Objektif | Memberi bantuan kewangan kepada syarikat sedia ada dan syarikat-syarikat baru yang berurusan dengan atau terlibat dalam aktiviti dan perkhidmatan berkaitan maritim termasuk aktiviti aeroangkasa dan logistik |
Tujuan | - Membiayai semua jenis kapal atau pesawat terpakai/baru
- Membiayai pemilikan tanah, pembinaan infrastruktur limbungan/ hangar serta mesin dan peralatan yang berkaitan
- Membiayai pemilikan tanah, pembinaan bangunan, kilang dan mesin untuk pelabuhan, gudang, perkarangan pelabuhan dan pengangkutan untuk aktiviti maritim dan aeroangkasa
- Membiayai aktiviti dan perkhidmatan berkaitan minyak & gas
- Membiayai perolehan aset bagi perkhidmatan logistik termasuk gudang, kenderaan dan peralatan yang berkaitan
- Untuk membiayai keperluan modal kerja
- Membiayai pembinaan dan pembaikan semua jenis kapal
|
Saiz Dana | - RM 800 juta
- (Agregat RM500 juta diperuntukkan untuk syarikat Bumiputera merangkumi semua skim)
|
Tempoh Sah Guna | - 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2025
|
Sektor Sasaran | Syarikat-syarikat yang terlibat dalam aktiviti dan perkhidmatan berkaitan marin, minyak & gas, aeroangkasa dan logistik |
Kelayakan | - Syarikat Sendirian Berhad, Syarikat Awam dan Koperasi
- Pemilikan majoriti sebanyak 51% oleh warganegara Malaysia
- Diperbadankan dan didaftarkan di Malaysia
|
Kemudahan yang ditawarkan | - Pembiayaan berjangka
- Modal kerja pusingan
- Skim ini juga boleh distruktur untuk pembiayaan berbentuk sindiket / club deal
- Jaminan kewangan untuk terbitan Sukuk
|
Tujuan Pembiayaan | Untuk tujuan perbelanjaan modal (CAPEX) dan perbelanjaan operasi (OPEX) |
Tempoh Pembiayaan | - CAPEX : sehingga 12 tahun
- OPEX : sehingga 5 tahun
|
Margin Pembiayaan | Sehingga 90% |
Jumlah Pembiayaan | - Amaun pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian BPMB dan polisi kredit. Sebarang permohonan yang melebihi amaun maksimum perlu mendapat kelulusan Lembaga Pengarah BPMB
- Sebagai panduan, dana yang tersedia bagi setiap pelanggan boleh ditentukan berdasarkan kategori berikut:
- Keperluan modal kerja : sehingga RM100 juta
- Pembangunan infrastruktur : sehingga RM150 juta
- Jumlah di atas mungkin berbeza, tertakluk kepada penilaian kredit BPMB
|
Kadar Pembiayaan | - Kerajaan : COF + Margin – Subsidi 1.5%
- Komersial: BFR + Margin – Subsidi 1.5%
- Jaminan kewangan: Yuran jaminan - Subsidi 1.5%
- Kadar efektif tertakluk kepada kuasa melulus BPMB
|
Subsidi Keuntungan | 1.5% setahun |
Perkara Berkaitan Kredit | Tertakluk kepada proses kelulusan kredit BPMB |