Return to Full Page

BPMB sumbang bantuan pendidikan RM2 juta kepada 8 universiti
Friday, 11 Dec 2020
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

KUALA LUMPUR: Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) telah menyumbang bantuan pendidikan berjumlah RM2 juta kepada lapan universiti awam. Sumbangan tersebut untuk menaik taraf mutu kehidupan mahasiswa-mahasiswa yang memerlukan.

Lapan universiti terlibat ialah Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Setiap universiti menerima sumbangan pendidikan seba¬nyak RM250,000 untuk diagihkan kepada para mahasiswa asnaf yang memerlukan terutama daripada keluarga B40.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Arshad Mohamed Ismail berkata, sumbangan pendidikan tahun ini adalah sumbangan tahunan yang diberikan untuk kali ketiga semenjak 2018.

Pihak BPMB kekal komited untuk terus menjalankan tugas tanggungjawab sosial korporat kami dalam usaha untuk membantu mereka yang memerlukan terutamanya dalam keadaan semasa yang kian mencabar.

“Sumbangan pendidikan ini bertujuan memastikan para mahasiswa yang memerlukan kekal fokus dalam pembelajaran dan secara tidak langsung meringankan beban keluarga mahasiswa khususnya yang terkesan akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula Mac 2020 lalu, jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Pendidikan Universiti Awam 2020 yang diadakan secara maya semalam.

Pada tahun-tahun sebelumnya iaitu 2018 dan 2019, BPMB telah menyumbangkan sebanyak RM5,250,000 kepada sembilan buah universiti awam.

Senarai sembilan universiti yang menerima sumbangan pada sebelum ini adalah seperti berikut:

  1. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  2. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  3. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  4. Universiti Sains Malaysia (USM)
  5. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  6. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  7. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  8. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Secara keseluruhan, termasuk sumbangan pada tahun ini, BPMB telah menyalurkan dana sebanyak RM7.25 juta kepada universiti-universiti awam tem¬patan dalam usaha memperbaiki mutu hidup dan membantu proses pembelajaran mahasiswa yang memerlukan.

Baki beberapa buah universiti awam lain yang belum menerima sumbangan BPMB dijangka akan menerima sumbangan berkenaan pada tahun hadapan.



« Back