcoming Budget 2021.

This was among the proposals presented to Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz during a dialogue session organised by the Association of Development Finance Institutions of Malaysia (ADFIM) in collaboration with Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) yesterday.

ADFIM members also sought an allocation from the government for their empowerment agenda to help in the long-term development of Covid-19 affected entrepreneurs and individuals as well as to promote the national economic landscape, the association said in a statement today.

The main purpose of the dialogue session was to gather information, views, proposal and suggestions from ADFIM members as inputs for Budget 2021 for the Finance Ministry’s consideration to ensure the economic recovery is on track.

The event was attended by top management representatives from DFIs such as Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd, BPMB, Bank Simpanan Nasional, Bank Pertanian Malaysia Bhd, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd and Export-Import Bank Malaysia.

Also present were members of the top management of entrepreneur development organisations such as Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd, Malaysia Technology Development Corporation, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd as well as representatives from Bank Negara Malaysia. 

 



« Back