Kembali ke Halaman Penuh

DagangNews.Com – Nazir Razak tamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi BPMB>

 

KUALA LUMPUR, 20 April 2023

 

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) mengumumkan Tan Sri Nazir Razak akan bersara daripada jawatannya sebagai pengerusi bukan eksekutif selepas tamat tempoh 2 tahun beliau pada 22 April 2023.

 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan atas peluang untuk berkhidmat dengan BPMB sejak 2 tahun lalu,” kata Nazir.

 

“Pada masa ini kami berjaya menyempurnakan penggabungan dengan Danajamin, mengukuhkan bangku pengurusan kami dengan ketara, menambah baik operasi dan tadbir urus keseluruhan, menghasilkan Kumpulan BPMB yang lebih kukuh dan bersepadu hari ini.

 

“Kami juga melancarkan Agenda 2025 (pelan transformasi 3 tahun kami) dan membenamkan kaedah objektif untuk menilai pinjaman dan pelaburan dengan rangka kerja MIND (Measuring Impact on National Development) kami,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Nazir, bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan pengerusi Kumpulan CIMB ketika itu, menyertai BPMB pada 2021 dengan tujuan untuk menyelia rancangan penyatuan institusi kewangan pembangunan (DFI).

 

Fasa I, penggabungan di antara Danajamin Berhad dan BPMB telah selesai pada 2023, dan fasa II – penggabungan dengan SME Bank dan EXIM Bank – kekal sebagai sebahagian daripada pelan hala tuju penyatuan DFI, seperti yang diumumkan dalam Bajet 202.

 

“Saya mendoakan yang terbaik kepada lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan untuk masa depan. BPMB berada pada kedudukan kewangan yang kukuh dan berpotensi memberi impak yang lebih besar kepada pembangunan negara.

 

“Saya kini akan dapat mendedikasikan lebih banyan masa saya kepada pelaburan ekuiti persendirian ASEAN saya dan peranan baharu sebagai pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN Malaysia,” ujar Nazir.

 

“BPMB ingin merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Nazir Razak atas sumbangan yang tidak ternilai kepada Bank,” kata bank tersebut.



« Back