Return to Full Page

Bernama– Bank Pembangunan beri kemudahan pembiayaan Aset Tawarruq RM2.7 bilion kepada Prolintas Managers

 

 

KUALA LUMPUR, 11 Januari 2024

 

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) memberikan kemudahan pembiayaan aset tawarruq berjumlah RM2.7 bilion kepada Prolintas Managers Sdn Bhd, syarikat milik penuh Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).

 

Menerusi kenyataan bersama BPMB dan Prolintas pada Khamis, pembiayaan itu berfungsi sebagai pemacu ekonomi penting untuk membantu kumpulan Prolintas dala Langkah penyusunan semula konprehensifnya melibatkan empat konsesi iaitu Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Kemuning-Shah Alam serta Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Bank Pembangunan, Roni Abdulwahab berkata kerjasama dengan Prolintas menunjukkan komitmen bank itu untuk menyediakan moda impak bagi pembangunan negara dan peranan kitaran balasnya dalam memperkukuhkan pelaburan infrastruktur mampan jangka panjang.

 

“Berdasarkan peranan penting mereka dalam system jalan lingkaran luar Kuala Lumpur, semua lebuh raya ini berperanan penting dalam menghubungkan komuniti bandar dan satelit dan hab ekonomi di Lembah Klang,” katanya.

 

Prolintas GCEO, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata pihaknya komited untuk menyediakan perkhidmatan lebuh raya terbaik.

 

"“Pembiayaan daripada BPMB memperkukuh keupayaan kami untuk memudahkan pembangunan ekonomi modal, menyusun semula hutang kami di samping terus menawarkan kesalinghubungan bandar yang dipertingkatkan dan merealisasikan misi kami untuk menjadi laluan pilihan pengguna jalan raya,” katanya.

 

Menurut kenyataan itu, Prolintas telah memulakan inisiatif penstrukturan semula konsesi untuk memastikan kemampanan dan kemampuan lebuh raya, dengan kadar tol lebih rendah kepada pengguna.

 

"“Kejayaan penyusunan semula dan perancagan sejak sekian lama oleh Prolintas dengan melabur dalam bidang yang tepat, mengutamakan keselamatan dan teknologi, telah membantu kecekapan operasi sekali gus membolehkan syarikat ini mengekalkan pulangan pelaburan yang mampan dan hasil yang baik kepada pelabur selepas pengurangan kada tol,” tambahnya.

 

Sebagai makluman, pembiayaan aset tawarruq Bank Pembangunan adalah kemudahan pembiayaan berjangka Islam yang ditawarkan untuk membiayai pembelia aset seperti tanah, bangunan, loji, jentera, peralatan, vesel dan lain-lain.

 

- BERNAMA



« Back