Return to Full Page

MALAYSIA GAZETTE - Arshad peneraju baharu Bank Pembangunan Malaysia
Isnin, 8 April 2019
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

KUALA LUMPUR – Arshad Mohamed Ismail dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad berkuatkuasa hari ini.

Sebelum ini Arshad adalah Ketua Perniagaan Perbankan Global di Maybank Islamic Berhad yang memantau perbankan korporat, kewangan perdagangan dan bisnes perbankan pelaburan.

Bermula dengan kerjaya seorang peguam, Arshad memberi pengkhususan dalam undang-undang korporat, undang-undang kewangan dan perbankan serta perbankan Islam dan undang-undang kewangan.

Arshad merupakan bekas graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Sekolah Perniagaan London.

Beliau dipilih sebagai Felo Pelawat SC-OCIS dalam Kewangan Islam bagi tahun akademik 2015-2016 di Pusat Pengajian Islam Oxford, di Universiti Oxford. – Malaysia Gazette



« Back