Return to Full Page

BPMB salur RM1.1 juta kepada Yayasan Ikhlas hasilkan set PPE
Saturday, 14 Nov 2020
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

BANGI: Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) menyalurkan sebanyak RM1.1 juta kepada Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan peduli dan prihatin untuk penghasilan 27,500 set peralatan perlindungan diri (PPE).

Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Ikhlas, Datuk Mohd Rosli Ramli berkata, sebanyak 17,500 set PPE telah dihantar ke Agensi Pengurusan Bencana Sarawak dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dengan kerjasama Ikatan Pengamal Perubatan Malaysia (I-Medik).

Manakala baki 10,000 set lagi akan dihantar ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah pada pertengahan November ini, katanya.

Yayasan Ikhlas telah menerima kunjungan hormat dari Ketua Pegawai Kewangan (CFO) BPMB, Zulkeefli Mad Karim dan Ketua Kumpulan Pengurusan Syariah BPMB, Muhammad Salihin Deris ke Kilang Pengeluaran Set PPE bagi meninjau penghasilan 10,000 set PPE yang bakal dihantar ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah tidak lama lagi. 

Turut hadir Mohd Rosli dan Pengurus Besar Yayasan Ikhlas, Kamaruddin Kassim.

“Yayasan Ikhlas dengan kerjasama i-Medik menyasarkan 200,000 set PPE dihasilkan bagi membantu menampung keperluan petugas kesihatan di seluruh negara di samping memberi peluang pekerjaan kepada golongan asnaf.

“Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan ke akaun Maybank Yayasan Ikhlas 5628 3463 6228 atau layari www.yayasanikhlas.org.my atau hubungi Syafiq 012-979 0211 untuk maklumat lanjut,” katanya.



« Back