Return to Full Page

Dagangnews.com – Bank Pembangunan beri kemudahan pembiayaan RM373.54 juta kepada Inland Port Perlis Sdn Bhd

 

 

KUALA LUMPUR, 15 Januari 2024

 

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) memberikan kemudahan Pembiayaan Aset Tawarruq berjumlah RM373.54 juta kepada Inland Port Perlis Sdn Bhd (IPPSB).

 

Pembiayaan khusus ini menjangkau sehingga 20 tahun diperuntukkan untuk kos kejuteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan kemudahan Pelabuhan pedalaman bersepadu, Perlis Inland Port yang terletak di Kawasan Perindustrian Lembang Chuping, Perlis.

 

Terletak di kawasan seluas 202.3 hektar, Perlis Inland Port merupakan inisiatif strategik untuk memperkemas perdagangan rentas sempana Malaysia-Thailand sekali gus mengurangkan kekangan kapasiti Terminal Kontena Padang Besar sedia ada.

 

Setelah siap, ia akan berfungsi sebagai satu-satunya landasan pengangkutan rentas sempadan dan titik jalan antara Malaysia dan Thailand melalui Perlis.

 

“Pendekatan kami melangkaui pertimbangan kewangan; ia adalah mengenai kesan holistik. Kami menggunakan rangka kerja MIND (Mengukur Kesan Terhadap Pembangunan Negara) untuk memastikan pelaburan kami menyumbang bukan sahaja kepada pertumbuhan ekonomi tetapi juga kepada kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam kenyataan ini.

 

Perlis Inland Port adalah Kerjasama Awam Swasta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dan Pelan Pengangkutan Kebangsaan 2030.

 

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Mutiara Perlis Sdn Bhd, Datuk Shabaruddin Ibrahim berkata, pembiayaan daripada BPMB merupakan Langkah penting untuk projek Perlis Inland Port.

 

“Projek ini menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negeri Perlis dan kepada ekonomi negara,” jelasnya.

 

Perlis Inland Port dijangka memberikan kesan limpahan yang besar untuk pertumbuhan ekonomi dengan tumpuan khusus untuk memanfaatkan golongan berpendapatan rendah melalui penciptaan pekerjaan.

 

Selepas siap, projek itu dijangkan menjana 520 peluang pekerjaan langsung dan 3,500 pekerjaan tidak langsung dengan lebih 80 peratus daripada pekerjaan ditawarkan untuk masyarakat setempat.

 

“We are proud and grateful to be the driving force behind this transformative project, which aligns perfectly with our vision for sustainable development and progress,” Shabaruddin said.

 

Projek itu dirancang untuk dilaksanakan dalam tiga fasa dengan Fasa 1 dijangkan mula beroperasi pada suku pertama 2025.

 

Apabila ketiga-tiga fasa itu Berjaya disiapkan, Perlis Inland Port akan mempunyai infrastruktur canggih yang mampu menampung 2 juta TEU setahun – DagangNews.com



« Back