Return to Full Page

Asia TOPNews.MEDIA – BPMB, UOB Malaysia, CCB mengatur sindiket untuk membiayai ART hidrogen pertama

 

KUALA LUMPUR, 20 Julai 2023

 

 

Bank Pembanguan Malaysia Berhad (BPMB), UOB Malaysia, UOB Malaysia dan China Construction Bank (Malaysia) Berhad (CCB Malaysia) hari ini mengatur program sindiket untuk melanjutkan kemudahan pembiayaan kepada EPR Mobilus JV Sdn Bhd (EMGJV).

 

EMGJV ialah kontrktor yang dilantik oleh Sarawak Metro Sdn Bhd untuk membangunkan Transit Aliran Autonomi (ART) berkuasa hidro pertama di Asia Tenggara.

 

Sarawak Metro, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC), ditauliahkan kerajaan negeri untuk melaksanakan projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

 

Program sindikasi itu termasuk pakej pembiayaan sebanyak RM264.5 juta yang akan membolehkan EMGJV memulakan KUTS Fasa 1.

 

Penyiapan projek itu akan meyaksikan penempatan Laluan Biru (dari Rembus di Kota Samarahan ke Hikmah Exchange di Pusat Bandar Kuching), Laluan Merah (dari Kuching Sentral ke Pending) dan Laluan Hijau (dari Pending ke Damai Sentral).

 

BPMB, UOB Malaysia dan CCB Malaysia ialah pengatur utama yang dibenarkan untuk program pensindiketan.

Perkongsian antara Bank dalam program ini menyerlahkan komitmen Bersama bank untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang positif dan menggalakkan pembangunan mampan bandar.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Roni Abdulwahab berkata: “Projek ini selaras dengan matlamat kami untuk memanfaatkan modal untuk pembangunan negara. Bank Pembangunan telah menyokong projek infrastruktur nasional yang strategik sejak 50 tahun yang lalu. Hari ini, kami menilai semua aktiviti kami menggunakan sistem penilaian MIND (Measuring Impact on Nasional Development) untuk memastikan semua projek kami mempunyai kesan sosio-ekonomi dan alam sekitar.

“KUTS mendapat markah tinggi dalam penilaian MIND kami. Bank Pembangunan mengalu-alukan kerajaan Sarawak dan visinya dan komited untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan mampannya.”

KUTS akan menampilkan kereta api ART inovatif yang menggunakan teknologi pengecaman optic termaju, membolehkan ia beroperasi pada Lorong tanpa landasan khusus, tanpa memerlukan rel keluli fizikal, dan dikuasakan oleh sel bahan api hidrogen.

Teknologi sifar karbon termaju ialah kemajuan dalam kecekapan pengangkutan awam, meminimumkan kesan negative terhadap alam sekitar.

“UOB berbangga menjadi sebahagian daripada projek penting ini yang akan menyumbang kepada pembangunan infrastruktur Kuching dan pertumbuhan mampan, serta meningkatkan kualiti hidup penduduk di bandar ini. Sebagai sebahagian daripada komitmen pelepasan sifar bersih kami, projek ini sejajar dengan tumpuan kami untuk mengurangkan pelepasan dibiayai yang berada di bawah Skop 3,” kata Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia Ng Wei Wei.

“Dengan banyaknya tenaga boleh diperbaharui Sarawak dan dasar sokongan kerajaannya, negeri ini jelas berpotensi untuk menerajui peralihan kepada ekonomi hijau bernilai tinggi, dan UOB berbesar hati untuk menyokong cita-cita ini.”

Ujian perintis projek itu dirancang untuk suku ketiga 2023, dan kerja berskala penuh dirancang untuk dimulakan secara berperingkat menjelang suku keempat 2025.

Setelah dilancarkan, setiap tren ART boleh membawa sehingga 300 penumpang di landasan KUTS Fasa 1 sepanjang 69.9 kilometer meliputi daerah Kuching dan Greater Kuching.

Timbalan Pengarah Urusan CCB Malaysia Chelsea Ma Yan berkata: “Sebagai salah satu daripada dua bank teratas di dunia berdasarkan modal Tahanp 1, CCB Malaysia memanfaatkan kekuatan CCB Group dalam kewangan infrastruktur untuk menyokong pembangunan infrastruktur di Malaysia. Kami berbangga dapat terlibat dalam pembangunan sistem pengangkutan awam bersepadu di Kuching yang akan menambah baik sistem trafik sedia ada dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Kuching.

“Melangkah ke hadapan, CCB Malaysia komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang lebih komprehensif kepada industri Sarawak bagi menyokong aspirasi Sarawak bagi menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.”



« Back