Return to Full Page

DagangNews.com – Bank Pembangunan anugerahkan biasiswa kepada 50 pelajar lanjut pengajian ke universiti

 

Kuala Lumpur, 1 September 2023

 

Sempena ulang tahun ke-50 penubuhannya, Bank Pembangunan Malaysia Berhd (BPMB) menganugerahkan 50 pelajar Malaysia dengan biasiswa untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah di universiti terpilih dalam dan luar negara.

 

Daripada 50 pelajar, 9 pelajar akan dianugerahkan biasiswa melalui program Biasiswa Prasiswazah Bank (BAGUS), manakala baki 41 penerima akan dianugerahkan biasiswa daripada peruntukan Pendidikan Zakat Bank.

 

Daripada jumlah tersebut, 6 pelajar akan melanjutkan pelajaran ke luar negara, manakala 44 pelajar akan melanjutkan pelajaran di dalam negara.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Roni Abdulwahab berkata, mandat BPMB adalah untuk menyokong keperluan pembangunan Malaysia.

 

“Kami bercita-cita untuk menjadi hab yang mana kami memupuk bakat untuk bank kami, industri kami dan negara. Dengan minda yang cerah ini, kita akan memcipta impak sosio-ekonomi kerana ia menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi kita yang mampan.

 

“Bagi pihak bank, saya mengalu-alukan cendikiawan baharu kami yang bakal memulakan perjalanan menarik mereka dan semoga mereka semua kembali lengkap untuk membantu menyampaikan modal impak untuk pembangunan negara,” katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Pengerusi Jawatankuasa Syariah BPMB, Prof Dr Aznan Hassan berkata, ia merupakan penghormatan besar kepada pihaknya yang menawarkan peluang pendidikan berkualiti kepada 41 pelajar yang layak, yang akan menjadi penerima peruntukan Pendidikan Zakat BPMB.

 

Katanya, apabila inisiatif ini dilancarkan pada tahun 2019, hanya 15 pelajar dari latar belakang asnaf yang bertuah menerima biasiswa ini.

 

“Saya amat berbangga dapat menyaksikan transformasi program Pendidikan Zakat BPMB daripada sekadar menyediakan elaun sara hidup kepada pelajar, kepada kini mewujudkan sistem sokongan pembelajaran yang komprehensif untuk meraka.

 

“Kami berbesar hati untuk menyumbang kepada merealisasikan aspirasi pendidikan mereka di universiti pilihan mereka. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada penerima biasiswa- BAGUS dan mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka,” katanya.

 

Biasiswa BAGUS adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) BPMB untuk memenuhi aspirasinya untuk menjadi hab bakat.

 

Objektif utama program ini adalah untuk menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti kepada pelajar cemerlang Malaysia yang layak untuk melanjutkan pelajaran di univeristi terkemuka di Malaysia dan luar negara – DagangNews.com



« Back