DagangNews.com – Bank Pembangunan, MGTC jalin kerjasama menerusi pembiayaan teknologi hijau dalam rangka pembangunan negara
KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2023
Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) memterai memorandum kerjasam (MoC) dengan Perbadanan Teknoloji Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) bagi menyediakan pembiayaan teknologi hijau di Malaysia dalam rangka pembangunan negara.
Jalinan strategik ini membolehkan BPMB memainkan peranan penting dalam mendorong penggunaan kemampanan dengan mengintegrasikan Sistem Operasi Karbon Rendan (LCOS) MGTC ke dalam operasi BPMB, dengan tujuan meningkatkan prestasi kemampanan.
LCOS akan menyokong usaha BPMB dalam menguruskan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dalam operasinya, sejajar dengan aspirasi Kerajaan untuk membangunkan ekonomi rendah karbon berdaya tahan bagi pertumbuhan ekonomi mampan.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan memuji usaha BPMB dalam mengintegrasikan LCOS sebagai sebahagian daripada inisiatifnya untuk menguruskan pelepasan GHG.
Beliau berkata, kemampanan merupakan usaha kolektif yang memerlukan pendekatan holistic keseluruhan negara.
“Kerjasama ini akan menyokong pembangunan yang bertanggungjawab dan membantu kami menuju ke arah peralihan yang adil,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Roni Abdulwahab bertukar MoC dengan Ketua Eksekutif MGTC, Shamsul Bahar Mohd Nor, sambal disaksikan oleh Nik Nazmi.
Dengan termeterainya MoC ini, BPMB menjadi salah sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) yang terawal di Malaysia yang mengintegrasikan LCOS dalam operasinya serta bagi memanfaatkan para pelanggannya.
Roni pula berkata, kerjasama tersebuut akan meningkatkan lagi kapasiti dan keupayaan BPMB untuk mengenal pasti dan memberi keutamaan kepada projek-projek yang memberi impak.
Beliau berkata, pihaknya adalah rakan kongsi dalam perjalanan pembangunan Malaysia dan kami komited untuk menyokong Rancangan Malaysia Ke-12 kerajaan yang berpandukan prinsip kemampanan ekonomi, sosial, dan alam sekitar, untuk menjadikan Malaysia seagai negara karbon neutral menjelang tahun 2050.
“Di BPMB, kami menilai semua aktiviti pembiayaan kami dengan menggunakan rangka kerja penilaian dalaman kami yang diberi nama Mengukur Kesan Terhadap Pembangunan Negara (MIND) untuk menyokong pembangunan mampan.
“MIND memastikan semua pembiayaan kami memberikan impak sosial ,ekonomi, dan alam sekitar, yang juga selari dengan objektif Malaysia MADANI. Kerjasama ini akan melengkapkan usaha kami untuk meningkatkan lagi rangka kerja MIND kami pada masa hadapan,” katanya. – DagangNews.com
« Back