Return to Full Page

THE MALAYSIAN INSIGHT - Dana RM3 bilion untuk syarikat digitalkan perniagaan
Khamis, 7 Mac 2019
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

DANA RM3 bilion dilancarkan hari ini untuk menyediakan pinjaman dengan faedah subsidi sebanyak 2% untuk semua syarikat Malaysia yang berminat mendigitalkan perniagaan mereka.

Ia dilancarkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pagi tadi. Dana itu akan diuruskan oleh Bank Pembangunan Malaysia yang akan bekerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menapis permohonan dan memastikan ia disalurkan kepada pihak yang tepat.



« Back